Perbezaan antara semakan "Kalendar Cina"

29,372 bait ditambah ,  9 tahun lalu
k
kembalikan maklumat yg hilang
k (Membalikkan suntingan oleh 114.124.234.240 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 114.123.208.207)
k (kembalikan maklumat yg hilang)
=== Permulaan berlegenda ===
Menurut legenda, kalendar Cina berkembang sejak [[alaf ketiga sebelum Masihi]]. Para pengkaji mengiktiraf kalendar Cina sebagai takwim yang paling lama masih digunakan di dunia. Kalendar ini dikatakan adalah ciptaan pemerintah sulung yang legenda, [[Huang Di]] atau [[Maharaja Kuning]], yang memerintah, sekitar 2698-2599 SM. Pemerintah legenda keempat, [[Maharaja Yao]], menambahkan [[bulan lompat]] dalam kalendar ini. Kitaran "batang-dahan"60 tahun mula digunakan untuk menandakan hari-hari sewaktu [[alaf kedua sebelum Masihi]]. Tradisi menetapkan tahun pertama dalam kitaran pertama pada 2637 AD (rujuk Herbert A. Giles, ''A Chinese-English Dictionary'' (1912), dan pengarang Barat lain yang mengarang sewaktu penghujung [[dinasti Qing]]). Maka kitaran yang bermula pada 1984 adalah kitaran yang ke-78. Ada yang menetapkan tahun asalan tersebut pada 2697 SM (ketika [[Huang Di]] masih belum dewasa), menjadikan kitaran ini yang ke-79.
 
=== Sejarah awal ===
Bukti arkeologi terawal mengenai kalendar Cina muncul pada [[tulang ramalan]] pada [[alaf kedua sebelum Masihi]] [[dinasti Shang]] yang memaparkan tahun lunisolar yang lazimnya 12 bulan namun kadang-kadang adanya bulan ke-13, lebih-lebih lagi bulan ke-14. Menambahkan bilangan bulan dalam tahun kalendar memastikan peristiwa tahun baru tetap dilangsungkan dalam satu musim sahaja, sepertimana [[kalendar Gregory]] meletakkan satu hari tambahan pada bulan Februari setiap empat tahun.
 
Catatan [[Zhou Timur]] awal, seperti [[Sejarah Musim Bunga dan Musim Luruh]], memberikan pemahaman yang lebih bagus mengenai kalendar yang digunakan ketika [[Dinasti Zhou]]. Setahun biasanya ada 12 bulan, yang lamanya 29 dan 30 hari berselang-seli (dengan satu hari tambahan dari masa ke semasa bagi mengejar "perpisahan" antara kalendar dan kitaran bulan sebenar), dan bulan [[interkalari|lompat]] juga ditambah secara sembarangan pada akhir tahun.
 
Hukum-hukum sembarangan pada interkalasi hari dan bulan menyebabkan kalendar setiap negeri kadang-kadang sedikit berbeza. Maka, catatan seperti Sejarah tersebut selalunya akan menentukan sama ada kalendar yang digunakan (kalendar Lu) serentak dengan ''kalendar Diraja'' (yang digunakan raja-raja Zhou).
 
Walaupun tradisi menyatakan bahawa dalam negeri Zhou, setahun bermula pada anak bulan sebelum [[solstis musim sejuk]], [[Sejarah Musim Bunga dan Musim Luruh]] nampaknya menunjukkan bahawa (sekurangnya di Lu) kalendar Yin (yang digunakan ketika [[dinasti Shang]], dengan tahunnya bermula pada anak bulan pertama selepas solstis musim sejuk) digunakan sehingga pertengahan abad ke-7, dan bahawa permulaan setahun beralih sebulan ke belakang sekitar tahun [[650 SM]].
 
Menjelang tercetusnya [[Zaman Negeri-negeri Berperang]], perkembangan dalam astronomi dan matematik membolehkan penciptaan kalendar terkira (yang mana bulan dan hari lompatditentukan melalui satu panduan tertenu, dan bukannya secara sembarangan). Kalendar ''sìfēn'' {{lang|zh|四分}} (baki suku) yang bermula sekitar [[484 BC]], adalah kalendar Cina terkira yang pertama, dan bernama demikian kerana menggunakan tahun suria 365¼ hari, disamping Hukum Kitaran 19 tahun (235 bulan) yang dikenali di Barat sebagai [[kitaran Metonik]]. Setahun bermula pada anak bulan sebelum solstis musim sejuk, dan bulan lompat dimasukkan pada akhir tahun.
 
Pada [[256 SM]], apabila raja Zhou terakhir menyerahkan wilayah baginda ke negeri Qin, satu kalendar baru (iaitu kalendar Qin) mula digunakan, mengikut prinsip-prinsip yang sama seperti kalendar Sifen, kecuali setahun bermula sebulan lebih awal (anak bulan kedua terakhir sebelum solstis musim sejuk, yang kini jatuh pada bulan kedua setahun). Kalendar Qin digunakan ketika [[dinasti Qin]] dan awal [[dinasti Han]] Barat.
 
