Putih: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: oc:Blanc
Xqbot (bincang | sumb.)
k r2.5.2) (bot menambah: szl:Bjoło farba; perubahan kosmetik
Baris 9:
 
 
== Warna ==
=== Cat ===
Dalam pengecatan dan pelukisan, putih dapat dicipta dengan memantulkan cahaya sekitar daripada [[pigmen]] putih, tetapi cahaya sekitar harus merupakan cahaya putih; kalau tidak, pigmen putih akan kelihatan warna cahaya itu. Putih, sewaktu dicampur dengan hitam, menghasilkan [[kelabu]]. Bagi pelajar-pelajar seni lukis, penggunaan warna putih boleh menimbulkan pelbagai masalah yang tertentu, dan terdapatnya sekurang-kurangnya satu kursus latihan yang mengkhususkan dalam penggunaan warna putih dalam seni lukis.
 
Terdapatnya pelbagai jenis pigmen putih. Putih [[plumbum]], yang juga dikenali sebagai "putih flak", ialah pigmen putih tradisional, tetapi warna ini tidak biasa digunakan sekarang disebabkan oleh sifat toksiknya. Pilihan lain yang tidak toksik termasuk putih [[zink]] dan putih [[titanium]] yang masing-masing dibuat daripada [[zink oxida]] dan [[titanium dioxida]].
 
=== Cahaya putih ===
Sehingga karya [[Isaac Newton]] diterima, kebanyakan ahli-ahli sains percaya bahawa putih ialah warna asas cahaya, dan warna-warna yang lain hanya dapat dicipta melalui penambahan cahaya warna yang lain kepada cahaya putih. Newton menunjukkan bahawa cahaya putih dicipta melalui penggabungan warna-warna yang lain.
 
Dalam bidang sains pencahayaan, terdapatnya [[kontinum]] warna cahaya yang boleh dianggap sebagai "putih". Satu set warna yang patut diberikan nama putih ialah warna-warna yang dipancarkan oleh proses [[pijaran]] [[jasad hitam]] pada pelbagai suhu yang agak tinggi. Ympamanya, warna jasad hitam pada suhu 2,848 [[kelvin]] serupa dengan warna yang dihasilkan oleh [[mentol lampu pijar]] kediaman. [[Suhu warna]] untuk mentol lampu tersebut ialah 2,848 K. Cahaya putih yang digunakan untuk pencahayaan [[teater]] mempunyai suhu warna di sekitar 3,200 K. Cahaya siang mempunyai suhu warna nominal sebanyak 5,400 K (digelarkan "putih tenaga sama" (''equal energy white'')), tetapi boleh berbeza-beza dari merah sejuk sehingga kebiruan 25,000 K. Bukannya semua sinaran jasad hitam boleh dianggap sebagai cahaya putih: untuk memberikan sebuah contoh yang keterlaluan, sinaran latar belakang [[alam semesta]] cuma mempunyai beberapa kelvin dan hampir tidak dapat dinampak.
 
=== Putih-putih piawai ===
Putih-putih piawai sering ditakrif melalui rujukan kepada gambar rajah kekromatan [[Suruhanjaya Antarabangsa untuk Pencahayaan]] (''International Commission on Illumination'') (CIE). Ini merupakan punca-punca cahaya piawai siri D. Punca cahaya D<sub>65</sub>, yang pada asalnya secocok dengan suhu warna 6,500 K, telah diambil untuk mewakili cahaya siang piawai.
 
=== Komputer ===
[[Paparan komputer]] seringnya mempunyai kawalan suhu warna yang membenarkan pengguna memilih suhu warna (biasanya daripada satu set nilai tetap yang kecil) untuk cahaya yang dipancarkan sewaktu komputer itu menghasilkan isyarat elektrik yang secocok dengan "putih". Koordinat [[RGB]] untuk putih ialah 255 255 255.
 
== Penggunaan dan perlambangan ==
Secara amnya, oleh sebab putih ialah lawan [[hitam]], warna ini sering digunakan dengan konotasi positif. Banyak penyataan "hitam" mempunyai padanan penyataan warna "putih" yang positif. Umpamanya, [[peribahasa]] [[bahasa Melayu]], "Suruh putih hitam datang" membawa maksud "kemuliaan yang dikejar, kehinaan yang diperoleh". Putih juga mempunyai banyak makna yang lain:
 
=== Penggunaan ===
* Putih biasa dianggap sebagai warna untuk [[salji]] dan [[ais]], walaupun kedua-dua ini, dalam bentuk yang tulen, juga mempunyai sedikit warna biru.
* Istilah "putih" sering digunakan di [[Dunia Barat|Barat]] untuk merujuk kepada [[orang Kaukasia]], iaitu keturunan orang-orang [[Eropah]] dan [[Asia Barat]] yang berkulit cerah. Sebenarnya, warna kulit mereka berbeza-beza antara warna merah jambu dan coklat pucat, dan bertindih dengan sebilangan orang yang dianggap sebagai orang kulit hitam.
Baris 41:
* "Menunjukkan [[bulu pelepah]] putih" membawa maksud "menunjukkan sifat pengecut". Pada [[Zaman Victoria]] di [[England]], seorang pengecut akan diberikan sehelai bulu pelepah putih. Dalam [[sabung ayam]], sehelai bulu pelepah di ekor ayam dianggap sebagai tanda baka yang buruk.
 
==== Simpulan bahasa dan Peribahasa bahasa Melayu ====
* Putih hati: a) lurus hati, jujur; b) baik hati (suka menolong);
* Putih mata: a) memalukan; b) menyakiti hati; c) berhiba hati menanggung rindu (seperti seorang muda melihat tunangnya diambil orang).
Baris 60:
* Hitam-hitam gajah, putih-putih udang kepai: Meskipun cantik rupanya, yang hina tetap hina, dan yang mulia tetap mulia, meskipun buruk rupanya.
 
=== Perlambangan ===
* [[Bendera putih]] ialah isyarat untuk [[penyerahan kalah]], ataupun [[kedamaian sementara]], iaitu isyarat untuk niat keamanan sewaktu bertempur.
* Putih ialah warna tradisi untuk pakaian pengantin perempuan dalam [[perkahwinan]] Eropah dan [[Jepun]]. Dalam perkahwinan-perkahwinan Barat, pakaian putih dan tutup muka pengantin perempuan dianggap sebagai lambang kesucian, iaitu pengantin dara. Kini, pakaian putih juga merujuk kepada kegembiraan pengantin perempuan.
Baris 70:
 
== Lihat juga ==
* [[Senarai warna]]
 
{{web colors}}
 
[[Kategori: Warna]]
 
[[af:Wit]]
Baris 154:
[[sk:Biela]]
[[sl:Bela]]
[[szl:Bjoło farba]]
[[so:Cad]]
[[sr:Бело]]