Puteri (siri TV): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 48:
===Watak utama===
*'''Puteri Farah bt Nordin''' ([[Nora Danish]]) — Watak utama dan yang "paling jelita" dalam siri ini. Sungguhpun kelihatan lebih senyap dan lemah lembut berbanding watak-watak lain, namun dia juga ada pendirian tersendiri. Dia sering terjebak di tengah masalah mereka dan sentiasa mencari jalan penyelesaian. Puteri sering cuba memastikan jalinan erat dengan Roslan. Pada musim-musim terawal dia pernah bekerja di sebuah kilang; kini dia bekerja di kedai [[Dunkin' Donuts]].
*'''Kamala''' ([[Kanchana Devi Segeran]]) — Rakan Puteri [[Orang India Malaysia|kaum India]]. Dia dikenali dengan kesalahan peggunaan [[bahasa MalaysiaMelayu]], seperti tersalah faham erti [[peribahasa]] atau [[simpulan bahasa]] yang diujar kawan-kawannya. Kamala muncul sebagai watak utama sejak musim pertama. Dia juga turut berkongsi tempat kerja dengan Puteri sejak musim pertama sehingga kini.
*'''Nadia''' ([[Intan Ladyana]]) — Gadis [[Singapura]] yang merupakan anak saudara Pak Badar ini dilihat sebagai bengis dan kurang bermoral. Selain itu dia kerap syak wasangka terhadap orang lain membuat kesalahan tanpa menyiasat terlebih dahulu. Nadia sering merebut dengan puteri untuk menarik perhatian Roslan. Nadia muncul sebagai watak utama sejak musim ke-4.
*'''Roslan''' ([[Beego]]) — Penolong kepada Pak Badar yang tinggal sebumbung dengan majikannya dan ketiga-tiga wanita muda ini. Dia sering direbut oleh Puteri dan Nadia untuk dijadikan teman lelaki.