Parti Perikatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Master2841 (bincang | sumb.)
k Suntingan 60.49.138.86 dikembalikan ke versi terakhir oleh PM Poon
Baris 10:
Kaum Melayu menyedari bahawa mereka memerlukan sebuah parti politik sebagai jentera untuk mengatasi sengsara mereka dan dengan ini tertubuhlah UMNO pada [[11 Mei]] [[1946]]. Kaum lain juga berpendapat sedemikian. Hasilnya, sebuah parti perikatan gabungan UMNO dan [[Persatuan Cina Malaysia]] (MCA) yang diterajui oleh Tunku and [[Tan Cheng Lock|Tun Tan Cheng Lock]] ditubuhkan. Pertubuhan memulakan ujian pertama pada tahun 1952 ketika [[Pilihanraya Majlis Bandaraya Kuala Lumpur]] di mana Parti Perikatan ini mencapai kemenangan yang menyakinkan.
 
Konsep penggabungan ini menghasilkan kejayaan yang menakjubkan dan ini menarik [[Kongres India Se-Malaysia]] (MIC) untuk memasuki perikatan ini. Perikatan ini kemudiannya bertanding dalam Pilihanraya Pertama pada [[27 Julai]] [[1955]] dan memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Perikatan tersebut diberikan keutamaan untuk menubuhkan kerajaan pertama di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman sebagai [[Perdana Menteri Malaysia|Perdana Menteri]] pertama. Beliau kemudian menubuhkan Kabinet Menteri yang dilantik daripada pelbagai kaum di Malaysia. Perikatan ini merupakan percubaan yang berani yang diilhami oleh Tunku, Tun Tan Cheng Lock and [[Tun Sambanthan]].
 
==Didaftarkan==