Pengkid: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
‘Pengkid’ tegar, agak sukar dipulihkan dalam waktu singkat. Sejak 1988, kira-kira 200 dikategorikan sebagai ‘pengkid’ dan mangsa ‘pengkid,’ datang ke KEWAJA sama ada atas kerelaan sendiri atau dihantar ibu bapa.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0513&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm ‘Pengkid’ kini lebih berani]</ref>. Walaupun yang demikian, tiada kajian perubatan dan psikiatri yang kukuh dapat melaporkan bahawa rawatan fizikal dan rohani boleh "memulihkan" golongan pengkid.<ref>[Sexual orientation conversion therapy for gay men and lesbians: A scientific examination, oleh Douglas C. Halderman, M/S 149-160]</ref>
 
==Faktor / Ciri-ciri==
* Secara semulajadi. Dari usia kanak-kanak lagi sudah nampak kecenderungan mereka lebih berminat kepada perempuan, kadangkala diputik ketika mereka dibesarkan seperti melihat lelaki yang disifatkan sebagai ganas seperti bapa yang tidak bertanggungjawab, kaki pukul dan sebagainya.
* Mereka terperangkap dengan pujuk rayu ‘pengkid’ asli yang pastinya mendatangi mereka dengan cara merayu dan mengoda, sama seperti golongan heteroseksual. Mereka berjaya membentuk piramid yang membolehkan mereka membina rangkaian lebih luas. Ahli sub-budaya ini cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan dalam satu masa yang sama, sama seperti golongan heteroseksual juga.