Laissez-faire: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SassoBot (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.5.2) (bot mengubah: nl:Laisser faire; perubahan kosmetik
Baris 3:
Laissez-faire disokong oleh para pendukung [[libertarianisme]], [[liberalisme klasik]], [[neoliberalisme]], [[minarkisme]] dan [[Objektivisme (Ayn Rand)|Objektivisme]]. Golongan libertarian berhujah bahawa pasaran bebas menghasilkan lebih banyak kemakmuran dan [[kebebasan peribadi]] berbanding sistem ekonomi lain. [[Aliran Austria|Aliran ekonomi Austria]] dan [[Aliran Chicago (ekonomi)|Chicago]] merupakan antara jenis laissez-faire yang utama. Pengikut [[anarki pasaran]] melampaukan idea laissez-faire dengan menentang segala pencukaian, dan lebih gemar undang-undang dan perintah dibiayai oleh sektor swasta.
 
== Teori ekonomi dan politik ==
{{utama|Pasaran bebas}}
 
Baris 33:
}}</ref> merupakan titik pertikaian di kalangan penyokong laissez-faire. Inilah yang selalu membelahkan golongan minarki yang mendukung polis dan tentera kerajaan, daripada [[anarko-kapitalis]] yang hendak penswastaan sepenuhnya segala barang. bagi kebanyakan anark-kapitalis, prinsip kebebasan mesti mengatasi matlamat kekayaan. Contohnya, faedah polis kepada orang awam boleh dilihat paksaan tidak bermoral tidak kira betapa cekapnya berbanding keselamatan swasta.
 
=== Teori monetari ===
[[Aliran Austria]] menentang penggunaan [[wang fiat]] kerana tidak mendorong kerajaan menahan diri daripada mengembangkan bekalan wang secara berlebihan lalu menyebabkan [[inflasi]]. Mereka lebih gemar penggunaan aset nyata seperti [[piawai emas]]. Inflasi sering dianggap oleh libertarian sebagai kaedah pencukaian mencuri-curi yang digunakan untuk merampas nilai daripada duit pegangan peribadi tanpa melevi cukai yang kelihatan serta memerlukan pemindahan wang fizikal.
 
== Sejarah perdebatan laissez-faire ==
=== Eropah ===
Di Britain pada abad ke-19, laissez-faire menikmati ikutan yang kecil tetapi kuat oleh kelompok [[Liberalisme Manchester|Liberal Manchester]] seperti [[Richard Cobden]] dan Richard Wright. Pada tahun 1867, ini melahirkan perjanjian perdagangan bebas yang dimeterai antara Britain dan Perancis, diikuti pemeteraian perjanjian-perjanjian seumpamanya di kalangan negara Eropah lain. Akhbar ''[[The Economist]]'' diasaskan, sebahagiannya sebagai tentangan kepada [[Corn Laws]], pada tahun 1843, sementara [[perdagangan bebas]] dibincangkan di tempat-tempat seperti ''The Cobden Club'' yang diasaskan setahun selepas Cobden meninggal dunia pada tahun 1866. <ref>{{cite journal|author=Scott Gordon|title=The London Economist and the High Tide of Laissez Faire|year=1955|journal=Journal of Political Economy|volume=63|issue=6|pages=461-488}}</ref> <ref>{{cite web|title=London Clubs in the Late Nineteenth Century|url=http://www.nuff.ox.ac.uk/economics/history/paper28/28taddeiweb1.pdf|author=Antonia Taddei|year=1999}}</ref>
 
Namun begitu, laissez-faire tidak pernah menjadi doktrin utama mana-mana negara, maka pada penghujung 1800-an, negara-negara Eropah nampaknya mengamalkan perlindungan dan campur tangan ekonomi lagi. Misalnya, Perancis mula membatalkan perjanjian perdagangan bebasnya dengan negara Eropah lain pada tahun 1890. [[Fahaman perlindungan|Dasar perlindungan]] Jerman bermula (sekali lagi) dengan surat dari [[Bismarck]] pada Disember 1878 yang mewujudkan [[tarif]] besi dan tanaman rai pada tahun 1879.
 
=== Amerika Syarikat ===
Walaupun zaman sebelum [[Perang Saudara Amerika]] menampakkan takat kerajaan persekutuan yang terhad, namun masih banyak campur tangan dalam ekonomi--khususnya selepas 1820-an. Contoh campur tangan kerajaan pada zaman sebelum Perang Saudara termasuk penubuhan [[Bank Pertama Amerika Syarikat]] dan [[Bank Kedua Amerika Syarikat]] serta pelbagai langkah perlindungan (cth., [[tarif 1828]]). Sesetengah cadangan ini berhadapan dengan tentangan yang serius, serta banyak memerlukan dagang sapi untuk digubal. Misalnya, Bank Kebangsaan Pertama tidak mungkin dapat mencapai meja Presiden [[George Washington]] andai tiadanya persetujuan yang dicapai antara [[Alexander Hamilton]] dan beberapa ahli-ahli Kongres selatan untuk mencari kedudukan ibu negara di [[Daerah Columbia]].
 
