Sistem Nama Domain: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Mengosongkan laman
Baris 1:
[[Sistem Nama Domain|Sistem Nama Domain ( ''Domain Name System'' ) atau DNS]] merupakan sistem yang menyimpan maklumat mengenai '''[[nama hos]]''' dan '''[[nama domain]]''' di jaringan, seperti di [[Internet]]. Paling penting, ia memberikan [[alamat IP]] bagi setiap nama hos, dan senarai [[pelayan penukaran mel|pelayan penukaran mel ( ''mail exchange server'' )]] yang menerima mel bagi setiap domain.
 
DNS memainkan peranan penting bagi Internet, kerana perkakasan memerlukan alamat IP untuk melaksanakan [[penghalaan|penghalaan ( ''routing'' )]], tetapi manusia menggunakan nama hos dan nama domain, sebagai contoh dalam [[Penentu Sumber Seragam|Penentu Sumber Seragam ( ''Uniform Resource Locator'' ) URL]] dan [[alamat e-mail]].
 
[[Paul Mockapetris]] mencipta DNS pada tahun [[1983]]; spesifikasi asal muncul dalam [[Permohonan untuk komen|Permohonan untuk komen ( ''Request for Comments'' ) - RFC]] 882. Pada tahun [[1987]] penerbitan RFC 1034 dan RFC 1035 mengemaskini spesifikasi DNS dan menjadikan RFC 882 dan RFC 883 lapuk. Beberapa RFC terkini telah mengusulkan pelbagai sambungan kepada protokol teras.