Perbezaan antara semakan "Kalendar Cina"

1,767 bait dibuang ,  9 tahun lalu
=== Minggu ===
Biasanya, hari-hari dalam seminggu diberi nombor dan dikenali sedemikian; Isnin ialah hari pertama seminggu, Selasa ialah hari ke-2, Rabu ialah hari ke-3, Khamis ialah hari ke-4, Jumaat ialah hari ke-5, dan Sabut ialah hari ke-6. Ahad pula ialah hari Matahari dan oleh itu adalah satu-satunya hari yang tidak bersinambung dengan corak penamaan hari seminggu. Nombor-nombor hari Isnin hingga Sabtu adalah sama dengan [[ISO 8601]]. Oleh sebab kebelakangan ini ramai warga China mengambil kelepasan pada hari Ahad setiap minggu, maka Isnin dijadikan hari pertama seminggu seiring dengan amalan industri dan komersial biasa, namun banyak kalendar China menandakan hari Ahad sebagai hari pertama seminggu.
 
=== Pembaharuan Gregorian dan perubahan waktu 1929 ===
[[Kalendar Gregory]] diterima oleh kerajaan [[Republik China]] yang baru ditubuhkan pada [[1 Januari]] [[1912]] untuk urusan rasmi, namun rakyat jelata masih memakai kalendar tradisional. Status kalendar Gregory kurang jelas antara tahun 1916 dan 1921 apabila China dikuasai oleh beberapa [[panglima perang]] bermusuhan yang disokong kuasa kolonial asing. Sejak tahun 1921 hingga 1928 panglima-panglima ini masih merebut China utara, namun kerajaan [[Kuomintang]] mengawal China selatan dan memakai kalendar Gregory. Setelah Kuomintang menyusun semula Republik China [[10 Oktober]] [[1928]], kalendar Gregory diterima secara rasmi, bermula [[1 Januari]] [[1929]]. Dengan ini, zon waktu untuk sleuruh negara disuaikan ke zon waktu pantai yang selama ini digunakan di [[pelabuhan perjanjian]] Eropah sepanjang pantai China sejak tahun 1904. Ini mengubah permulaan setiap hari kalendar, bagi kalendar tradisonal dan Gregory, dengan menambah 14 minit dan 26 saat dari [[tengah malam]] [[Beijing]] ke tengah malam di [[longitud]] 120° di timur [[Greenwich]].
 
Ini pun menimbulkan beberapa kemusykilan, seperti ketika [[Perayaan Kuih Bulan]] tahun 1978. Anak bulan dilihat pada [[3 September]] 1978, pada jam 00:07, [[Waktu Piawai China]]<ref>[http://sunearth.gsfc.nasa.gov/eclipse/phase/phases1901.html]</ref>. Menurut zon waktu Beijing lama, anak bulan terjadi pada jam 23:53 pada 2 September, maka bulan kelapan qamari bermula pada hari yang berbeza pada kalendar. Maka penduduk [[Hong Kong]] (yang memakai kalendar tradisional) menyambut perayaan ini pada [[16 September]], manakala penduduk tanah besar pula pada [[17 September]].<ref>[http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/calendar/cal.pdf] (see page 18)</ref>
 
== Hukum kalendar ==
Pengguna awanama