Mel elektronik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 20:
 
== Cabaran ==
=== Spam dan virus komputer ===
Keberkesanan e-mel sedang diancam oleh tiga fenomena, iaitu: [[spam e-mel|''spam'']], ''[[phishing]]'' dan [[cecacing]].
 
Spam ialah e-mel komersial yang tidak diminta pengguna. Oleh sebab kos penghantaran e-mel yang amat rendah, penghantar spam (''spammer'') boleh menghantar beratus-ratus juta mesej e-mel setiap hari melalui sambungan Internet yang murah. Ratusan spammer aktif yang menghantar bilangan mel sebegini mengakibatkan [[sarat maklumat]] dialami ramai pengguna komputer yang menerima berpuluh-puluh ataupun beratus-ratus mesej remeh setiap hari.
 
Cecacing e-mel menggunakan e-mel sebagai satu cara mereplikakan dirinya ke dalam komputer yang terdedah. Meskipun [[Cecacing Morris|cecacing e-mel pertama] menyerang komputer [[UNIX]], namun masalah ini lebih nyata berlaku dalam sistem pengendalian [[Microsoft Windows]] yang lebih popular.
 
Gabungan program-program spam dan cecacing mengakibatkan pengguna selalu dibanjiri e-mel remeh, lalu mengurangkan kegunaan e-mel sebagai alatan yang berguna.
 
Terdapat sebilangan [[teknik anti-spam e-mel|teknik anti-spam]] yang mampu mengurangkan impak spam. Di [[Amerika Syarikat]], [[Kongres Amerika Syarikat|Kongres]] telah juga meluluskan satu rang undang-undang, iaitu [[Can Spam Act of 2003]] yang cuba mengawal e-mel sedemikian. Australia juga menguatkuasa undang-undang spam yang amat tegas untuk menyekat pengiriman spam dari ISP Australia (http://www.aph.gov.au/library/pubs/bd/2003-04/04bd045.pdf), namun impaknya tidak banyak menunjukkan kesan kerana kebanyakan spam berasal dari rejim-rejim yang kelihatan enggan menyekat pengiriman spam.
 
=== Kebimbangan privasi ===
{{main|Privasi e-mel}}