Perbezaan antara semakan "Kalendar Cina"

2,907 bait dibuang ,  9 tahun lalu
tiada ringkasan suntingan
 
Di [[China]], kalendar tradisional ini dikenali sebagai "''kalendar pertanian''" manakala [[kalendar Gregorian]] dikenali sebagai "''kalendar umum''" atau "''kalendar Barat''". Satu lagi nama bagi kalendar Cina ialah "kalendar [[Yin dan yang|Yin]]" yang dipetik daripada rujukan kepada aspek kitaran bulan kalendar ini, manakala kalendar Gregorian dipanggil "kalendar [[Yin dan yang|Yang]]" yang merujuk kepada aspek kitaran matahari. Kalendar Cina juga bergelar "kalendar lama" ({{zh-tsp|t=舊曆|s=旧历|p=jìulì}}) setelah "kalendar baru" ({{zh-tsp|t=新曆|s=新历|p=xīnlì}}), iaitu kalendar Gregorian digunakan sebagai kalendar rasmi. Kalendar tradisi juga merujuk kepada "Kalendar [[Dinasti Xia|Xia]]"; namun, kalendar Xia secara tepatnya tidak merujuk kepada kalendar Cina ini, sebaliknya merujuk kepada satu kalnedar yang pernah digunakan oleh kaum Cina sebelum ini.
 
== Sejarah ==
=== Permulaan berlegenda ===
Menurut legenda, kalendar Cina berkembang sejak [[alaf ketiga sebelum Masihi]]. Para pengkaji mengiktiraf kalendar Cina sebagai takwim yang paling lama masih digunakan di dunia. Kalendar ini dikatakan adalah ciptaan pemerintah sulung yang legenda, [[Huang Di]] atau [[Maharaja Kuning]], yang memerintah, sekitar 2698-2599 SM. Pemerintah legenda keempat, [[Maharaja Yao]], menambahkan [[bulan lompat]] dalam kalendar ini. Kitaran "batang-dahan"60 tahun mula digunakan untuk menandakan hari-hari sewaktu [[alaf kedua sebelum Masihi]]. Tradisi menetapkan tahun pertama dalam kitaran pertama pada 2637 AD (rujuk Herbert A. Giles, ''A Chinese-English Dictionary'' (1912), dan pengarang Barat lain yang mengarang sewaktu penghujung [[dinasti Qing]]). Maka kitaran yang bermula pada 1984 adalah kitaran yang ke-78. Ada yang menetapkan tahun asalan tersebut pada 2697 SM (ketika [[Huang Di]] masih belum dewasa), menjadikan kitaran ini yang ke-79.
 
=== Kalendar Taichu ===
[[Maharaja Wu China Han|Maharaja Wu]] [[dinasti Han]] Barat memperkenalkan pembaharuan yang telah menentukan kalendar Cina semenjak itu. Dalam kalendar [[Kalendar Taichuli|Tàichū]] {{lang|zh|太初}} (Permulaan Besar) baginda pada tahun [[104 SM]], dalam setahun solstis musim sejuk jatuh pada bulan sebelas dan mana-mana bulan (29 atau 30 hari) ditetapkan sebagai bulan lompat apabila matahari tidak menghabiskan tempoh utama (iaitu, kekal dalam bitnang [[zodiak]] yang sama keseluruhannya). Oleh sebab pergerakan min matahari digunakan untuk menghitung [[#Jieqi|jiéqì]] ({{zh-ts|t=節氣|s=节气}}) (atau petanda bermusim) sehingga tahun 1645, bulan lompat ini boleh jatuh pada mana-mana bulan secara sama rata pada setahun. Gabungan matahari dan bulan (anak bulan astronomi) dihitung berpandukan gerakan min kedua-dua matahari dan bulan sehingga tahun [[619]], iaitu tahun kedua [[dinasti Tang]], apabila pakar kronologi mula menggunakan gerakan sebenar berasaskan dua [[parabola]] yang saling mengimbangi (dengan komponen linear dan kubik kecil). Malangnya, parabola-parabola ini tidak bertemu pada gerakan min dengan lancarnya, sebaliknya bertemu dengan ketakselanjaran.
 
=== Minggu ===
Biasanya, hari-hari dalam seminggu diberi nombor dan dikenali sedemikian; Isnin ialah hari pertama seminggu, Selasa ialah hari ke-2, Rabu ialah hari ke-3, Khamis ialah hari ke-4, Jumaat ialah hari ke-5, dan Sabut ialah hari ke-6. Ahad pula ialah hari Matahari dan oleh itu adalah satu-satunya hari yang tidak bersinambung dengan corak penamaan hari seminggu. Nombor-nombor hari Isnin hingga Sabtu adalah sama dengan [[ISO 8601]]. Oleh sebab kebelakangan ini ramai warga China mengambil kelepasan pada hari Ahad setiap minggu, maka Isnin dijadikan hari pertama seminggu seiring dengan amalan industri dan komersial biasa, namun banyak kalendar China menandakan hari Ahad sebagai hari pertama seminggu.
 
== Penandaan tahun ==
Pengguna awanama