Rejimen Semboyan Diraja: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mengosongkan laman
Aurora (bincang | sumb.)
k Membalikkan suntingan oleh 120.140.22.206 (Perbincangan) kepada versi terakhir oleh 202.185.32.254
Baris 1:
'''Rejimen Semboyan DiRaja''' adalah satu unit [[bantuan tempur]] di dalam [[Tentera Darat Malaysia]]. Rejimen Semboyan DiRaja bertanggungjawab mengadakan dan mengekalkan saluran-saluran perhubungan untuk markas dan elemen-elemen taktikal [[Tentera Darat Malaysia]]. Rejimen Semboyan DiRaja juga dengan bertanggungjawab menguruskan semua aspek perlaksanaan [[peperangan elektronik]] dan [[sistem amaran awal]] untuk [[Tentera Darat Malaysia]].
 
==Sejarah Pembentukan==
 
Sejarah Rejimen Semboyan DiRaja bermula dengan penubuhan satu [[Terup]] Perhubungan di Depot Latihan [[Rejimen Askar Melayu DiRaja|Rejimen Askar Melayu]] di [[Port Dickson]] dalam tahun [[1949]]. [[Terup]] Perhubungan ini telah diasaskan dengan mengumpulkan anggota-anggota semboyan (pengendali radio ataupun ''radioman'') yang berkhidmat di dalam Batalion Pertama, Batalion kedua dan Batalion ketiga [[Rejimen Askar Melayu DiRaja|Rejimen Askar Melayu]] untuk di dalam [[Terup]] Semboyan .
 
Dengan pengembangan saiz dan pertambahan tugas-tugas yang dilaksanakan oleh [[Terup]] Perhubungan, pasukan ini telah dinamakan [[Skuadron]] Semboyan [[Tentera Persekutuan]] (''Federation Signals Squadron''). Skuadron ini ditugaskan untuk memenuhi keperluan semboyan semua unit-unit [[Rejimen Askar Melayu DiRaja|Rejimen Askar Melayu]].
 
Skuadron Semboyan [[Briged]] [[Persekutuan Tanah Melayu|Persekutuan]] ditubuhkan apabila [[Briged]] [[Infantri]] [[Persekutuan Tanah Melayu|Persekutuan]] ditubuhkan dalam tahun 1952. Dengan pengukuhan, pertambahan peranan dan kepentingannya dalam menguruskan perkara-perkara berkaitan dengan perhubungan Tentera Persekutuan, pasukan ini kemudiannya ditukarkan nama menjadi Rejimen Semboyan [[Persekutuan Tanah Melayu|Persekutuan]] (''Federation Signals Regiment''). Sehingga kini, tarikh penubuhan [[Skuadron]] Semboyan [[Briged]] [[Persekutuan Tanah Melayu|Persekutuan]] diraikan sebagai [[hari ulangtahun]] penubuhan Rejimen Semboyan DiRaja.
 
Rejimen Semboyan diberikan dgelaran “DiRaja” pada [[6 Jun]] [[1992]] oleh [[Yang di-Pertuan Agong]] sebagai pengiktirafan perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh Rejimen Semboyan, dan pasukan ini setrusnya dikenali dengan nama Rejimen Semboyan DiRaja.
 
Semua rekrut Rejimen Semboyan DiRaja menerima latihan asas ketenteraan mereka di [[Pusat Latihan Rekrut]] di [[Port Dickson]]. Latihan khusus pasukan Semboyan (''special-to-arm training'') diberikan di Sekolah Semboyan di Kem Sungei Besi (sebelumnya di Jalan Padang Tembak, Kuala Lumpur). Sekolah itu adalah sekarang dikenali sebagai Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED).
 
==Kolonel Kehormat Dan Ketua Semboyan==
[[Image:semboyanflag.jpg|thumb|350px|[[Bendera]] Rejimen Semboyan Diraja]]
 
Kolonel Paduka Sri Tuanku Ja'afar ibni al-Marhum Tuanku 'Abdul Rahman, [[Yang di-Pertuan Besar Negri Sembilan]] adalah [[Kolonel Yang DiPertua]] Rejimen Semboyan DiRaja.
 
