Lebuhraya Pan Borneo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Hezery99 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hezery99 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Lebuhraya Pan Borneo''', juga dikenali sebagai '''Lebuhraya Trans Borneo''', '''(Laluan Persekutuan {{JKR|01}} di [[Sarawak]] dan {{JKR|A1}} di [[Sabah]], Laluan Kebangsaan 1 di [[Brunei]])''' {{AHN-AH|150}} adalah satu rangkaian [[laluan persekutuan]] yang menghubungkan [[Sarawak]], [[Brunei]] dan [[Sabah]]. Projek Lebuhraya Pan Borneo adalah projek usaha sama antara kerajaan Brunei dan Malaysia. Projek tersebut bermula sebaik sahaja Sarawak dan Sabah menyertai Persekutuan [[Malaysia]] pada tahun 1963. Faktor utama pembinaan lebuh raya ini adalah berikutan tiadanya rangkaian jalan raya di Sarawak. Bahagian yang menghubungkan Sarawak, Sabah dan Brunei adalah bahagian Lawas - Temburong (Brunei), siap pada tahun 1997. Dengan siapnya bahagian tersebut, pemandu boleh memandu secara terus dengan kereta dari [[Kuching]] ke [[Kota Kinabalu]]. Namun demikian, Kerajaan Pusat terus membina bahagian-bahagian baru bagi menghubungkan kawasan luar bandar di Sarawak.
 
Panjang keseluruhan sistem lebuh raya ini dianggarkan sepanjang lebih kurang 1047.18 km. Setakat tahun [[2002]], lebih kurang 997.18 km atau 95.2% daripada panjang keseluruhan lebuh raya tersebut telah disiapkan. Setakat ini, bahagian terbaru yang siap dibina adalah bahagian [[Tenom]] - [[Sipitang]] pada tahun 2006. Pembinaan bahagian terakhir dari Kalabakan ke Sepulut bakal dimulakan pada tahun 2008, oleh itu keseluruhan rangkaian Lebuhraya Pan Borneo dijangka siap dalam tempoh [[Rancangan Malaysia Kesembilan]].