Aluminium: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Xqbot (bincang | sumb.)
Aushulz (bincang | sumb.)
Baris 48:
 
== Sifat ==
[[Fail:Aluminum_MetalAluminum Metal coinless.jpg|thumb|left|Sekeping logam aluminium dengan panjang 15 cm]]
Aluminium adalah merupakan logam yang lembut dan ringan, dengan rupa keperakan pudar, oleh kerana kehadiran lapisan [[pengoksidaan]] yang nipis yang terbentuk apabila didedahkan kepada udara. Aluminium adalah tak bertoksik (dalam bentuk logam), tak bermagnet, dan tidak menghasilkan cucuh. Aluminium tulen mempunyai kekuatan tegangan sebanyak 49 megapascal (MPa) dan 700 MPa sekiranya dibentuk menjadi aloi. Aluminium mempunyai ketumpatan satu pertiga daripada ketumpatan [[keluli]] atau [[tembaga]]; adalah [[boleh tempa]], [[mulur]], dan mudah dimesin dan ditempa; dan mempunyai daya tahan [[kakisan]] serta ketahanan yang sangat baik oleh sebab lapisan pelindung oksidanya. Kemasan cermin aluminium mempunyai kepantulan yang tertinggi antara semua logam dalam rantau 200-400 nm (Ultaungu), dan 3000-10000 nm (Inframerah jauh), sementara dalam julat penglihatan iaitu 400-700 nm ia diatasi sedikit oleh [[perak]], dan dalam julat 700-3000 (Inframerah dekat) diatasi oleh perak, [[emas]] dan tembaga. Ia merupakan logam kedua paling mudah tertempa (selepas [[emas]]) dan keenam paling [[mulur]].
 
== Kegunaan ==