Kalendar Cina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:
=== Kalendar Taichu ===
[[Maharaja Wu China Han|Maharaja Wu]] [[dinasti Han]] Barat memperkenalkan pembaharuan yang telah menentukan kalendar Cina semenjak itu. Dalam kalendar [[Kalendar Taichuli|Tàichū]] {{lang|zh|太初}} (Permulaan Besar) baginda pada tahun [[104 SM]], dalam setahun solstis musim sejuk jatuh pada bulan sebelas dan mana-mana bulan (29 atau 30 hari) ditetapkan sebagai bulan lompat apabila matahari tidak menghabiskan tempoh utama (iaitu, kekal dalam bitnang [[zodiak]] yang sama keseluruhannya). Oleh sebab pergerakan min matahari digunakan untuk menghitung [[#Jieqi|jiéqì]] ({{zh-ts|t=節氣|s=节气}}) (atau petanda bermusim) sehingga tahun 1645, bulan lompat ini boleh jatuh pada mana-mana bulan secara sama rata pada setahun. Gabungan matahari dan bulan (anak bulan astronomi) dihitung berpandukan gerakan min kedua-dua matahari dan bulan sehingga tahun [[619]], iaitu tahun kedua [[dinasti Tang]], apabila pakar kronologi mula menggunakan gerakan sebenar berasaskan dua [[parabola]] yang saling mengimbangi (dengan komponen linear dan kubik kecil). Malangnya, parabola-parabola ini tidak bertemu pada gerakan min dengan lancarnya, sebaliknya bertemu dengan ketakselanjaran.
 
=== Matahari dan bulan sebenar ===
Dengan pengennalan astronomi Barat ke China melalui golongan [[Persatuan Jesus|Jesuit]], gerakan kedua-dua matahari dan bulan mula dihitung dengan [[fungsi trigonometri|sinusoid]] untuk kalendar Shíxiàn ({{lang|zh|時憲書}}, Buku Keakuran Masa) 1645 pada [[dinasti Qing]] yang direka oleh Jesuit [[Johann Adam Schall von Bell|Adam Schall]]. Kali ini, gerakan matahari sebenar digunakan untuk menghitung [[#Jieqi|jiéqì]], yang menyebabkan bulan lompat sering terjadi antara bulan kedua hingga kesembilan, tetapi jarang selepas bulan kesepuluh hingga bulan pertama. Sebilangan kecil tempoh musim luruh-sejuk mempunyai satu atau dua bulan kalendar yang mana matahari memasuki dua bintang zodiak, diselangi dua atau tiga bulan kalendar yang mana matahari kekal dalam satu bintang.
 
=== Minggu ===