Katana: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Yosri (bincang | sumb.)
k Kearah memertabatkan bahasa Melayu dipersada dunia
Baris 2:
 
[[image:katana.jpg]]
 
Senjata ini biasanya dipakai oleh ahli kelas pahlawan buke berpasangan dengan [[wakizashi]], atau pedang pendek. Kedua-dua senjata secara bersama, dikenali sebagai [[daisho]], dan melambangkan kuasa masyarakat dan maruah [[samurai]] (buke pengiring kepada [[daimyo]]). [[Sarung senjata|Sarung senjata ''scabbard'']] bagi katana dikenali sebagai ''[[saya]]'', dan kepingan pelindung tangan, yang direka halus sebagai hasil seni yang unik terutama pada akhir [[tempoh Edo]], yang dikenali sebagai ''[[tsuba]]''.
 
Katana biasanya digunakan untuk memotong (walaupun ia boleh digunakan untuk menikam), dan boleh digunakan dengan menggunakan satu atau dua belah tangan. (dua belah tangan lebih biasa). Katana biasanya dikenakan dengan mata pedang sebelah atas. Sementara kesenian menggunakan pedang untuk tujuan asalnya kini telah lapuk, [[kenjutsu]] telah bertukar menjadi [[gendai budo]] - kesenian bela diri untuk masa kini. Kesenian menghunus katana adalah [[iaido]] (juga dikenali sebagai battō-jutsu atau iaijutsu), dan [[kendo]] adalah seni berpedang dengan [[shinai]] (pedang buluh) dengan perlindungan topi dan perisai, tambahan lagi, iaijutsu adalah bentuk bermain pedang di medan pertempuran. Sekolah pedang [[koryu]] lama masih wujud ([[Kashima Shinto Ryu]], [[Kashima Shin Ryu]], [[Katori Shinto Ryu]]).
 
Lihat juga [[tsurugi]], [[tachi]], [[wakizashi]], [[tsuba]], [[saya]], [[zanbatou]], [[iaito]], [[bokken]], [[shinai]], [[shinken]].
 
[[image:katana.jpg]]
 
 
== Pedang sebagai objek dongengan ''Mystical Object'' ==
 
Walaupun [[samurai]] klassik membawa atau mempunyai pelbagai senjata (sekurang-kurangnya panah dan tombak, sebagai tambahan kepada pedang mereka, hanya satu yang dianggap semangat samurai: katana (atau tachi). Orang-orang Jepun meletakkan nilai yang tinggi kepada pedang. Dalam kebanyakan sejarah Jepun, hanya samurai dibenarkan membawa pedang, dan petani yang membawa pedang boleh dibunuh dan pedangnya dirampas selepas larangan itu dikenakan pada awal [[tempoh Edo]].
 
Kebanyakan kebudayaan Jepun berkisar sekeliling pedang. Kaedah yang rumit untuk membawa, membersihkan, menyimpan, mengasah (atau tidak mengasah), dan mengendalikan pedang berubah dari era ke era.
 
Sebagai contoh, seseorang samurai yang memasuki rumah seseorang perlu memikirkan cara meletakkan pedang bersarungnya semasa melutut. Meletakkan pedangnya pada kedudukan mudah dihunuh menggambarkan rasa syak dan bersedia untuk menghunus; dengan itu samaada dia meletakkannya pada sebelah kiri atau sebelah kanan, dan samaada mata bilah diletakkan melengkung kearah atau menjauhi dirinya adalah [[adab|adab ''etiquette'' ]] penting. Sebagai hos, pedang panjangnya biasanya diletakkan dibawah wakizashi pada para rendah, melengkung keatas; jika ia melengkung kebawah, atau disimpan di atas wakizashi, ini bererti pemiliknya bersedia untuk menghunusnya dengan cepat - tanda syak wangsangka terhadap sebarang tetamu.
 
Bagaimanapun, kebanyakan samurai menggunakan pedang mereka sebagai usaha ketiga: pertama panah, kedua tombak dan akhir sekali pedang. Ini kerana, menghunus pedang adalah bagaikan membebaskan semangat seseorang atau kemungkinan besarnya terdesak kepada jalan terakhir. Untuk bertempur sehingga tiada apa yang tinggal kecuali menyerah , ditakrifkan sebagai ''Ken ore, Ya mo tsuki'', harafiah. dengan pedang patah dan tanpa anak panah, dan ia juga digunakan sebagai perumpamaan.
 
== Sejarah pedang Jepun==
 
Pedang adalah penting dalam kebanyakan kebudayaan feudal, dan Jepun tidak berkecuali. Pada abad ke enam BCE, maharaha Jepun [[Emperor Jimmu dari Japan|Jimmu Tenno]] yang terkemuka menakluk sebahagian besar Jepan. Pada masa yang sama, Jepun mengambil idea mengenai pedang dari Cina. Pedang awal hanyalah salinan dari pedang Cina, lurus dan bermata dua, tetapi perperangan yang berlarutan ( ''warring stability'' ) pada [[tempoh Asuka]] menggalakkan kemajuan dalam bidang persenjataan.
 
Rekod pertama penghasilan pedang melengkung, bermata satu 'stail Jepun' (berbeza dengan 'Stail Cina') adalah sekitar 900 CE, tetapi ia telah digunakan lama sebelum itu.
 
Menurut lagenda Jepun, pedang Jepun dicipta oleh pandai besi bernama 'Amakuni' pada 700 CE, bersama denga proses lipatan besi. Pada masa yang sama istilah samurai telah mula digunakan.
 
Pada abad ke dua puluh, perang saudara meletus selepas tempoh kemerosotan yang lama. Selama lima dekad, Jepun mempunyai [[zaman kegelapan]]nya sendiri, dipenuhi dengan perperangan dashyat yang berterusan. [[Perang Onin]] ([[1467]]-[[1477]]) mengrevolusi senjata dan [[perisai]] Jepun, ke tahap yang sehinggakan ia dianggap lebih berkualiti berbanding yang dibuat masa kini.
 
Semasa [[zaman Muromachi]], perperangan berdarah adalah kebiasaan, tetapi shogun yang memerintah ''indolent shogunates'' masih menghargai seni dan kebudayaan, dengan itu pulau Jepun tidak merosot menjadi liar. Malah pedang dari pertengahan zaman ini dianggap kemuncak seni pembuatan pedang. Bagaimanapun, dengan perubahan masa, kesenian tersebut merosot dengan tekanan pengaruh [[senjataapi]], yang menjadikan pedang sebagai senjata lapuk.
 
Pembuatan pedang terus merosot pada awal [[tempoh Edo]], kerana perang jarang berlaku; bagaimanapun, seni berkembang pesat, mendorong kepada ukiran dan hiasan senjata yang cantik. Kemudiannya, di bawah [[polisi pengasingan|polisi pengasingan ''isolationism'' ]] [[Tokugawa Shogunate]], senjataapi dan [[ubat bedil]] sematin terkawal dan tidak diperdagangkan. Pada pertengahan abad ke lapan belas, kebanyakan pemuda Jepun tidak pernah melihat senjata api, apa lagi melihat ia ditembak.
 
 
 
[[de:Katana]][[en:Katana]] [[fi:Katana]] [[fr:Katana]] [[ja:刀]] [[ja:日本刀]] [[pl:Katana]][[sv:Katana]]