Eosen: Perbezaan antara semakan
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 29:
Grande Coupure menandakan putusnya kesinambungan antara fauna-fauna Eropah yang [[Endemisme|endemik]] sebelum putusan, dan fauna-fauna campuran yang kuat dipengaruhi oleh pendatang Asia selepas itu. Sebuah pasukan pimpinan [[J. J. Hooker]] menjelaskan menerangkan bahawa sebelum peristiwa ini, fauna mamalia Eropah dikuasai oleh famili-famili ungulat [[Palaeotheriidae]] (saudara jauh [[kuda]]), Anoplotheriidae, Xiphodontidae, Choeropotamidae, Cebochoeridae, Dichobunidae dan Amphimerycidae, famili rodensia Pseudosciuridae, famili primat [[Omomyidae]] dan Adapidae, dan famili [[archontn]] [[Nyctitheriidae]].<ref name=Hooker/> Selepas berlakunya Grande Coupure, diperhatikan bahawa genus-genus [[Palaeotherium]] dan [[Anoplotherium]] yang kaya dengan spesies lesap sepenuhnya bersama famili-famili Xiphodontidae and Amphimerycidae, lalu diganti oleh badak sumbu sejati (famili [[Rhinocerotidae]]), tiga famili ungulat (Entelodontidae, Anthracotheriidae dan Gelocidae) yang masing-masing bersaudara dengan [[babi]], [[badak air]] dan [[ruminan]], famili-famili [[rodensia]] Eomyidae, Cricetidae ([[hamster]]) dan Castoridae (''[[beaver]]''), dan famili Erinaceidae ([[landak kecil]])<ref name=Hooker>{{Cite journal|doi=10.1144/0016-764903-091 |title=Eocene-Oligocene mammalian faunal turnover in the Hampshire Basin, UK: calibration to the global time scale and the major cooling event |year=2004 |author=Hooker, J.J. |journal=Journal of the Geological Society |volume=161 |pages=161 |last2=Collinson |first2=M.E. |last3=Sille |first3=N.P.}}</ref> Hanya famili [[marsupial]] [[Herpetotheriidae]], famili ungulat [[Cainotheriidae]], dan famili rodensia [[Theridomyidae]] dan Gliridae ([[dormouse]]) berjaya mengharungi jurang fauna ini."
Ramai yang mempertikaikan sama ada perubahan mendadak ini disebabkan oleh [[perubahan iklim]] yang dikaitkan dengan pengglasieran kutub terawal<ref>Satu peristiwa penyejukan besar-besaran mendahului Grande Coupure, berasaskan kajian debunga di Lembangan Paris yang dijalankan oleh Chateauneuf ([[J.J. Chateauneuf]], 1980. "Palynostratigraphie et paleoclimatologie de l'Éocene superieur et de l'Oligocene du Bassin de [[Paris]] ([[Perancis]])" in ''Mémoires du Bureau de Recherches Géologiques et Minières'', '''116''' 1980).</ref> dan penurunan besar paras laut, ataupun disebabkan persaingan dengan hidupan yang terpencar dari Asia. Akan tetapi, ada yang mengusulkan bahawa peralihan ini ada kena-mengena dengan hentaman bola api yang besar di [[Kawah Popigai|Popigai]], [[Kawah Toms Canyon|Toms Canyon]] dan [[Kawah Chesapeake Bay|Chesapeake Bay]].
==Rujukan==
|