Mel elektronik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
'''Mel elektronik''' (singkatan '''e-mel''', sinonim '''surat elektronik''', '''mel komputer'''<ref>Kamus Komputer Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka</ref>) ialah satu kaedah mengarang, menghantar, menyimpan dan menerima [[mesej]] melalui sistem komunikasi [[elektronik]]. Istilah "e-mel" (sebagai satu kata nama atau kata kerja) membawa maksud sistem e-mel [[Internet]] berasaskan [[Protokol Pemindahan Mel Mudah]] (''Simple Mail Transfer Protocol'', SMTP) dan juga sistem-sistem [[X.400]], serta sistem-sitem [[intranet]] yang membolehkan para pengguna dalam satu organisasi mengirim e-mel sesama sendiri. Selalunya, organisasi kerjasama [[kumpulan kerja]] sebegini boleh menggunakan [[protokol Internet]] atau X.400 untuk perkhidmatan e-mel dalaman. E-mel sering digunakan untuk mengirim mesej secara besar-besaran tanpa diminta yang dipanggil "spam", namun adanya program penapis untuk memadamnya, bergantung kepada situasi.
 
== Asal-usul ==
E-mel direka terlebih dahulu sebelum kewujudan [[Internet]], dan sebenarnya merupakan alat yang penting dalam penciptaan Internet. Pada tahun 1961, [[Institut Teknologi Massachusetts|MIT]] mula-mula mendemonstrasi [[Sistem Pengongsian Masa Serasi]] (''Compatible Time-Sharing System'', CTSS)<ref>
"CTSS, Compatible Time-Sharing System" (September 4, 2006),
University of South Alabama, web:
[http://www.cis.usouthal.edu/faculty/daigle/project1/ctss.htm USA-CTSS].
</ref> yang membolehkan ramai pengguna melog masuk ke dalam IBM 7094<ref>
Tom Van Vleck, "The IBM 7094 and CTSS" (September 10, 2004), ''Multicians.org''
([[Multics]]), web: [http://www.multicians.org/thvv/7094.html Multicians-7094].
</ref> dari terminal dailan jarak jauh, serta menyimpan fail-fail atas talian ke dalam cakera. Kebolehan baru ini menggalakkan para pengguna berkongsi maklumat dengan cara-cara baru. E-mel dimulakan pada tahun 1965 sebagai satu kaedah untuk ramai pengguna [[komputer kerangka utama]] [[pengongsian masa|berkongsi masa]] untuk berkomunikasi sesama sendiri. Sungguhpun sejarah tepatnya tidak jelas, namun antara sistem-sistem terawal yang memiliki kemudahan sebegini ialah [[Q32]] oleh [[System Development Corporation|SDCdan]] [[CTSS]] oleh MIT.
 
E-mel dengan begitu pantas berkembang menjadi ''e-mel rangkaian'' yang membolehkan pengguna mengirim mesej di antara komputer-komputer berlainan seawal-awalnya pada tahun 1966 (ada kemungkinan bahawa sistem [[Semi Automatic Ground Environment|SAGE]] agak serupa dengan ini berapa ketika sebelumnya).
 
[[Rangkaian komputer]] [[ARPANET]] memberi sumbangan besar kepada perkembangan e-mel. Terdapat satu laporan<ref>http://www.multicians.org/thvv/mail-history.html</ref> yang menandakan pemindahan e-mel antara sistem percubaan padanya tidak lama selepas penciptaanya pada tahun 1969. [[Ray Tomlinson]] memulakan penggunaan lambang [[@]] untuk memisahkan nama pengguna dan nama mesin pada tahun 1971.<ref>http://openmap.bbn.com/~tomlinso/ray/firstemailframe.html</ref> [[ARPANET]] banyak meningkatkan populariti e-mel, maka e-mel menjadi [[aplikasi pembubuh]] bagi ARPANET.
 
== Fungsi ==