Pegawai paling kanan di dalam Rejimen semboyan dikenali sebagai [[Ketua Semboyan]] (Chief Signals Officer). Anak watan pertama dilantik menjadi Ketua Semboyan adalah Kolonel (kemudiannya Mejar Jeneral) [[Leong Siew Meng]] yang dilahirkan di Ipoh, Perak. Beliau merupakan salah seorang daripada “[[Templer's 12]]” iaitu antara 12 orang warga [[Persekutuan Tanah Melayu]] yang dipilih oleh Jeneral Tun [[Gerald Templer]] untuk menjadi pegawai semasa [[Rejimen Persekutuan]] ditubuhkan
 
== Lambang Dan Cogan Kata ==
 
Lambang Rejimen menngunakan [[Burung Camar Laut]] sebagai simbol utusan yang menghubungi seluruh dunia. Bulatan dengan kata-kata "Rejimen Semboyan DiRaja" mewakili perkhidmatan dan kecemerlangan dalam memberikan khidmat kepada [[Tentera Darat Malaysia]].
 
[[Cogan Kata]] Rejimen adalah "Pantas Dan Pasti", berpokok kepada cogan kata “''Certa Cito''”, iatu cogan kata '''''Corps of Royal Signals''''' [[Tentera British]] yang telah memainkan peranan besar membantu penubuhan Rejimen Semboyan DiRaja. Mahkota dengan 5 runcing digunakan untuk menghargai [[Rejimen Askar Melayu DiRaja]], kerana asal Rejimen Semboyan adalah dengan penubuhan [[Terup]] Perhubungan [[Rejimen Askar Melayu DiRaja]].
 
[[Bendera]] Rejimen terdiri daripada garis-garis melintang menggunakan warna-warna Rejimen, iaitu biru muda, biru tua dan hijau, yang mewakili [[Tentera Darat]], [[Tentera Udara]] dan [[Tentera Laut]]. Tiga warna tersebut dipisahkan oleh warna kuning antara warna biru muda dan biru tua, dan warna merah menjadi pemisah antara warna biru tua dan warna hijau. Dua warna tambahan itu menggambarkan Rejimen Semboyan berasal daripada [[Rejimen Askar Melayu DiRaja]]. Logo Rejimen Semboyan adalah diletakkan di tengah bendera.
 
==Peranan Dan Tanggungjawab==
 
Rejimen Semboyan DiRaja menyediakan perkhidmatan berikut untuk kemudahan Tentera Darat Malaysia.
 
*perkhidmatan komunikasi taktikal,
*keupayaan mengendalikan peperangan elektronik,
*Peperangan Informasi dan Maklumat (C4ISR)
 
Rejimen Semboyan DiRaja juga menyediakan dan menyelenggara semua peralatan komunikasi dan peralatan elektronik Tentera Darat Malaysia.
 
==Organisasi dan Unit-unit==
 
===Struktur Organisasi===
 
Rejimen Semboyan DiRaja distrukturkan mengikut [[Rejimen]] dan [[Skuadron]]. Satu [[Rejimen]] ditugaskan dengan setiap satu daripada 4 [[Divisyen]] dalam [[Tentera Darat Malaysia]]. Setiap [[Briged]] pula mempunyai satu [[Skuadron]] Semboyan yang ditugaskan mengendalikan khidmat perhubungan. [[Skuadron]] dipecahkan menjadi [[Terup]] untuk tujuan operasi.
 
[[10 Briged Para]] pula mempunyai bantuan tempur daripada [[Skuadron]] Semboyan (Para) di mana setiap anggota [[Skuadron]] Semboyan (Para) telah layak mendapat tauliah sebagai anggota [[payung terjun]].
 
