Perbezaan antara semakan "Gereja Jesus Benar"

tiada ringkasan suntingan
 
# [[Jesus]] Christ, Tuhan yang datang dalam bentuk manusia dan mati pada salib untuk menebus dosa manusia, dibangkitkan semula pada hari ketiga dan naik ke Syurga. Dialah satu-satunya Penyelamat manusia, Pencipta langit dan bumi, serta Tuhan sejati.
 
# Kitab [[Bible]], yang terdiri daripada Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru dan yang diilhami oleh Tuhan, adalah satu-satunya kebenaran Kitab dan pedoman untuk kehidupan orang-orang Kristian.
 
# Gereja Yesus Benar yang didirikan oleh Tuhan kita, Jesus Christ, melalui Roh Kudus pada waktu 'hujan terakhir' adalah gereja kerasulan sejati yang dipulihkan.
 
# [[Pembaptisan]] air adalah sakramen untuk penghapusan dosa bagi kelahiran semula. Pembaptisan harus dilakukan dengan air alam semula jadi, seperti sungai, laut, atau mata air. Seorang yang menerima pembaptisan air serta pembaptisan Roh Kudus melakukan pembaptisannya demi Tuhan Jesus Christ. Orang yang dibaptiskan harus sepenuhnya masuk ke dalam air dengan kepala yang menunduk dan mukanya mengarah ke bawah.
 
# Babtisan [[Roh Kudus]] (Holy Spirit) yang dibuktikan dengan bahasa roh adalah jaminan kita untuk mencapai Baqa Tuhan.
 
# Sakramen [[pembasuhan kaki]] memungkinkan seseorang untuk mengambil bahagian bersama dengan Tuhan Jesus. Sakramen ini juga berfungsi sebagai suatu perikatan yang berterusan bahawa kita harus memiliki kasih, kesucian, rendah hati, pengampunan, dan pelayanan. Setiap orang yang sudah menerima pembaptisan air harus dibasuh kakinya demi Jesus Christ. Saling membasuh kaki dapat dilakukan pada bila-bila masa saja apabila dianggap perlu.
 
# Perjamuan kudus (Holy Communion) adalah sakramen untuk memperingati kematian Tuhan Jesus Christ. Hal ini memungkinkan kita mengambil bahagian dalam daging dan darah Tuhan kita dan bersekutu denganNya agar kita dapat mencapai kehidupan kekal dan dibangkitkan semula pada akhir zaman. Sakramen ini boleh diadakan sekerap yang mungkin. Hanya seketul roti yang tidak beragi serta jus anggur digunakan.
 
# [[Hari Sabat]], iaitu hari yang ketujuh ([[Sabtu]]), adalah hari kudus yang diberkati dan disucikan oleh Tuhan. Hari Sabat diperingati melalui limpah kurnia Tuhan untuk penciptaan dan keselamatan, dengan harapan untuk memperoleh istirehat yang kekal dalam kehidupan setelah meninggal dunia.
 
# Keselamatan diberikan oleh Tuhan melalui iman. Orang yang percaya kepada Tuhan harus mengandalkan Roh Kudus Suci untuk mengamalkan kehidupan yang suci, memuliakan Tuhan, serta mengasihi sesama manusia.
 
# Kedatangan Tuhan yang kedua kalinya akan terjadi pada akhir zaman, ketika Dia turun dari Syurga untuk mengadili semua manusia: orang-orang benar akan mendapatkan kehidupan kekal, manakala orang-orang yang jahat akan dihukum untuk selama-lamanya.
33

suntingan