Perbezaan antara semakan "Perang Saudara China"

k
tiada ringkasan suntingan
k ([r2.5.2] bot menambah: sco:Cheenese Ceevil War)
k
'''Perang Saudara China''' ({{zh-tsp|t=國共内戰|s=国共内战|p=guógòng neìzhàn}}, '''Perang Saudara Nasionalis-Komunis''') yang berterusan sejak April [[1927]] hingga Mei [[1950]], merupakan satu [[perang saudara]] yang terletus di [[China]] antara pihak [[Kuomintang]] (KMT atau Parti Kebangsaan) dan [[Parti Komunis China]] (CCP). Peperangan meletus pada tahun 1927, selepas [[Ekspedisi Utara]], apabila puak berhaluan kanan KMT pimpinan [[Generalissimo]] [[Chiang Kai-shek]], menyingkirkan pihak Komunis dan puak berhaluan kiri KMT daripada pembentukan [[Barisan Bersatu Pertama (China)|perikatan KMT-CCP]]. Perang ini melambangkan konflik [[ideologi]] antara pihak KMT nasionalis yang didukung kuasa Barat, dan CCP yang didukung pihak Soviet-Komunis.
 
Perang saudara berterusan sekejap-sekejap sehingga [[Perang China-Jepun Kedua]] menyusul dan mengganggunya, lalu menghasilkan [[Barisan Bersatu Kedua (China)|penentangan China terhadap serangan Jepun]] yang teratur dan sementara. SeraqnganSerangan dan pendudukan Jepun merupakan serangan oportunis yang mengambil kesempatan terhadap keadaan huru-hara dalamandi dalam China. Kempen Jepun akhirnya ditumpaskan pada Ogos 1945 oleh [[Amerika Syarikat]], lalu menandakan tamatnya [[Perang Dunia II]], dan perang saudara China kembali meletus pada tahun 1946. Perbalahan ini akhirnya tamat pada tahun 1950 setelah 23 tahun, melalui pemberhentian permusuhan utama secara tidak rasmi, dengan pihak Komunis mengawal [[tanah besar China]] (termasuk Pulau [[Hainan]]) dan pihak Nasionalis terhad kepada wilayahnya yang tinggal di [[Taiwan]], [[Pescadores]], dan beberapa pulau di luar pesisiran Fujian. Sehingga hari ini, tiada [[gencatan senjata]] rasmi pernah ditandatangani, meskipun kedua-dua pihak menjalinkan hubungan ekonomi.
 
== Pautan luar ==
21,866

suntingan