Roslan Aziz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Harrykamil (bincang | sumb.)
Haji jamaluddin (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Imej:Roslan aziz02.jpg|thumb|right|Roslan Aziz]]
'''Roslan Aziz''' merupakan seorang ahli muzik Malaysia. Beliau juga merupakan tokoh yang mengembangkan penyanyi-penyanyi berkaliber yang sukar ditandingi yang lain seperti [[Sheila Majid]], [[Zainal Abidin]], [[Amir Yusoff]], [[Prema]], [[Zubir Ali]], Atilia dan ALI, pasangan pemuzik yang dianggotai Roslan Aziz dan [[Mukhlis Nor]]. Sebagai salah seorang pengasas [[Roslan Aziz Production]] (R.A.P), syarikat muzik Malaysia pertama yang mencetus minat dari luar negara, R.A.P. membawa industri muzik tempatan selangkah ke hadapan, bukan sahaja menggegarkan persada muzik serantau, malah di arena seni hiburan di [[Jepun]], [[Eropah]] dan [[Amerika Selatan]]. Sungguhpun R.A.P. telah menerbitkan cuma 15 album dalam jangka masa 15 tahun, namun tetap besar kejayaan yang dicapai syarikat ini. Mengutamakan mutu tanpa mengenal bilangan untuk setiap terbitannya, syarikat muzik ini berupaya memperoleh pengiktirafan dan penghargaan dari dalam dan luar negara, kerana hasil-hasilnya yang berbunyi unik yang diasah dengan sempurna.