Baris 53:
Berikutan [[Perang Dunia I]] dan [[Kemelesetan Besar]], [[Ekonomi Keynes|dasar-dasar Keynes]] mengubah negara menjadi [[ekonomi campuran]]. Misalnya pada 1980-an, A.S. hendak melindungi industri keretanya melalui sekatan eksport "sukarela" dari Jepun.<ref>{{cite journal|author=Robert W. Crandall|year=1987|title=The Effects of U.S. Trade Protection for Autos and Steel|journal=Brookings Papers on Economic Activity|volume=1987|issue=1|pages=271-288}}</ref> Seorang pengkaji pada masa itu pernah mengarang bahawa:{{cquote|Secara umum, kekuatan dolar berbanding mata wang asing utama telah mencerminkan kadar faedah A.S. tinggi yang dipacu oleh defisit belanjawan persekutuan yang agak besar. Oleh itu, punca kebanyakan kemerosotan perdagangan pada masa sekarang bukanlah keadaan ekonomi secara amnya, sebaliknya adalah gabungan dasar fiskal dan monetari kerajaan, iaitu pengaturan secara seiring pengurangan cukai, sasaran monetari yang agak ketat, perbelanjaan tentera yang banyak, serta potongan yang setakat sederhana dalam rancangan kelayakan utama, yang bermasalah. Dalam erti kata lain, akar umbi masalah perdagangan dan kebangkitan perlindungan yang timbul pada dasarnya dipengaruhi politik dan juga ekonomi.<ref>{{cite journal|author=Pietro S. Nivola|year=1986|title=The New Protectionism: U.S. Trade Policy in Historical Perspective|journal=[[Political Science Quarterly]]|volume=101|issue=4|pages=577-600}}</ref>}}
 
=== Kemelesetan Besar ===
{{main|Kemelesetan Besar}}
Hubungan antara ekonomi laissez-faire dan tercetusnya Kemelesetan Besar banyak dipertikai. Sesetengah ahli ekonomi dan sejarah (termasuk [[John Maynard Keynes]]) mendakwa bahawa dasar ekonomi laissez-faire merangsang keadaan di mana tercetusnya Kemelesetan Besar. Pengkaji lain seperti [[Milton Friedman]] dan [[Murray Rothbard]] pula berkata bahawa Kemelesetan itu bukan berpunca daripada dasar ekonomi laissez-faire, sebaliknya disebabkan campur tangan kerajaan dalam sistem monetari dan kredit. The issue, as outlined below, remains heavily debated in economic, historical, and political spheres.
 
Dalam hasil kajian Keynes pada tahun 1936, berjudul ''The General Theory of Employment Interest and Money'', Keynes memperkenalkan konsep-konsep dan istilah-istilah yang bertujuan membantu menjelaskan Kemelesetan Besar. Satu hujah yang menyokong dasar ekonomi laissez-faire sewaktu kemelesetan adalah jika penggunaan berkurangan, maka kadar faedah turut berkurangan. Kadar faedah yang rendah akan menyebabkan meningkatnya perbelanjaan pelaburan sementara permintaan adalah tetap. Namun begitu, Keynes percaya ada sebabnya pelaburan tidak semestinya meningkat begitu sahaja sebagai tindakbalas kepada penurunan dalam penggunaan. Perniagaan melabur berdasarkan jangkaan untung. Menurut Keynes, jika penurunan penggunaan dilihat kekal dalam jangka masa panjang, perniagaan yang menganalisa perkembangan itu akan mengurangkan jangkaan jualan masa hadapan. Maka, perkara paling remeh bagi perniagaan adalah melabur untuk peningkatan pengeluaran masa hadapan jika sekalipun kadar faedah rendah memurahkan modal. Kalau begitu, menurut Keynes dan bertentangan sekali dengan [[hukum Say]], ekonomi boleh menjunam ke dalam kejatuhan harga umum. (Keen 2000:198) Ahli ekonomi berfahaman Keynes dan sejarawan berhujah bahawa dinamik mengukuhkan diri ini adalah apa yang berlaku dengan meluasnya ketika Kemelesetan, apabila kemuflisan sering berlaku dan pelaburan yang memerlukan sikap optimis tidak mungkin menjadi. Penyelesaian kepada masalah ini adalah mengurangkan ketidakstabilan pasaran melalui campur tangan kerajaan. Dalam pandangan beliau, oleh sebab tidak boleh bergantung pada sektor swasta bagi mewujudkan permintaan agregat ketika kemelesetan, kerajaan bertanggungjawab mewujudkan permintaan.<ref> Yergin, Daniel., and Joseph Stanislaw. 1998. The Commanding Heights. Touchstone Book. p 21-22</ref>
[[ImageFail:Lange-MigrantMother02.jpg|thumb|200px|left|Perdebatan cendekiawan mengenai punca-punca Kemelesetan Besar mempersoal penglibatan ekonomi laissez-faire dalam insiden itu, ada yang menyalahkannya dan yang lain melepaskannya.]]
 