=== Kalendar Taichu ===
[[Maharaja Wu China Han|Maharaja Wu]] [[dinasti Han]] Barat memperkenalkan pembaharuan yang telah menentukan kalendar Cina semenjak itu. Dalam kalendar [[Kalendar Taichuli|Tàichū]] {{lang|zh|太初}} (Permulaan Besar) baginda pada tahun [[104 SM]], dalam setahun solstis musim sejuk jatuh pada bulan sebelas dan mana-mana bulan (29 atau 30 hari) ditetapkan sebagai bulan lompat apabila matahari tidak menghabiskan tempoh utama (iaitu, kekal dalam bitnang [[zodiak]] yang sama keseluruhannya). Oleh sebab pergerakan min matahari digunakan untuk menghitung [[#Jieqi|jiéqì]] ({{zh-ts|t=節氣|s=节气}}) (atau petanda bermusim) sehingga tahun 1645, bulan lompat ini boleh jatuh pada mana-mana bulan secara sama rata pada setahun. Gabungan matahari dan bulan (anak bulan astronomi) dihitung berpandukan gerakan min kedua-dua matahari dan bulan sehingga tahun [[619]], iaitu tahun kedua [[dinasti Tang]], apabila pakar kronologi mula menggunakan gerakan sebenar berasaskan dua [[parabola]] yang saling mengimbangi (dengan komponen linear dan kubik kecil). Malangnya, parabola-parabola ini tidak bertemu pada gerakan min dengan lancarnya, sebaliknya bertemu dengan ketakselanjaran.
 
=== Matahari dan bulan sebenar ===
Dengan pengennalan astronomi Barat ke China melalui golongan [[Persatuan Jesus|Jesuit]], gerakan kedua-dua matahari dan bulan mula dihitung dengan [[fungsi trigonometri|sinusoid]] untuk kalendar Shíxiàn ({{lang|zh|時憲書}}, Buku Keakuran Masa) 1645 pada [[dinasti Qing]] yang direka oleh Jesuit [[Johann Adam Schall von Bell|Adam Schall]]. Kali ini, gerakan matahari sebenar digunakan untuk menghitung [[#Jieqi|jiéqì]], yang menyebabkan bulan lompat sering terjadi antara bulan kedua hingga kesembilan, tetapi jarang selepas bulan kesepuluh hingga bulan pertama. Sebilangan kecil tempoh musim luruh-sejuk mempunyai satu atau dua bulan kalendar yang mana matahari memasuki dua bintang zodiak, diselangi dua atau tiga bulan kalendar yang mana matahari kekal dalam satu bintang.
 
=== Minggu ===
Biasanya, hari-hari dalam seminggu diberi nombor dan dikenali sedemikian; Isnin ialah hari pertama seminggu, Selasa ialah hari ke-2, Rabu ialah hari ke-3, Khamis ialah hari ke-4, Jumaat ialah hari ke-5, dan Sabut ialah hari ke-6. Ahad pula ialah hari Matahari dan oleh itu adalah satu-satunya hari yang tidak bersinambung dengan corak penamaan hari seminggu. Nombor-nombor hari Isnin hingga Sabtu adalah sama dengan [[ISO 8601]]. Oleh sebab kebelakangan ini ramai warga China mengambil kelepasan pada hari Ahad setiap minggu, maka Isnin dijadikan hari pertama seminggu seiring dengan amalan industri dan komersial biasa, namun banyak kalendar China menandakan hari Ahad sebagai hari pertama seminggu.
 
=== Pembaharuan Gregorian dan perubahan waktu 1929 ===
[[Kalendar Gregory]] diterima oleh kerajaan [[Republik China]] yang baru ditubuhkan pada [[1 Januari]] [[1912]] untuk urusan rasmi, namun rakyat jelata masih memakai kalendar tradisional. Status kalendar Gregory kurang jelas antara tahun 1916 dan 1921 apabila China dikuasai oleh beberapa [[panglima perang]] bermusuhan yang disokong kuasa kolonial asing. Sejak tahun 1921 hingga 1928 panglima-panglima ini masih merebut China utara, namun kerajaan [[Kuomintang]] mengawal China selatan dan memakai kalendar Gregory. Setelah Kuomintang menyusun semula Republik China [[10 Oktober]] [[1928]], kalendar Gregory diterima secara rasmi, bermula [[1 Januari]] [[1929]]. Dengan ini, zon waktu untuk sleuruh negara disuaikan ke zon waktu pantai yang selama ini digunakan di [[pelabuhan perjanjian]] Eropah sepanjang pantai China sejak tahun 1904. Ini mengubah permulaan setiap hari kalendar, bagi kalendar tradisonal dan Gregory, dengan menambah 14 minit dan 26 saat dari [[tengah malam]] [[Beijing]] ke tengah malam di [[longitud]] 120° di timur [[Greenwich]].
 
Ini pun menimbulkan beberapa kemusykilan, seperti ketika [[Perayaan Kuih Bulan]] tahun 1978. Anak bulan dilihat pada [[3 September]] 1978, pada jam 00:07, [[Waktu Piawai China]]<ref>[http://sunearth.gsfc.nasa.gov/eclipse/phase/phases1901.html]</ref>. Menurut zon waktu Beijing lama, anak bulan terjadi pada jam 23:53 pada 2 September, maka bulan kelapan qamari bermula pada hari yang berbeza pada kalendar. Maka penduduk [[Hong Kong]] (yang memakai kalendar tradisional) menyambut perayaan ini pada [[16 September]], manakala penduduk tanah besar pula pada [[17 September]].<ref>[http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/calendar/cal.pdf] (see page 18)</ref>
 
== Hukum kalendar ==
Hukum-hukum berikutnya menggariskan kalendar Cina sejak kira-kira 104 SM.
 
