Mel elektronik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 18:
;<tt>.msg</tt>
:Digunakan dalam [[Microsoft Outlook|Microsoft Office Outlook]].
 
== Kegunaan ==
=== Dalam masyarakat ===
==== Flaming ====
Ramai pemerhati mengeluh meningkatnya amalan ''[[flaming]]'' dalam komunikasi bertulis. Flaming berlaku apabila seseorang menghantar mesej yang bernada marah dan/atau antagonis. Flaming dianggap makin menjadi-jadi hari ini kerana kemudahan dan sifat tidak insani komunikasi e-mel: pertelingkahan antara muka atau melalui telefon memerlukan interaksi secara terus, sedangkan norma-norma sosial menggalakkan ketertiban, manakala menaip mesej ke orang lain merupakan interaksi tidak langsung, maka ketertiban boleh diabaikan.
 
=== Dalam perniagaan ===
E-mel diterima secara meluas oleh komuniti niaga sebagai perantara komunikasi elektronik luas yang terulung dan merupakan ‘e-revolusi’ pertama dalam komunikasi niaga. E-mel amat mudah difahami dan sepertilah pos, e-mel menyelesaikan dua masalah asas komunikasi. E-mel berasaskan LAN juga makin banyak digunakan dalam perniagaan. E-mel berasaskan LAN ini bukan sahaja membolehkan pengguna perniagaan untuk memuat turun mel ketika ''offline'', malah juga menyediakan ID e-mel ramai pengguna kepada pengguna perniagaan kecil dengan cuma ''satu sambungan e-mel''.
 
==== Kelebihan ====
* '''Masalah logistik'''<br />Kebanyakan dunia perniagaan bergantung kepada komunikasi antara individu-individu yang berjauhan dari satu sama lain secara fizikal; penyusunan dan penyertaan dalam mesyuarat antaramuka boleh membazir masa dan menjadi mahal. E-mel menyediakan pertukaran maklumat hampir serta-merta pada kos yang rendah. [[Telepersidangan]] mengatasi jarak fizikal, namun logistik menghimpunkan orang ramai pada masa yang sama kekal.
* '''Masalah penyegerakan'''<br />
Bagi komunikasi [[masa nyata]], para peserta biasanya perlu bekerja dalam jadual yang sama. Mereka perlu berada di tempat yang sama pada masa yang sama dan menumpukan jumlah masa yang sama pada maklumat yang sama. E-mel membolehkan setiap peserta menentukan bila dan bagaimana mereka akan memproseskan maklumat.
 
==== Kelemahan ====
Kebanyakan golongan profesional niaga hari ini menghabiskan antara 20% dan 50% waktu bekerja mereka dengan penggunaan e-mel<ref>{{Cite web|url= http://www.smallbiztrends.com/2007/06/email-has-right-to-privacy-why-small-businesses-care.html|title= Email Right to Privacy - Why Small Businesses Care| date=[[2007-06-19]]| publisher= Anita Campbell}}</ref> : membaca, menempah, menyusun, ‘mengkontekskan semula’ cebis-cebisan maklumat dan seudah tentunya menulis e-mel. Kegunaan e-mel makin meningkat dalam arus globalisasi ini—pengagihan bahagian pertubuhan, penyumberan, dan sebagainya. E-mel boleh membawa kepada beberapa masalah:
* '''Kehilangan konteks''': Maklumat dalam ''konteks'' (seperti dalam akhbar) lebih mudah dan cepat difahami berbanding cebis-cebisan yang tidak disusun. Communicating in context is faster and more efficient.
* '''Spam''': E-mail ialah perantara [[e-mel tolak|tolak-sahaja]]: kawalan terhadap siapa yang menerima maklumat terletak terutamanya di tangan pengirim. Ini boleh menyebabkan sarat maklumat yang tidak dikehendaki atau tidak relevan.
* '''Ketidaksejajaran''': E-mel boleh menyalin maklumat. Ini boleh menjadi masalah apabila satu pasukan sedang bekerjasama dalam mengerjakan dokumen.
 
Sungguhpun begitu, dan walaupun adanya alatan-alatan lain, komunikasi berasaskan e-mel masih adalah medium bertulus yang paling laris digunakan dalam perniagaan.
 
== Cabaran ==