Kalendar Cina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 22:
 
Sistem ini berterusan sehingga [[Republik China]] diasaskan, yang mengira tahun sebagai Tahun Republik mulai tahun 1912. Oleh itu, 1912 ialah Tahun Pertama Republik, manakala tahun 1949 ialah Tahun ke-38. Sistem ini masih digunakan untuk tujuan rasmi di Taiwan. Bagi tempat-tempat lain di China, pada tahun 1949 [[Republik Rakyat China]] memilih sistem [[Common Era]] (iaitu sama dengan Masihi/Sebelum Masihi), seiring dengan piawaian antarabangsa.
 
=== Penomboran berkesinambungan ===
 
Tiadanya "asalan" atau titik permulaan tepat bagi kalendar Cina yang diterima sejagat. Menurut tradisi, kalendar ini direka oleh Huang Di ({{lang|zh|黄帝}}) pada tahun ke-61 pemerintahannya pada apa yang dikenali dalam kalendar Gregory sebagai tahun [[2637 SM]]. Ramai yang menganggap tarikh ini sebagai asalannya, ''iaitu'' tahun pertama kitaran 60 tahun yang pertama dalam kalendar Cina, tetapi ada juga orang lain yang menganggap tarikh permulaan pemerintahan Huang Di pada tahun [[2697 SM]] sebagai asalan. Oleh sebab tarikh-tarikh ini genap 60 tahun jurangnya, maka tidak kisahlah yang mana wajar digunakan untuk menentukan urutan batang/dahan atau bintang astrologi untuk mana-mana tahun berikutnya. Contohnya, 2006 ialah tahun {{lang|zh|丙戌}} (bǐngxū) dan Tahun Anjing tanpa mengira sama ada tahun dikira mulai 2637 SM atau 2697 SM. Meskipun mulan-mulanya 2637 SM dikenal pasti sebagai asalan kalendar,kini ramai yang lebih gemar 2697 SM.
 
Pengenaan sistem penomboran berterusan bagi kalendar Cina kebanyakannya merupakan kepentingan bagi mubaligh Jesuit dan orang Barat lain yang beranggapan bahawa kalendar semestilah berterusan. Bagaimanapun, pada awal abad ke-20, sebilangan [[republikanisme|penyokong republik]] China mula mendukung penggunaan kitaran batang-dahan bernombor berterusan secara luas, agar penandaan tahun tidak bergantung kepada [[Nama zaman Cina|nama pemerintahan]] Maharaja. (Ini merupakan sebahagian cubaan mereka untuk menyahsahkan [[Dinasti Qing]].)
 
Pada masa itu, [[Sun Yat-sen]] mengenal pasti 2698 SM sebagai asalan kalendar Cina, dan pilihan inilah yang diamalkan ramai masyarakat [[Orang Cina seberang laut|Cina seberang laut]] di luar [[Asia Tenggara]] seperti [[Chinatown, San Francisco]]. Namun begitu, 2698 SM adalah tidak tepat atas sebab berikut: Kitaran 60 tahun kini bermula dengan tahun [[1984]], iaitu tahun {{lang|zh|甲子}} (jiǎzǐ). Dengan datum ini, pengiraan menunjukkan baahwa kedua-dua tahun 2637 SM (iaitu 4620=77x60 tahun dari 1984 M) dan 2697 SM (iaitu 4680=78x60 tahun dari 1984 M) merupakan tahun jiazi; manakala 2698 SM pula tidak, maka tidak boleh diterima sebagai asalan. Kesilapan ini mungkin timbul akibat terlepas perhatian fakta bahawa 1 M menyusuli 1 SM secara langsung, tanpa apa-apa "tahun sifar" di antaranya.
 
Andai 2637 SM dijadikan asalan, maka tahun [[2007]] ialah tahun ke-4644. Jika 2697 SM pula, tahun 2007 M ialah tahun ke-4704. Namun begitu, bagi orang Cina moden, tahun-tahun dikenali melalui penandaan Masihi sahaja. Tahun 2007 M tidak pernah dipanggil Tahun 4644 atau 4704.
 
=== Tahun suria lawan tahun qamari ===