# Bulan-bulan dalam kalendar ini merupakan bulan qamari. Ini bermakna hari pertama setiap bulan yang bermula pada ''tengah malam'' ialah hari [[bulan baru]] secara astronomi. (Adalah diingatkan bahawa, meskipun begitu, satu "hari" dalam kalendar Cina mula pada pukul 11 malam dan bukannya 12 malam.)
# Setiap tahun ada 12 bulan biasa, yang diberi nombor mengikut susunan (1 hingga 12) dan juga mempunyai nama alternatif. Setiap tahun kedua atau ketiga mempunyai [[bulan lompat]] ({{zh-tsp|t=閏月|s=闰月|p=rùnyuè}}) yang muncul selepas mana-mana bulan biasa. Bulan lompat itu diberi nombor sama bulan biasa sebelumnya, namun ditempatkan secara interkalari.
# Setiap ''[[jiéqì]]'' dalam tahun solar Cina bersamman dengan kemasukan matahari kepada satu lambang zodiak tropika (satu tempoh atau bucu utama).
# Matahari sentiasa melalui [[solstis musim sejuk]] (memasuki Capricorn) pada bulan ke-11.
# Jika terdapat 12 bulan antara dua kejadian bulan ke-11 berturut-turut, sekurang-kurangnya satu daripada 12 bulan itu mestilah bulan penuh yang dilalui matahari yang kekal dalam lambang zodiak yang sama (tiada tempoh atau bucu utama muncul dalamnya). Jika hanya satu bulan sebegini terjadi, maka bulan tersebut dijadikan bulan lompat, jika dua bulan sebegini terjadi pula, hanya bulan pertama dijadikan bulan lompat.
# Waktu-waktu bulan baru astronomi dan matahari memasuki lambang zodiak baru ditentukan dalam Zon Masa Cina oleh [[Balai Cerap Gunung Ungu]] ({{lang|zh|紫金山天文台}} ''Zǐjīnshān Tiānwéntái'') di pinggir kota [[Nanjing]] menggunakan persamaan astronomi moden.
 
Lambang zodiak yang dimasuki matahari dalam satu-satu bulan dan longitude ekliptik tanda kemasukan itu biasanya menentukan nombor susunan bulan biasa itu. Bulan Pertama, zhēngyuè, secara harfiah bermaksud bulan utama. Bulan-bulan yang selebihnya diberi nombor susunan, iaitu bulan ke-2, bulan ke-3, dan sebagainya.
 
{| class="wikitable"
|-
! #
! Nama Cina
! Longitud
! Lambang Zodiak
|-
| align="right" | '''11'''
| {{lang|zh|十一月}} shíyīyuè
| align="right" | 270°
| [[Capricorn]]
|-
| align="right" | '''12'''
| {{lang|zh|十二月}} shí'èryuè
| align="right" | 300°
| [[Aquarius]]
|-
| align="right" | '''1'''
| {{lang|zh|正月}} zhēngyuè
| align="right" | 330°
| [[Pisces]]
|-
| align="right" | '''2'''
| {{lang|zh|二月}} èryuè
| align="right" | 0°
| [[Aries]]
|-
| align="right" | '''3'''
| {{lang|zh|三月}} sānyuè
| align="right" | 30°
| [[Taurus]]
|-
| align="right" | '''4'''
| {{lang|zh|四月}} sìyuè
| align="right" | 60°
| [[Gemini]]
|-
| align="right" | '''5'''
| {{lang|zh|五月}} wǔyuè
| align="right" | 90°
| [[Cancer]]
|-
| align="right" | '''6'''
| {{lang|zh|六月}} liùyuè
| align="right" | 120°
| [[Leo]]
|-
| align="right" | '''7'''
| {{lang|zh|七月}} qīyuè
| align="right" | 150°
| [[Virgo]]
|-
| align="right" | '''8'''
| {{lang|zh|八月}} bāyuè
| align="right" | 180°
| [[Libra]]
|-
| align="right" | '''9'''
| {{lang|zh|九月}} jiǔyuè
| align="right" | 210°
| [[Scorpio]]
|-
| align="right" | '''10'''
| {{lang|zh|十月}} shíyuè
| align="right" | 240°
| [[Sagittarius]]
|}
 
Ada yang percaya bahawa kesamaan tersebut sebagai sentiasa benar, namun terdapat pengecualian. Misalnya, [[Tahun Baru Cina]] tidak semestinya jatuh pada bulan baru kedua selepas solstis musim sejuk, atau selepas jieqi Air Hujan. Satu pengecualian bakal terjadi pada 2033-2034, apabila solstis musim sejuk menjadi jieqi kedua dalam bulan ke-11. Bulan selepasnya ialah bulan tanpa kemasukan dan maka dijadikan bulan lompat, dan satu bulan ke-12 menyusul dengan kedua-dua jieqi Aquarius dan Pisces (''dingin besar'' dan ''air hujan''). Maka, Tahun Harimau bermula pada bulan baru ketiga selepas solstis musim sejuk, dan juga terjadi selepas jieqi Pisces (''air hujan''), pada [[19 Februari]].
 
Satu lagi peristiwa seumpamanya adalah pada tahun 1984-85, setelah matahari memasuki Capricorn pada 270° dan Aquarius pada 300° pada bulan 11, kemudiannya memasuki Pisces pada 330° pada bulan seterusnya, yang sepatutnya menyebabkan bulan itu menjadi bulan 1. Matahari tidak memasuki apa-apa bintang zodiak pada bulan selepasnya. Untuk mengekalkan solstis musim sejuk pada bulan 11, bulan yang sepatutnya bulan 1 menjadi bulan 12, dan bulan selepasnya menjadi bulan 1, menyebabkan Tahun Baru Cina jatuh pada [[20 Februari]] [[1985]] selepas matahari sudah melalui Pisces pada 330° pada bulan sebelumnya, dan bukannya pada bulan yang bermula pada hari itu.
 