===Unit-Unit===
 
Unit-Unit Rejimen Semboyan adalah seperti berikut
 
*1 Rejimen Semboyan DiRaja - Kuching
*2 Rejimen Semboyan DiRaja - Kem Sg. Ara , Pulau Pinang
*3 Rejimen Semboyan DiRaja - Kem Terendak, Melaka
*4 Rejimen Semboyan DiRaja - Kem Erskine, Kuala Kubu Baru
*71 Rejimen Semboyan DiRaja – Kem Sungei Besi KL.
*72 Skuadron Semboyan DiRaja - Kem Imphal, Kuala Lumpur.
*73 Rejimen Semboyan DiRaja - Kem Paya Jaras, Sg Buloh, Selangor.
*74 Skuadron Semboyan DiRaja - Kem Transmitter,Sg Besi, Kuala Lumpur.
*91 Rejimen Semboyan DiRaja - Kem Kementah, Kuala Lumpur.
*93 Rejimen Semboyan DiRaja - Kem Imphal, Kuala Lumpur.
*95 Rejimen Semboyan DiRaja - Kem Sg Besi, Kuala Lumpur.
*1 Skuadron Semboyan DiRaja - Kem Rasah, Seremban.
*2 Skuadron Semboyan DiRaja - Kem Mk 2 Bgd, Ipoh.
*3 Skuadron Semboyan DiRaja - Kucing.
*4 Skuadron Semboyan DiRaja - Kem Bt 10, Kuantan.
*5 Skuadron Semboyan DiRaja - Kem Lok Kawi, KK.
*6 Skuadron Semboyan DiRaja - Kem Sungai Layar, Sungai Petani
*7 Skuadron Semboyan DiRaja - Kem Mahkota Kluang.
*8 Skuadron Semboyan DiRaja - Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan,
*9 Skuadron Semboyan DiRaja - Sibu, Sarawak
*10 Skuadron RSD (Para) - Kem Terendak, Melaka.
*11 Skuadron Semboyan DiRaja - Kem Sungai Buloh, Selangor.
*12 Skuadron Semboyan DiRaja - Kem Wardieburn, Kuala Lumpur.
*21 Skuadron (RSD) - Kem Iskandar, Mersing.
 
===Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat===
 
INSTITUT Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat (IKED) telah ditubuhkan dalam tahun 1958 dengan [[Terup]] Latihan [[Skuadron]] Semboyan Tentera [[Persekutuan tanah melayu|Persekutuan]]. Dalam tahun [[1964]], Sekolah Semboyan ditubuhkan untuk menggantikan [[Terup]] Latihan. Namanya kemudian ditukarkan kepada Institut Komunikasi dan Elektronik Tentera Darat untuk lebih menggambarkan peranan dan perubahan misi Rejimen Semboyan.
 
IKED mentadbir 23 kursus untuk memenuhi keperluan Tentera Darat Malaysia, dengan 10 kursus untuk Pegawai dan Pegawai Tidak Tauliah Kanan. Kursus-kursus termasuk [[kriptografi]] dan semboyan tempur juga ditawarkan. IKED mengendalikan 1,100 hingga 1,300 orang pelatih setiap tahun.
 
ia juga merupakan home of corps. Iked Adalah institusi melatih Pegawai Semboyan dan Lain-lain pangkat untuk mengendalikan peralatan Semboyan.
 
==Kelengkapan==
 
Antara kelengkapan Semboyan yang digunakan adalah
*'''TRC 9200'''
:VHF/FM manpack transceiver
:VHF Tactical Frequency Band: 30 to 88 MHz
:Output power: 5 - 10 W
:Fast Frequency Hopping
:High autonomy: up to 24 hours according to the type of battery (Ni-Cad, Li-Ion, Lithium)
:Multirole radio: manpack, vehicular, base stations
:Fully interoperable in all modes with other PR4G radio
:Interoperability via STANAGs 4204&4292
:Wide range of advanced CNR & data services (TDMA, Packet radio mode and Tactical network access (ACNRI)