Surah Al-Hijr: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Thijs!bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: sl:Hidžr (sura)
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.5.2) (bot mengubah: ku:Hecr; perubahan kosmetik
Baris 3:
'''Surah Al Hijr''' '''(سورة الحجر)''' adalah surah ke-15 dalam [[Al Qur'an]]. Surah ini mempunyai 99 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah [[Makkiyyah]]. In disebabkan oleh surah ini diturunkan di [[Makkah]] sebelum [[hijrah]]. Al Hijr adalah nama sebuah daerah pegunungan yang didiami oleh Kaum Tsamud pada zaman dahulu yang terletak di pinggir jalan antara [[Madinah]] dan Syam (Syria). Nama surah ini diambil daripada nama daerah pegunungan itu. Surah ini berkisar mengenai kaum Tsamud yang diceritakan pada ayat 80 sampai dengan 84 yang telah dibinasakan oleh [[Allah]] SWT, kerana tidak mempercayai [[Nabi Soleh a.s.]] dan berpaling daripada ayat-ayat Allah. Dalam surah ini terdapat juga kisah-kisah kaum yang lain yang telah dibinasakan oleh Allah seperti kaum Luth A.S. dan kaum Syuaib A.S.. Secara kesimpulannya, pengajaran yang dapat diungkapkan ialah orang-orang yang menentang ajaran rasul-rasul akan mengalami kehancuran berdasarkan kisah-kisah yang terdapat dalam Al-Quran.
 
== Isi Kandungan ==
# Keimanan: Kepastian nasib suatu bangsa hanya di tangan [[Allah]]; Allah menjamin kemurnian [[Al Quran]] sepanjang masa; alam malaikat (langit) sentiasa dipelihara daripada syaitan; kadar rezeki yang diberikan kepada manusia sesuai dengan hikmah kebijaksanaan Allah; Allah memelihara hambaNya yang mendapat taufiq dan Hidayah daripada godaan syaitan; Allah di samping bersifat pengampun dan penyayang juga mengazab orang-orang yang ingkar; manusia dihimpun pada hari [[kiamat]].
# Hukum-hukum: Larangan terhadap [[homoseksual]]; kewajipan melakukan [[ibadah]] seumur hidup; larangan menginginkan harta orang [[kafir]]; perintah kepada Nabi [[Muhammad]] SAW agar melakukan dakwah secara terang-terangan; larangan berputus asa terhadap rahmat Allah.
Baris 23:
[[fa:حجر]]
[[hi:अल-हिज्र]]
[[ku:El-H'ecerHecr]]
[[ml:ഹിജ്റ്]]
[[mzn:حجر]]