Kalendar Cina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22:
 
Sistem ini berterusan sehingga [[Republik China]] diasaskan, yang mengira tahun sebagai Tahun Republik mulai tahun 1912. Oleh itu, 1912 ialah Tahun Pertama Republik, manakala tahun 1949 ialah Tahun ke-38. Sistem ini masih digunakan untuk tujuan rasmi di Taiwan. Bagi tempat-tempat lain di China, pada tahun 1949 [[Republik Rakyat China]] memilih sistem [[Common Era]] (iaitu sama dengan Masihi/Sebelum Masihi), seiring dengan piawaian antarabangsa.
 
=== Kitaran batang-dahan ===
{{utama|Ganzhi}}
Sistem penandaan tahun bersejarah yang lain di China merupakan yang brasaskan kitaran 60 tahun batang-dahan. Sistem ini berasaskan dua bentuk perhitungan: satu kitaran 10 [[Batang Samawi]] dan satu kitaran 12 [[Dahan Duniawi]]. Setiap tahun dinamakan sempena pasangan satu batang dan satu dahan ({{lang|zh|干支}} ''gānzhī''). Batang Samawi dihubungkan dengan [[Yin Yang]] dan [[Wuxing|Lima Unsur]]. Kitaran 10 tahun terkini bermula pada tahun 1984, 1994, dan 2004. Dahan Duniawi pula berkaitan dengan 12 bintang [[Zodiak Cina]]. Setiap Dahan Duniawi juga dikaitan dengan sejenis haiwan, sama-sama dikenali sebagai 12 Haiwan. Kitaran 12 ahun terkini bermula pada tahun 1984, 1996 dan 2008.
 
Oleh sebab nombor 10 (Batang Samawi) dan 12 (Dahan Duniawi) mempunyai faktor sepunya 2, cuma setengah daripada 120 kombinasi batang-dahan yang boleh dibentuk akan sebenarnya terjadi. Kitaran 60 tahun yang terbentuk mengambil nama ''jiǎzǐ'' ({{lang|zh|甲子}}) sempena tahun pertama dalam kitaran, iaitu Batang Samawi "jiǎ" dan Dahan Duniawi "zǐ". Istilah "jiǎzǐ" juga digunakan sebagai kata kiasan yang bererti "sepenuh jangka hayat"—seseorang yang hidup melebihi satu jiǎzǐ jelasnya dirahmati.
 
Mula-mulanya, sistem ini digunakan untuk menanda hari, bukan tahun. Bukti terawalnya didapati pada [[tulang ramalan]] dari c.1350 SM pada [[Dinasti Shang]]. Sistem pentarikhan ini masih diamalkan ke hari ini, dan masih didapati dalam kalendar Cina moden. Meskipun batang-dahan tidak boleh digunakan untuk menyimpulkan hari sebenar dalam peristiwa bersejarah, namun boleh membantu pertukaran tarikh Cina ke kalendar lain dengan lebih tepat.
 
Sekitar [[dinasti Han]], kitaran batang-dahan mula digunakan untuk menanda tahun. Sistem 60 tahun ini berkitar secara berterusan, serta menentukan haiwan atau bintang zodiak kelahiran seseorang. Kitaran-kitarasn ini tidak bernama, dan digunakan bersempena [[nama zaman Cina|nama pemerintahan]] yang diisytiharkan oleh [[Maharaja China|Maharaja]]. Contohnya: {{lang|zh|康熙壬寅}} (Kāngxī rényín) (1662 M) ialah tahun {{lang|zh|壬寅}} (rényín) pertama ketika pemerintahan {{lang|zh|康熙}} ([[Maharaja Kangxi|Kāngxī]]), iaitu nama pemerintahan seorang maharaja [[dinasti Qing]].
 
Bulan dan jam juga boleh ditandai dengan Batang Samawi dan Dahan Duniawi, namun sebaliknya selalu disebut dengan [[angka Cina]]. Dalam [[astrologi Cina]], empat pasangan Batang-Dahan membentuk Lapan Aksara ({{lang|zh|八字}} bāzì).
 
=== Penomboran berkesinambungan ===