Ernest Medina: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Abangmanuk (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
 
Dalam tahun 1956, Medina menyertai [[tentera darat]]. Selepas latihan asas, dia dihantar ke [[Jerman]]. Pada umur 21 tahun, Medina sudah menyandang pangkat [[Staf Sarjan]]. Medina mendapat tawaran ke [[Akademi Tentera Darat]] [[Amerika Syarikat]] di West Point, tetapi tawaran itu ditolak Medina. Walaupun demikian, Medina menerima tawaran menghadiri Sekolah Pegawai Kadet (OCS) dan lulus cemerlang, menjadi Komander batalion kadet pengambilan beliau. Medina seterusnya menjadi jurulatih di Sekolah Pegawai Kadet selama dua tahun sebelum dihantar ke [[Hawaii]]. Dalam bulan [[Disember]] [[1966]], Medina menjadi Pegawai Pemerintah Kompeni “C”, [[Batalion]] Pertama, [[Rejimen]] Infantri ke-20 (C/1-20).
 
==[[Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai|tragedi My Lai]]==
 
Kompeni C/1-20 terlibat dengan [[Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai|tragedi My Lai]] pada [[16 Mac]] [[1968]]. Kompeni “C” dengan kekuatan 3 [[platun]] bertugas dalam satu operasi melibatkan beberapa batalion untuk membersihkan satu kawasan di wilayah [[Quang Ngai]], khususnya di perkampungan [[Song My]] dan dikenali sebagai [[My Lai]] oleh Tentera Amerika. Semasa memberikan taklimat operasi, Kapten Medina diajukan soalan sama perintah “menghapuskan semua aktiviti musuh” meliputi penghapusan wanita dan kanak-kanak. Jawapan yang diberikan Medina tidak jelas.
Baris 11 ⟶ 13:
Penyiasatan yang dijalankan menyebabkan 26 orang pegawai dan lain-lain pangkat dihadapkan pertuduhan di Mahkamah Tentera. Pertuduhan terhadap Medina akhirnya digugurkan kerana tidak mempunyai bukti yang mencukupi. Walau bagaimanapun Leftenan [[William Calley]] didapati bersalah di atas tuduhan membunuh dengan niat, dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Dalam pembelaannya, [[William Calley|Calley]] menggunakan alasan bahawa dia hanya menurut perintah yang diberikan Medina.
 
Apabila pertama kali disoal siasat mengenai My Lai, Media sedang mengikut kursus 9 bulan untuk membolehkan kenaikan ke pangkat Mejar. Median telah dikenal pasti untuk kenaikan pangkat. Penyiasatan ke atas [[Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai|tragedi My Lai]] dan pertuduhan di dalam mahkamah tentera menjejaskan karier tenteranya dan Medina meletakkan jawatan sebagai pegawai. Median kemudiannya berpindah ke Menomee, [[Michigan]] dan bekerja di sebuah syarikat helikopter ''[[Enstrom]] Helicopter Manufacturing Company'' milik [[F. Lee Bailey]], peguam pembela semasa menghadapi tuduhan di mahkamah tentera.
 
==Standard Medina Dalam Pertanggungjawaban Pemerintah==
 
Pada mulanya Medina dituduh bersubahat untuk menyembunyikan dan menyekat maklumat mengenai tragedi My Lai. Pertuduhan ini digugurkan. Pertuduhan cuai dalam menjalankan tugas juga digugurkan, disebabkan statut penghadan. Sebaliknya Medina dituduh membunuh 102 orang awam Vietnam. Pertuduhan ini diasaskan kepada prinsip keadilan tentera meliputi pertanggungjawaban pemerintahan (command responsibility). Sebagai pegawai pemerintah kompeni C/1-20, Medina bertanggungjawab memberhentikan pembunuhan yang sedang berlaku, ataupun yang akan berlaku.
 
Kesan daripada tragedi My Lai, nama Medina dikaitkan dengan doktrin pertanggungjawaban pegawai pemerintah (dipanggil Standard Medina ataupun standard Yamashita) dalam penentuan pertanggungjawaban dalam kes perlakuan jenayah perang. Standard Medina diasaskan kepada tragedi My Lai. Doktrin ini menetapkan bahawa seorang pegawai pemerintah yang mengetahui perlakuan jenayah perang, tetapi tidak mengambil tindakan menghentikannya akan memikul tanggungan jenayah.
 
 
==Rujukan==
 
* [http://www.law.umkc.edu/faculty/projects/ftrials/mylai/myl_bmedi.html
* [http://carlisle-www.army.mil/usamhi/usarsa/HUMANRT/Human%20Rights%202000/my-lai.htm The My Lai Massacre: A Case Study By MAJ. Tony Raimondo, JA Human Rights Program]