Kontrak di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistair (bincang | sumb.)
Alistair (bincang | sumb.)
Baris 6:
Akta Kontrak 1950 melalui Seksyen 2(h) mentakrifkan satu kontrak sebagai "satu [[persetujuan]] yang boleh dikuatkuasakan undang-undang". Maka satu perbezaan istilah wujud antara perkataan "persetujuan" (''agreement'') dan "kontrak". Sementara kedua-dua ini datang daripada satu perhubungan atau sefahaman antara dua pihak, satu kontrak mesti memenuhi beberapa syarat dalam sifatnya untuk membolehkan dirinya diiktiraf dan dikuatkuasakan undang-undang. Ketiadaan mana-mana elemen ini akan menghilangkan terus sifat kebolehkuatkuasaannya seperti termaktub dalam seksyen 2(g) Akta. Maka dengan ini, ia boleh dirumuskan bahawa sementara kesemua kontrak merupakan persetujuan, bukan semua persetujuan merupakan kontrak. Lee Hun Hoe CJ (Borneo) menyatakan pemerhatiannya terhadap kepentingan perbezaan takrif ini dalam keputusannya dalam kes [[Beca (Malaysia) Sdn Bhd lwn Tan Choong Kuang dan lain-lain]] (Beca (Malaysia) Sdn Bhd v Tan Choong Kuang & Anor);
 
{{petikan|Ia berguna untuk mengingati perbezaan antara satu persetujuan dan satu kontrak. Perkataan 'kontrak' sering digunakan secara remeh pada dahulukala. Kami tidak melihat sebarang sebab untuk terus menggalakkan penggunaan seperti ini. Sebabnya hanyalah kebiasaan kami terhadap undang-undang Inggeris yang tidak membezakan antara penggunaan kedua-dua istilah ini seperti seksyen 2 Akta Kontrak kita. Seksyen 2 kita merupakan salinan bulat-bulat seksyen 2 [[Akta Kontrak 1872|Akta Kontrak di India]]...|Lee Hun Hoe CJ|Beca (Malaysia) Sdn Bhd lwn Tan Choong Kuang dan lain-lain}}
 
Notakan juga bahawa beliau juga telah memetik dua buku cendakiawan dalam keputusannya, dengan satu daripadanya, ''Pollock & Mulla on the Indian Contract and Specific Relief Acts, 9th Edition'' yang membuat perbezaan;
 
{{petikan|Perbezaan antara "persetujuan" antara "kontrak" yang dibuat oleh subseksyen (h) kelihatan tulen; ia mudah, dan telah digunakan oleh beberapa penulis Inggeris. Perbezaan kelihatan jelas daripada seksyen 2. Dari klausa (e) setiap perjanjian dan setiap set perjanjian-perjanjian yang menjadi tukaran antara satu sama lain menjadi persetujuan dan melalui klausa (h), satu perjanjian yang boleh dikuatkuasakan merupakan kontrak. Klausa (g) pula menyatakan bahawa satu persetujuan yang tidak boleh dikuatkuasakan undang-undang adalah tidak sah...|Jeevan Lal Kapoor|Pollock & MullahMulla on the Indian Contract and Specific Relief Acts}}
 
Beliau juga memetik pemerhatian dalam karya ''9 Halsburys Laws of England, 4th Edition, Reissue 1998, para. 632'' yang menyatakan bahawa satu kontrak hanya boleh dibentuk apabila terdapatnya penemuan minda atau dalam istilah [[bahasa Latin]]nya ''consensus ad item''.