Kalendar Cina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Amirobot (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
=== Permulaan berlegenda ===
Menurut legenda, kalendar Cina berkembang sejak [[alaf ketiga sebelum Masihi]]. Para pengkaji mengiktiraf kalendar Cina sebagai takwim yang paling lama masih digunakan di dunia. Kalendar ini dikatakan adalah ciptaan pemerintah sulung yang legenda, [[Huang Di]] atau [[Maharaja Kuning]], yang memerintah, sekitar 2698-2599 SM. Pemerintah legenda keempat, [[Maharaja Yao]], menambahkan [[bulan lompat]] dalam kalendar ini. Kitaran "batang-dahan"60 tahun mula digunakan untuk menandakan hari-hari sewaktu [[alaf kedua sebelum Masihi]]. Tradisi menetapkan tahun pertama dalam kitaran pertama pada 2637 AD (rujuk Herbert A. Giles, ''A Chinese-English Dictionary'' (1912), dan pengarang Barat lain yang mengarang sewaktu penghujung [[dinasti Qing]]). Maka kitaran yang bermula pada 1984 adalah kitaran yang ke-78. Ada yang menetapkan tahun asalan tersebut pada 2697 SM (ketika [[Huang Di]] masih belum dewasa), menjadikan kitaran ini yang ke-79.
 
=== Sejarah awal ===
Bukti arkeologi terawal mengenai kalendar Cina muncul pada [[tulang ramalan]] pada [[alaf kedua sebelum Masihi]] [[dinasti Shang]] yang memaparkan tahun lunisolar yang lazimnya 12 bulan namun kadang-kadang adanya bulan ke-13, lebih-lebih lagi bulan ke-14. Menambahkan bilangan bulan dalam tahun kalendar memastikan peristiwa tahun baru tetap dilangsungkan dalam satu musim sahaja, sepertimana [[kalendar Gregory]] meletakkan satu hari tambahan pada bulan Februari setiap empat tahun.
 
Catatan [[Zhou Timur]] awal, seperti [[Sejarah Musim Bunga dan Musim Luruh]], memberikan pemahaman yang lebih bagus mengenai kalendar yang digunakan ketika [[Dinasti Zhou]]. Setahun biasanya ada 12 bulan, yang lamanya 29 dan 30 hari berselang-seli (dengan satu hari tambahan dari masa ke semasa bagi mengejar "perpisahan" antara kalendar dan kitaran bulan sebenar), dan bulan [[interkalari|lompat]] juga ditambah secara sembarangan pada akhir tahun.
 
Hukum-hukum sembarangan pada interkalasi hari dan bulan menyebabkan kalendar setiap negeri kadang-kadang sedikit berbeza. Maka, catatan seperti Sejarah tersebut selalunya akan menentukan sama ada kalendar yang digunakan (kalendar Lu) serentak dengan ''kalendar Diraja'' (yang digunakan raja-raja Zhou).
 
Walaupun tradisi menyatakan bahawa dalam negeri Zhou, setahun bermula pada anak bulan sebelum [[solstis musim sejuk]], [[Sejarah Musim Bunga dan Musim Luruh]] nampaknya menunjukkan bahawa (sekurangnya di Lu) kalendar Yin (yang digunakan ketika [[dinasti Shang]], dengan tahunnya bermula pada anak bulan pertama selepas solstis musim sejuk) digunakan sehingga pertengahan abad ke-7, dan bahawa permulaan setahun beralih sebulan ke belakang sekitar tahun [[650 SM]].
 
Menjelang tercetusnya [[Zaman Negeri-negeri Berperang]], perkembangan dalam astronomi dan matematik membolehkan penciptaan kalendar terkira (yang mana bulan dan hari lompatditentukan melalui satu panduan tertenu, dan bukannya secara sembarangan). Kalendar ''sìfēn'' {{lang|zh|四分}} (baki suku) yang bermula sekitar [[484 BC]], adalah kalendar Cina terkira yang pertama, dan bernama demikian kerana menggunakan tahun suria 365¼ hari, disamping Hukum Kitaran 19 tahun (235 bulan) yang dikenali di Barat sebagai [[kitaran Metonik]]. Setahun bermula pada anak bulan sebelum solstis musim sejuk, dan bulan lompat dimasukkan pada akhir tahun.
 
Pada [[256 SM]], apabila raja Zhou terakhir menyerahkan wilayah baginda ke negeri Qin, satu kalendar baru (iaitu kalendar Qin) mula digunakan, mengikut prinsip-prinsip yang sama seperti kalendar Sifen, kecuali setahun bermula sebulan lebih awal (anak bulan kedua terakhir sebelum solstis musim sejuk, yang kini jatuh pada bulan kedua setahun). Kalendar Qin digunakan ketika [[dinasti Qin]] dan awal [[dinasti Han]] Barat.
 
=== Kalendar Taichu ===