<!--Apabila terjadinya bulan dua kemasukan seperti ini, ini terjadi antara dua bulan yang tidak mengalami apa-apa kemasukan, It usually occurs alone and either includes the winter solstice or is nearby, thus placing the winter solstice in month 11 (rule 4) chooses which of the two non-entry months becomes the intercalary month. In 1984-85, the month immediately before the dual-entry month 11 was a non-entry month which was designated as an intercalary month 10. All months from the dual-entry month to the non-entry month that is not to be intercalary are sequentially numbered with the nearby regular months (rule 2). The last phrase of rule 5, choosing the first of two non-entry months between months 11, has not been required since the last calendar reform, and will not be necessary until the 2033-34 occasion, when two dual-entry months will be interspersed among three non-entry months, two of which will be on one side of month 11. The leap eleventh month produced is a very rare occasion.
 
Exceptions such as these are rare. Fully 96.6% of all months contain only one entry into a zodiacal sign (have one principal term or cusp), all obeying the numbering rules of the [[#Jieqi|jiéqì]] table, and 3.0% of all months are intercalary months (always non-entry months between principal terms or cusps). Only 0.4% of all months either are dual-entry months (have two principal terms or cusps) or are neighboring months that are renumbered.
 
It is only after the 1645 reform that this situation arose. Then it became necessary to fix one month to always contain its principal term and allow any other to occasionally not contain its principal term. Month 11 was chosen, because its principal term (the winter solstice) forms the start of the Chinese Solar year (the sui).
-->
Kalendar qamari Cina dan kalendar Gregory selalu selari balik setiap 19 tahun ([[kitaran Metonik]]). Kebanyakan orang Cina mendapati bahawa hari jadi Cina dan Barat mereka sering jatuh pada hari yang sama pada hari jadi ke-19, ke-38 dan sebagainya. Namun begitu, kitaran 19 tahun dengan satu set bulan lompat tertentu cuma satu anggaran, jadi suatu corak bulan lompat yang hampir seiras dalam kitaran berikutnya akan berubah jua setelah suatu gandaan 19 tahun ke kitaran 19 tahun yang agak berbeza.
 
[[Zodiak Cina]] hanya digunakan untuk menamakan tahun dan tidak digunakan dalam penghitungan sebenar kalendar. Sebenarnya, fahaman Cina mempunyai [[Buruj Cina|sistem buruj]] yang berbeza sekali.
 
Kesemua 12 bulan berkait rapat dengan pertanian, maka juga dinamakan sempena tumbuhan:
# ''Primens'' (bulan pertama) {{lang|zh|正月}}: Bahasa Latin ''primus mensis''.
# ''Apricomens'' (bulan aprikot) {{lang|zh|杏月}}: Pokok [[aprikot]] berbunga.
# ''Peacimens'' (bulan pic) {{lang|zh|桃月}}: Pokok [[pic]] berbunga.
# ''Plumens'' (bulan plum) {{lang|zh|梅月}}: Buah ''[[ume|mei]]'' masak.
# ''Guavamens'' (bulan delima) {{lang|zh|榴月}}: Pokok [[Buah delima|delima]] berbunga.
# ''Lotumens'' (bulan teratai) {{lang|zh|荷月}}: Pokok [[Nelumbo|teratai]] berbunga.
# ''Orchimens'' (bulan anggerik) {{lang|zh|蘭月}}: Pokok [[anggerik]] berbunga.
# ''Osmanthumens'' (bulan osmanthus) {{lang|zh|桂月}}: Pokok [[osmanthus]] berbunga.
# ''Chrysanthemens'' (bulan kekwa) {{lang|zh|菊月}}: Pokok [[kekwa]] berbunga.
# ''Benimens'' (bulan bagus) {{lang|zh|良月}}: Bulan bagus.
# ''Hiemens'' (bulan musim sejuk) {{lang|zh|冬月}}: Bulan [[musim sejuk]].
# ''Lamens'' (bulan akhir) {{lang|zh|臘月}}: Bulan terakhir.
 
== Penandaan tahun ==
 
Sistem ini berterusan sehingga [[Republik China]] diasaskan, yang mengira tahun sebagai Tahun Republik mulai tahun 1912. Oleh itu, 1912 ialah Tahun Pertama Republik, manakala tahun 1949 ialah Tahun ke-38. Sistem ini masih digunakan untuk tujuan rasmi di Taiwan. Bagi tempat-tempat lain di China, pada tahun 1949 [[Republik Rakyat China]] memilih sistem [[Common Era]] (iaitu sama dengan Masihi/Sebelum Masihi), seiring dengan piawaian antarabangsa.
 
=== Kitaran batang-dahan ===
{{utama|Ganzhi}}
Sistem penandaan tahun bersejarah yang lain di China merupakan yang brasaskan kitaran 60 tahun batang-dahan. Sistem ini berasaskan dua bentuk perhitungan: satu kitaran 10 [[Batang Samawi]] dan satu kitaran 12 [[Dahan Duniawi]]. Setiap tahun dinamakan sempena pasangan satu batang dan satu dahan ({{lang|zh|干支}} ''gānzhī''). Batang Samawi dihubungkan dengan [[Yin Yang]] dan [[Wuxing|Lima Unsur]]. Kitaran 10 tahun terkini bermula pada tahun 1984, 1994, dan 2004. Dahan Duniawi pula berkaitan dengan 12 bintang [[Zodiak Cina]]. Setiap Dahan Duniawi juga dikaitan dengan sejenis haiwan, sama-sama dikenali sebagai 12 Haiwan. Kitaran 12 ahun terkini bermula pada tahun 1984, 1996 dan 2008.
 