Sebaliknya, [[Friedrich August von Hayek]] dan [[Milton Friedman]] berhujah bahawa Kemelesetan Besar bukan disebabkan dasar ekonomi laissez-faire, sebaliknya berpunca daripada terlalu banyak campur tangan dan kawalan kerajaan terhadap pasaran. Mereka menunjukkan bahawa Kemelesetan Besar adalah zaman kemelesetan yang terlama sepanjang sejarah A.S. dan satu-satunya zaman kemelesetan apabila kerajaan agak banyak campur tangan. Dalam hasil kajian Friedman berjudul ''[[Capitalism and Freedom]]'' beliau berhujah: "Sebuah agensi ditubuhkan kerajaan, iaitu Sistem Rizab Persekutuan, telah ditanggungjawabkan untuk dasar monetari. Pada tahun 1930 dan 1931, Sistem itu mengerjakan tanggungjawab ini dengan tidak cekap bagi mengubah apa yang sepatutnya menjadi pencuncupan sederhana, menjadi malapetaka besar."<ref>Friedman, Milton. 1962. ''Capitalism and Freedom.'' University of Chicago Press. p 38.</ref>
Baris 64:
Lebih-lebih lagi, kerajaan persekutuan A.S. telah mewujudkan penetapan nilai mata wang pada nilai emas. Pada satu masa nilai tetap itu lebih tinggi berbanding harga sedunia, lalu menimbulkan lebihan emas yang besar. Permintaan sedunia untuk emas naik mendadak, tetapi nilai tetap itu terlalu rendah di A.S. ini menimbulkan migrasi emas besar-besaran dari A.S. Friedman dan Hayek berhujah bahawa ketidakmampuan untuk bertindakbalas kepada permintaan mata wang ini menimbulkan serbuan yang sukar ditangani bank. Ketidakmampuan bank-bank menangani serbuan ini, serta kadar mata wang tetap antara dolar dan emas; sama-sama menimbulkan Kemelesetan Besar dengan mewujudkan tetapi tidak mengekang tekanan kemelesetan.<ref>Milton, ''Capitalism and Freedom'', p 45-50.</ref> Hujah beliau lagi dalam tesis ini, kerajaan memburukkan lagi keadaan terhadap orang awam Amerika dengan mula-mulanya menaikkan cukai, kemudian mencetak wang untuk melangsaikan hutang (sekaligus menimbulkan inflasi), sama sekali mendorong pengosongan simpanan golongan tengah. Friedman membuat kesimpulan bahawa kesan-kesan Kemelesetan Besar tidak diaasi sepenuhnya sehingga selepas Perang Dunia II apabila ekonomi menyaksikan keadaan kembali normal dengan penghapusan banyak kawalan harga. Pendapat ini secara khususnya menyalahkan gabungan dasar-dasar [[Rizab Persekutuan]] dan pengaturan ekonomi A.S. sebagai punca-punca Kemelestan Besar, dan bahawa kemelesetan ini diburukkan lagi dengan menaikkan cukai pendapatan pada pendapatan tertinggi dari 25% hingga 63%, "check tax", dan [[tarif Smoot-Hawley]]. Friedman percaya bahawa dasar campur tangan [[Herbert Hoover]] dan [[Perjanjian Baru]] [[Franklin D. Roosevelt]] memanjangkan dan memburukkan lagi kemelesetan. Akhir kata Friedman, "Kemelesetan Besar di Amerika Syarikat, tidak pun satu petanda ketidakstabilan dalaman sistem perusahaan swasta, adalah bukti betapa bahayanya kesilapan yang dilakukan sebilangan kecil orang apabila mereka meluaskan kuasa terhadap sistem monetari negara."<ref>Milton, ''Capitalism and Freedom'', p 50.</ref>
 
