Barisan Pembebasan Kebangsaan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
'''Barisan Pembebasan Kebangsaan''' adalah parti yang mengawal dan mengarahkan kumpulan pejuang Viet cong di Vietnam Selatan.
 
Barisan Pembebasan Kebangsaan ditubuhkan pada [[20 Disember]] [[1960]], dan menajdimenjadi penentang utama Kerajaan Kolonial [[Perancis]] dan seterusnya Kerajaan [[Vietnam Selatan]] dan sekutunya [[Amerika Syarikat]] semasa [[Perang Vietnam]]. Nama penuh pergerakan ini adalah '''Barisan Pembebasan Kebangsaan Vietnam Selatan''' dan dalam [[Bahasa Vietnam]] ia dipanggil ''Mặt Trận Dân Tộc Giải Phóng Miền''. Sayap bersenjata pergerakan ini dikenali sebagai '''Pasukan Bersenjata Pembebasan Rakyat''' (People's Liberation Armed Forces) yang lebih dikenali sebagai ([[Viet Cong]]).
 
Barisan Pembebasan Kebangsaan terdiri daripada dua kumpulan berbeza (i) para intelek [[Vietnam Selatan]], seperti [[Truong Nhu Tang]], yang menentang kerajaan pimpinan [[Ngo Dinh Diem]] dan (ii) anasir [[Komunis]] seperti [[Nguyen Thi Binh]], yang terus tinggal di [[Vietnam Selatan]] selepas pembahagian Vietnam dan penghijrahan beramai-ramai tahun 1954.
 
Barisan Pembebasan Kebangsaan pada amnya bebas dari pengaruh [[Vietnam Utara]], tetapi pada hakikatnya terikat secara ideologi dengan [[Vietnam Utara]]. Pada masa penubuhannya, bukan semua anggota Barisan Pembebasan Kebangsaan berfahaman [[komunis]]. Tetapi dengan peredaran masa dan dengan penyusupan anggota dari [[Vietnam Utara]], akhirnya Barisan Pembebasan Kebangsaan menjadi sinonim dengan faham komunis. Taktik biasa perjuangan gerila Barisan Pembebasan Kebangsaan adalah untuk menubuhkan kawasan-kawasan yang dibebaskan (liberated zones) di [[Vietnam Selatan]] dan mengakibatkan [[Tentera Vietnam Selatan]] ([[ARVN]]) memindahkan penduduk di kawasan tersebut ke perkampungan baru. Ini membolehkan viet Cong mempunyai agen dan anasir di dalam kawasan-kawasan selamat.
Baris 14:
 
Dalam tahun 1969, Barisan Pembebasan Kebangsaan menubuhkan Kerajaan Revolusi Sementara. Semasa penubuhan kerajaan sementara ini, pengaruh bukan komunis dalam Barisan Pembebasan Kebangsaan sudah dihapuskan. Selepas pasukan Vietnam selatan ditewaskan dalam tahun 1975, Kerajaan Revolusi Sementara mengambil kuasa di Vietnam selatan, tetapi tidak kekal. Kerajaan tersebut dengan pantas mengusulkan penyatuan dengan [[Vietnam Utara]]. Selepas Vietnam disatukan, Barisan Pembebasan Kebangsaan dibubarkan dan diserap ke dalam [[Parti Komunis Vietnam]].
[[Kategori:Perang Vietnam]]