Oleh sebab nombor 10 (Batang Samawi) dan 12 (Dahan Duniawi) mempunyai faktor sepunya 2, cuma setengah daripada 120 kombinasi batang-dahan yang boleh dibentuk akan sebenarnya terjadi. Kitaran 60 tahun yang terbentuk mengambil nama ''jiǎzǐ'' ({{lang|zh|甲子}}) sempena tahun pertama dalam kitaran, iaitu Batang Samawi "jiǎ" dan Dahan Duniawi "zǐ". Istilah "jiǎzǐ" juga digunakan sebagai kata kiasan yang bererti "sepenuh jangka hayat"—seseorang yang hidup melebihi satu jiǎzǐ jelasnya dirahmati.
 
Mula-mulanya, sistem ini digunakan untuk menanda hari, bukan tahun. Bukti terawalnya didapati pada [[tulang ramalan]] dari c.1350 SM pada [[Dinasti Shang]]. Sistem pentarikhan ini masih diamalkan ke hari ini, dan masih didapati dalam kalendar Cina moden. Meskipun batang-dahan tidak boleh digunakan untuk menyimpulkan hari sebenar dalam peristiwa bersejarah, namun boleh membantu pertukaran tarikh Cina ke kalendar lain dengan lebih tepat.
 
Sekitar [[dinasti Han]], kitaran batang-dahan mula digunakan untuk menanda tahun. Sistem 60 tahun ini berkitar secara berterusan, serta menentukan haiwan atau bintang zodiak kelahiran seseorang. Kitaran-kitarasn ini tidak bernama, dan digunakan bersempena [[nama zaman Cina|nama pemerintahan]] yang diisytiharkan oleh [[Maharaja China|Maharaja]]. Contohnya: {{lang|zh|康熙壬寅}} (Kāngxī rényín) (1662 M) ialah tahun {{lang|zh|壬寅}} (rényín) pertama ketika pemerintahan {{lang|zh|康熙}} ([[Maharaja Kangxi|Kāngxī]]), iaitu nama pemerintahan seorang maharaja [[dinasti Qing]].
 
Bulan dan jam juga boleh ditandai dengan Batang Samawi dan Dahan Duniawi, namun sebaliknya selalu disebut dengan [[angka Cina]]. Dalam [[astrologi Cina]], empat pasangan Batang-Dahan membentuk Lapan Aksara ({{lang|zh|八字}} bāzì).
 
=== Penomboran berkesinambungan ===
 
Tiadanya "asalan" atau titik permulaan tepat bagi kalendar Cina yang diterima sejagat. Menurut tradisi, kalendar ini direka oleh Huang Di ({{lang|zh|黄帝}}) pada tahun ke-61 pemerintahannya pada apa yang dikenali dalam kalendar Gregory sebagai tahun [[2637 SM]]. Ramai yang menganggap tarikh ini sebagai asalannya, ''iaitu'' tahun pertama kitaran 60 tahun yang pertama dalam kalendar Cina, tetapi ada juga orang lain yang menganggap tarikh permulaan pemerintahan Huang Di pada tahun [[2697 SM]] sebagai asalan. Oleh sebab tarikh-tarikh ini genap 60 tahun jurangnya, maka tidak kisahlah yang mana wajar digunakan untuk menentukan urutan batang/dahan atau bintang astrologi untuk mana-mana tahun berikutnya. Contohnya, 2006 ialah tahun {{lang|zh|丙戌}} (bǐngxū) dan Tahun Anjing tanpa mengira sama ada tahun dikira mulai 2637 SM atau 2697 SM. Meskipun mulan-mulanya 2637 SM dikenal pasti sebagai asalan kalendar,kini ramai yang lebih gemar 2697 SM.
 
Pengenaan sistem penomboran berterusan bagi kalendar Cina kebanyakannya merupakan kepentingan bagi mubaligh Jesuit dan orang Barat lain yang beranggapan bahawa kalendar semestilah berterusan. Bagaimanapun, pada awal abad ke-20, sebilangan [[republikanisme|penyokong republik]] China mula mendukung penggunaan kitaran batang-dahan bernombor berterusan secara luas, agar penandaan tahun tidak bergantung kepada [[Nama zaman Cina|nama pemerintahan]] Maharaja. (Ini merupakan sebahagian cubaan mereka untuk menyahsahkan [[Dinasti Qing]].)
 
Pada masa itu, [[Sun Yat-sen]] mengenal pasti 2698 SM sebagai asalan kalendar Cina, dan pilihan inilah yang diamalkan ramai masyarakat [[Orang Cina seberang laut|Cina seberang laut]] di luar [[Asia Tenggara]] seperti [[Chinatown, San Francisco]]. Namun begitu, 2698 SM adalah tidak tepat atas sebab berikut: Kitaran 60 tahun kini bermula dengan tahun [[1984]], iaitu tahun {{lang|zh|甲子}} (jiǎzǐ). Dengan datum ini, pengiraan menunjukkan baahwa kedua-dua tahun 2637 SM (iaitu 4620=77x60 tahun dari 1984 M) dan 2697 SM (iaitu 4680=78x60 tahun dari 1984 M) merupakan tahun jiazi; manakala 2698 SM pula tidak, maka tidak boleh diterima sebagai asalan. Kesilapan ini mungkin timbul akibat terlepas perhatian fakta bahawa 1 M menyusuli 1 SM secara langsung, tanpa apa-apa "tahun sifar" di antaranya.
 
