Dinasti Chalukya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 48:
}}
 
'''Dinasti Chalukya''' ({{lang-kn|ಚಾಲುಕ್ಯರು}} {{IPA-kn|tʃaːɭukjə|}}) ialah [[dinasti]] diraja [[India]] yang memerintah sebahagian besar India selatan dan India tengah antara [[abad ke-6]] hingga [[abad ke-12]]. Sewaktu itu, ia memerintah sebagai tiga dinasti yang berkait tetapi berasingan. Dinasti terawal yang dikenali sebagai "Empayar Chalukya Badami" memerintah dari Vatapi ([[Badami]] moden) dari pertengahan abad ke-6. Mereka mula menuntut kemerdekaan mereka apabila [[Dinasti Kadamba|kerajaan Kadamba]] di [[Banavasi]] merosot dan dengan cepatnya, meningkat menjadi masyhur sewaktu pemerintahan [[Pulakesi II]]. Selepas kemangkatan Pulakesi II, [[Empayar Chalukya Timur]] menjadi sebuah kerajaan yang merdeka di [[Penara Deccan|Deccan]] timur. Mereka memerintah dari [[Vengi]] sehingga sekitar [[abad ke-11]]. Di Deccan barat, kebangkitan [[kaum kerabat Rashtrakuta]] pada pertengahan [[abad ke-8]] menggerhanakan kaum kerabat Chalukya dari Badami sebelum dihidupkan semula oleh keturunannya, [[Empayar Chalukya Barat]], pada akhir [[abad ke-10]]. Empayar Chalukya Barat memenrintah dari Kalyani ([[Basavakalyan]] moden) sehingga akhir abad ke-12.
 
Pemerintahan kaum kerabat Chalukya menandai detik penting dalam sejarah [[India Selatan]] serta juga zaman kegemilangan dalam sejarah [[Karnataka]]. Suasana politik di India Selatan beralih dari kerajaan kecil kepada empayar yang besar dengan kebangkitan Empayar Chalukya Badami. Buat kali yang pertama, kerajaan India Selatan mengambil alih kuasa dan menggabungkan seluruh wilayah di antara [[Sungai Kaveri]] dan [[Sungai Narmada]]. Kebangkitan empayar ini memperlihatkan kewujudan pentadbiran yang cekap, perdagangan luar negri dan pengembangan sebuah gaya seni bina yang dikenali sebagai "seni bina Chalukya". [[Kesusasteraan Kannada]] juga menerima naungan diraja di istana Rashtrakuta pada [[abad ke-9]] kini mendapat naungan yang ghairah daripada Empayar Chalukya Barat dalam tradisi [[Jain]] dan [[Veerashaiva]]. Abad ke-11 memperlihatkan kewujudan [[kesusasteraan Telugu]] di bawah naungan Empayar Chalukya Timur.