Kalendar Cina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 12:
 
Sistem ini berterusan sehingga [[Republik China]] diasaskan, yang mengira tahun sebagai Tahun Republik mulai tahun 1912. Oleh itu, 1912 ialah Tahun Pertama Republik, manakala tahun 1949 ialah Tahun ke-38. Sistem ini masih digunakan untuk tujuan rasmi di Taiwan. Bagi tempat-tempat lain di China, pada tahun 1949 [[Republik Rakyat China]] memilih sistem [[Common Era]] (iaitu sama dengan Masihi/Sebelum Masihi), seiring dengan piawaian antarabangsa.
 
=== Tahun suria lawan tahun qamari ===
Terdapat satu perbezaan antara tahun suria dan tahun qamari dalam kalendar Cina kerana kalendar itu lunisolar. Setahun qamari ({{lang|zh|年}} ''nián'') adalah dari satu tahun baru Cina ke yang lain, manakala setahun suria ({{lang|zh|歲}} ''suì'') pula sama ada tempoh antara dua [[ekuinoks musim bunga]] atau tempoh antara dua [[solstis musim sejuk]] (lihat bahagian [[#Jieqi|Jiéqì]]). Tahun qamari hanya digunakan untuk pentarikhan, manakala tahun suria, terutamanya yang antara solstis musim sejuk, digunakan untuk menomborkan bulan.