Andai 2637 SM dijadikan asalan, maka tahun [[2007]] ialah tahun ke-4644. Jika 2697 SM pula, tahun 2007 M ialah tahun ke-4704. Namun begitu, bagi orang Cina moden, tahun-tahun dikenali melalui penandaan Masihi sahaja. Tahun 2007 M tidak pernah dipanggil Tahun 4644 atau 4704.
 
=== Persamaan antara sistem ===
Pautan berikutnya memberikan penukaran tarikh kalendar Cina ke tarikh Barat: http://www.sinica.edu.tw/~tdbproj/sinocal/luso.html
 
Jadual ini menunjukkan nama tahun batang/dahan, persamaan pada kalendar Barat (Gregory), dan maklumat berkaitan yang lain untuk dekad ini. (Kesemua tahun ini merupakan sebahagian kitaran 60 tahun yang ke-79, atau ang ke-78jika menerima 2637 SM sebagai asalan.)
 
{| class="wikitable"
|-
! Urutan<br />Jiǎzǐ<br />({{lang|zh|甲子}})
! Batang/<br />Dahan
! Gānzhī ({{lang|zh|干支}})
! Tahun… {{ref label|tahun|a|a}}
! Penomboran<br />Berterusan {{ref label|pb|b|b}}
! Kalendar<br />Gregory {{ref label|gregory|c|c}}
! Tahun Baru<br />(chūnjié, {{lang|zh|春節}})
|-
|15||5/3||wùyín ({{lang|zh|戊寅}})||Harimau Tanah||4695||1998||28 Jan
|-
|16||6/4||jǐmăo ({{lang|zh|己卯}})||Arnab Tanah||4696||1999||16 Feb
|-
|17||7/5||gēngchén ({{lang|zh|庚辰}})||Naga Logam||4697||2000||5 Feb
|-
|18||8/6||xīnsì ({{lang|zh|辛巳}})||Ular Logam||4698||2001||24 Jan
|-
|19||9/7||rénwǔ ({{lang|zh|壬午}})||Kuda Air||4699||2002||12 Feb
|-
|20||10/8||guǐwèi ({{lang|zh|癸未}})||Kambing Air||4700||2003||1 Feb
|-
|21||1/9||jiǎshēn ({{lang|zh|甲申}})||Kera Kayu||4701||2004||22 Jan
|-
|22||2/10||yǐyǒu ({{lang|zh|乙酉}})||Ayam Kayu||4702||2005||9 Feb
|-
|23||3/11||bǐngxū ({{lang|zh|丙戌}})||Anjing Api||4703||2006||29 Jan
|-
|24||4/12||dīnghài ({{lang|zh|丁亥}})||Khinzir Api||4704||2007||18 Jan
|-
|25||5/1||wùzǐ ({{lang|zh|戊子}})||Tikus Tanah||4705||2008||7 Feb
|-
|26||6/2||jǐchǒu ({{lang|zh|己丑}})||Lembu Tanah||4706||2009||26 Jan
|-
|27||7/3||gēngyín ({{lang|zh|庚寅}})||Harimau Logam||4707||2010||14 Feb
|-
|28||8/4||xīnmăo ({{lang|zh|辛卯}})||Arnab Logam||4708||2011||3 Feb
|}
 
:{{ref label|tahun|a|a}} Permulaan setiap tahun zodiak sewajarnya bersamaan dengan hari pertama tahun qamari.
 
:{{ref label|pb|b|b}} Seperti yang dibincangkan tadi, terdapat banyak kesulitan dalam menentukan satu asas untuk kronologi nombor tahun berterusan. Nombor-nombor yang diseranaikan di sini adalah terlebih 60 jika 2637 SM dijadikan asalan; dan terkurang 1 jika 2698 SM pula dijadikan asalan. Maka itu, menurut beberapa sumber, tahun 2006 Gregorian boleh bersamaan dengan 4643, atau 4704 pun.]
 
:{{ref label|gregory|c|c}} Walau bagaimanapun, persamaan antara tahun Cina lunisolar dan tahun Gregory suria sudah tentu tidak tepat. Bulan-bulan pertama setiap tahun Gregory—iaitu yang sebelum Tahun Baru Cina—tergolong dalam tahun Cina sebelumnya. Contohnya, 1–28 Januari 2006 bersamaan dengan yǐyǒu atau 4702. Maka, mungkin adalah lebih tepat untuk menyatakan bahawa tahun 2006 Gregory bersamaan dengan tahun 4702–4703.]
 
=== Tahun suria lawan tahun qamari ===
Terdapat satu perbezaan antara tahun suria dan tahun qamari dalam kalendar Cina kerana kalendar itu lunisolar. Setahun qamari ({{lang|zh|年}} ''nián'') adalah dari satu tahun baru Cina ke yang lain, manakala setahun suria ({{lang|zh|歲}} ''suì'') pula sama ada tempoh antara dua [[ekuinoks musim bunga]] atau tempoh antara dua [[solstis musim sejuk]] (lihat bahagian [[#Jieqi|Jiéqì]]). Tahun qamari hanya digunakan untuk pentarikhan, manakala tahun suria, terutamanya yang antara solstis musim sejuk, digunakan untuk menomborkan bulan.
 