== Laissez-faire hari ini ==
Negara-negara berindustri moden kini tidak menggambarkan prinsip atau dasar laissez-faire, kerana lazimnya banyak melibatkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi yang merangkumi [[gaji minima]], [[kebajikan korporat]], [[antipakatan|peraturan antipakatan]], [[pemiliknegaraan|industri milik negara]], [[kebanjikan sosial|rancangan kebajikan]] dan sebagainya. Rancangan subsidi untuk perniagaan dan keluaran pertanian; [[pemilikan kerajaan|pemilikan]] sesetengah industri oleh kerajaan (biasanya sumber alam); peraturan persaingan pasaran; sekatan [[perdagangan]] ekonomi berbentuk tarif, kuota import, atau peraturan dalaman yang menyebelahi industri tempatan, antara pelbagai bentuk dasar pilih kasih kerajaan. Agensi-agensi kawalan wang sedunia yang kini sentiasa ada seperti [[Sistem Rizab Persekutuan]] A.S. (meskipun sebenarnya milik swasta) dan sistem [[bank pusat]] milikan dan kendalian kerajaan dipandang paling bagus cuma dibuat-buat sementara yang paling teruk memudaratkan.
 
Menurut [http://www.heritage.org/research/features/index/countries.cfm Indeks Kebebasan Ekonomi 2008] yang dikeluarkan [[Yayasan Warisan]], tujuh buah negara yang ekonominya paling bebas adalah seperti berikut: [[Hong Kong]], [[Singapura]], [[Ireland]], [[Australia]], [[Amerika Syarikat]], [[New Zealand]] dan [[Kanada]] (semuanya bekas jajahan [[Empayar British]]). Hong Kong menduduki tangga teratas untuk 14 tahun berturut-turut dalam Indeks tersebut yang bertujuan mengukur "ketiadaan paksaan atau kekangan kerajaan terhadap pengeluaran, edaran, atau penggunaan barang dan perkhidmatan selain yang perlu agar melindungi dan mengekalkan kebebasan rakyat." Oleh itu, [[Milton Friedman]] menyifatkan [[Hong Kong]] sebagai sebuah negeri laissez-faire dan menganggap dasar itu timbul daripada perkembangan pesat dari kemiskinan ke kemakmuran dalam 50 tahun.<ref>{{cite web|url=http://www.hoover.org/publications/digest/3532186.html|title=The Hong Kong Experiment|first=Milton|last=Friedman|publisher=[[Hoover Digest]]|accessdate=2007-03-29}}</ref> Kebanyakan pembangunan ini berlaku ketika Hong Kong di bawah perintah British sebelum diserahkan kepada kedaulatan [[Republik Rakyat China]] pada tahun 1997. Bagaimapanun, di sebuah sidang akhbar pada [[11 September]] [[2006]], Ketua Eksekutif Hong Kong [[Donald Tsang]] berkata bahawa "[[Dasar tidak campur tangan positif]] ialah satu dasar yang dicadangkan oleh seorang bekas Setiausaha Kebanyakan bertahun-tahun dahulu, tetapi kami tidak pernah kata bahawa kami akan terus memakainya sebagai dasar kini... Kami lebih gemar dasar yang digelar 'pasaran besar, kerajaan kecil'." Kenyataan ini menerima maklum balas yang bercampur-campur di Hong Kong, ada yang memandangnya sebagai pengumuman untuk menghentikan dasar tidak campur tangan positif itu, ada yang memandangnya sebagai respons yang lebih realistik untuk dasar kerajaan pada beberapa tahun sebelumnya, seperti campur tangan dalam pasaran saham untuk menghindari kegiatan broker.<ref>(Ref: 2006-Sept-12: Mingpao Daily)</ref>.
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Bibliografi ==
* {{cite journal|author=Brebner, John Bartlet|year=1948|title=Laissez Faire and State Intervention in Nineteenth-Century Britain|journal=Journal of Economic History|volume=8|pages=59-73}}
* {{cite journal|author=[[Irving Fisher|Fisher, Irving]]|year=1907|month=Januari|title=Why has the Doctrine of Laissez Faire been Abandoned?|journal=[[Science (jurnal)|Science]]|volume=25|issue=627| pages=18-27}}
Baris 78:
</div>
 
== Lihat juga ==
* [[Kapitalisme]]
* [[Pasaran bebas]]
 
[[Kategori:Istilah bahasa Perancis]]
Baris 106:
[[hu:Laissez-faire]]
[[arz:اقتصاد عدم التدخل]]
[[nl:Laissez-Laisser faire]]
[[ja:レッセフェール]]
[[no:Laissez-faire]]