== Tempoh suria ==
{{main|Jieqi}}
Bulan-bulan dalam kalendar Cina menurut [[fasa bulan]]. Oleh itu, bulan-bulan tidak mengikut musim tahun suria dengan tepatnya. Untuk membantu para petani menentukan bila untuk menanam atau menuai, para pendraf kalendar memasukkan 24 penanda bermusim yang mengikut tahun suria, iaitu ''[[Jieqi|jiéqì]]'' ({{lang|zh|節氣}}).
 
Istilah ''Jiéqì'' (terjemahan harfiahnya "nod cuaca") boleh diterjemah sebagai "Tempoh Suria". Setiap nod adalah ketika matahari mencapai salah satu daripada 24 titik yang dijarakkan sama rata sepanjang [[ekliptik]], termasuk [[solstis]] dan [[ekuinoks]], ditampatkan pada jarak 15 [[darjah (sudut)|darjah]]. Oleh sebab penghitungan berasaskan suria, ''jiéqì'' ini jatuh lebih kurang pada hari yang sama setiap tahun dalam [[takwim suria]] (cth. [[kalendar Gregory]]), tetapi tidak membentuk apa-apa corak yang jelas dalam kalendar Cina. Tarikh-tarikh berikut adalah anggaran dan mungkin berbeza sedikit dari tahun ke tahun kerana hukum interkalasi (iaitu sistem [[tahun lompat]]) kalendar Gregory. ''Jiéqì'' diterbitkan dalam [[almanak]] petani setiap tahun. [[Tahun Baru Cina]] biasanya jatuh pada hari [[anak bulan]] yang terdekat dengan ''lìchūn''.
 
Dalam jadual di bawah, ukuran diberi dalam piawaian astronomi [[garis bujur gerhana]], kosong darjah terletak pada titik [[ekuinoks musim bunga]]. Dalam astronomi Cina, musim berpusatkan solstis dan ekuinoks, sementara dalam pemahaman Barat, musim bermula solstis dan ekuinoks. Maka istilah ''Awal Musim Bunga'' dan Perayaan Musim Bunga jatuh pada bulan Februari, meskipun keadaan di Hemisfera Utara masih agak dingin di latitud beriklim sederhana.
 
{| class="wikitable"
|-
! Garis bujur<br />gerhana
! Nama Cina
! Tarikh Gregory<br />(anggaran)
! Terjemahan
! Huraian
|-
| align="right" | 315°
| [[Lichun|{{lang|zh|立春}} lìchūn]]
| 4 Februari
| bermulanya musim bunga
| musim bunga bermula di sini menurut pemahaman Cina mengenai musim
|-
| align="right" | 330°
| [[Yushui|{{lang|zh|雨水}} yǔshuǐ]]
| 19 Februari
| air hujan
| mulai titik ini, suhu lebih mungkin menyebabkan hujan berbanding salji
|-
| align="right" | 345°
| [[Jingzhe|{{lang|zh|啓蟄}} qǐzhé<br />({{lang|zh|驚蟄}} jīngzhé)]]
| 5 Mac
| serangga bangkit
| apabila serangga yang ber[[hibernasi]] bangun
|-
| align="right" | 0°
| [[Chunfen|{{lang|zh|春分}} chūnfēn]]
| 21 Mac
| [[ekuinoks musim bunga]]
| pembahagi tengah musim bunga (menurut definisi musim Cina)
|-
| align="right" | 15°
| [[Qingming|{{lang|zh|清明}} qīngmíng]]
| 5 April
| cerah dan terang
| [[Cengbeng|perayaan Cina]] yang mana kubur nenek moyang diselenggara
|-
| align="right" | 30°
| [[Guyu|{{lang|zh|穀雨}} gǔyǔ atau gǔyù]]
| 20 April
| hujan bijian
| hujan membantu biji-bijian tumbuh
|-
| align="right" | 45°
| [[Lixia|{{lang|zh|立夏}} lìxià]]
| 6 Mei
| bermulanya musim panas
| (menurut definisi musim Cina)
|-
| align="right" | 60°
| [[Xiaoman|{{lang|zh|小滿}} xiǎomǎn]]
| 21 Mei
| bijian berisi
| bijian menjadi berisi
|-
| align="right" | 75°
| [[Mangzhong|{{lang|zh|芒種}} mángzhòng atau mángzhǒng]]
| 6 Jun
| bijian dalam bulir
| jejanggut bijian bertumbuh
|-
| align="right" | 90°
| [[Xiazhi|{{lang|zh|夏至}} xiàzhì]]
| 21 Jun
| [[solstis musim panas]]
| kemuncak musim panas (ketinggian matahari)
|-
| align="right" | 105°
| [[Xiaoshu|{{lang|zh|小暑}} xiǎoshǔ]]
| 7 Julai
| bahang kecil
| apabila bahang mula tidak tertahan
|-
| align="right" | 120°
| [[Dashu|{{lang|zh|大暑}} dàshǔ]]
| 23 Julai
| bahang besar
| masa paling hangat dalam setahun
|-
| align="right" | 135°
| [[Liqiu|{{lang|zh|立秋}} lìqiū]]
| 7 Ogos
| bermulanya musim luruh
| (menurut definisi musim Cina)
|-
| align="right" | 150°
| [[Chushu|{{lang|zh|處暑}} chùshǔ]]
| 23 Ogos
| kurangnya bahang
| har. tinggal dalam bahang
|-
| align="right" | 165°
| [[Bailu|{{lang|zh|白露}} báilù]]
| 8 September
| embun putih
| lembapan memeluwap menyebabkan embun menjadi putih; petanda musim luruh menjelang
|-
| align="right" | 180°
| [[Qiufen|{{lang|zh|秋分}} qiūfēn]]
| 23 September
| [[ekuinoks musim luruh]]
| pembahagi tengah musim luruh (menurut definisi musim Cina)
|-
| align="right" | 195°
| [[Hanlu|{{lang|zh|寒露}} hánlù]]
| 8 Oktober
| embun sejuk
| embun mula bertukar menjadi fros
|-
| align="right" | 210°
| [[Shuangjiang|{{lang|zh|霜降}} shuāngjiàng]]
| 23 Oktober
| turunnya fros
| kehadiran fros dan penurunan suhu
|-
| align="right" | 225°
| [[Lidong|{{lang|zh|立冬}} lìdōng]]
| 7 November
| bermulanya musim sejuk
| (menurut definisi musim Cina)
|-
| align="right" | 240°
| [[Xiaoxue|{{lang|zh|小雪}} xiǎoxuě]]
| 22 November
| salji kecil
| saji mula turun
|-
| align="right" | 255°
| [[Daxue|{{lang|zh|大雪}} dàxuě]]
| 7 Disember
| salji besar
| maranya musim ribut salji
|-
| align="right" | 270°
| [[Dongzhi|{{lang|zh|冬至}} dōngzhì]]
| 22 Disember
| [[solstis musim sejuk]]
| kemuncak musim sejuk (ketinggian matahari)
|-
| align="right" | 285°
| [[Xiaohan|{{lang|zh|小寒}} xiǎohán]]
| 6 Januari
| dingin kecil
| kedinginan mula menjadi tidak tertahan
|-
| align="right" | 300°
| [[Dahan|{{lang|zh|大寒}} dàhán]]
| 20 Januari
| dingin besar
| masa paling sejuk dalam setahun
|}
Nota: Jiéqì ketiga asalnya dipanggil {{lang|zh|啓蟄}} (qǐzhé) tetapi ditukar kepada {{lang|zh|驚蟄}} (jīngzhé) ketika zaman [[Maharaja Jing dari Han]] ({{lang|zh|漢景帝}}) agar mengelak tertulis nama asal baginda {{lang|zh|啓}} (juga ditulis sebagai variannya {{lang|zh|啟}}).
 
== Rujukan ==
{{reflist}}
 
== Lihat juga ==
*[[Astrologi Cina]]
 
== Pautan luar ==
*[http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/calendar/chinese.html Rules for the Chinese Calendar]
* [http://www.char4u.com/chinese-zodiac-sign.php Chinese Zodiac Chart] Find your Chinese Zodiac sign based on your date of birth.
* Calendar Conversion
**[http://www.mandarintools.com/calendar.html Gregorian-Chinese calendar converter]Online: only for the republican age (after 1912)
**[http://www.sinica.edu.tw/~tdbproj/sinocal/luso.html Two-Thousand-Year Chinese Calendar Converter] (in Chinese) - works for all dates from the [[Han Dynasty]] until 2100
**[http://www.henryfong.com/10000.htm Convert Gregorian to Chinese Lunar and Solar Dates]
*Pages from the [[Hong Kong Observatory]] [http://www.hko.gov.hk/contente.htm website]
**[http://www.hko.gov.hk/gts/time/24solarterms.htm The 24 Solar Terms of ''Jieqi'']
**[http://www.hko.gov.hk/gts/time/stemsandbranches.htm Heavenly Stems and Earthly Branches]
 
[[Kategori:Budaya Cina]]
[[Kategori:Kalendar Cina| ]]
[[Kategori:Takwim]]
 
[[af:Sjinese kalender]]
[[als:Chinesischer Kalender]]
[[ar:تقويم صيني]]
[[id:Imlek]]
[[be:Кітайскі каляндар]]
[[be-x-old:Кітайскі каляндар]]
[[bg:Китайски календар]]
[[ca:Calendari xinès]]
[[cs:Čínský kalendář]]
[[da:Kinesiske kalender]]
[[de:Chinesischer Kalender]]
[[el:Κινεζικό ημερολόγιο]]
[[en:Chinese calendar]]
[[es:Calendario chino]]
[[eo:Ĉina kalendaro]]
[[fa:گاه‌شماری چینی]]
[[fr:Calendrier chinois]]
[[fy:Sineeske kalinder]]
[[fur:Calendari cinês]]
[[gl:Calendario chinés]]
[[gan:黃曆]]
[[ko:음력]]
[[io:Chiniala kalendario]]
[[is:Kínverska tímatalið]]
[[it:Calendario cinese]]
[[he:לוח השנה הסיני]]
[[ka:ჩინური კალენდარი]]
[[lt:Kinų kalendorius]]
[[hu:Kínai naptár]]
[[nl:Chinese kalender]]
[[new:चिनिया पात्रो]]
[[ja:中国暦]]
[[no:Kinesisk kalender]]
[[nn:Kinesisk kalender]]
[[pl:Kalendarz chiński]]
[[pt:Calendário chinês]]
[[ro:Calendarul chinezesc]]
[[ru:Китайский календарь]]
[[sh:Kineski kalendar]]
[[fi:Kiinalainen kalenteri]]
[[sv:Kinesiska kalendern]]
[[ta:சீன நாட்காட்டி]]
[[vi:Lịch Trung Quốc]]
[[uk:Китайський календар]]
[[zh-classical:農曆]]
[[wuu:农历]]
[[yi:כינעזישער קאלענדאר]]
[[zh-yue:黃曆]]
[[zh:農曆]]
65,389

suntingan