Wikipedia:Gunakan bahasa Melayu piawai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
 
Alistair (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
{{jalan pintas|[[WP:PIAWAI]]}}
 
----
 
'''[[Bahasa Melayu]]''' merupakan satu bahasa yang indah dan kaya dengan pelbagai kosa kata hasil daripada pertembungannya dengan pelbagai [[tamadun dunia]] sejak bermulanya zaman keagungan [[Kesultanan Melayu Melaka]] lagi. Pada masa itu, [[pedagang]] dari serata dunia telah membawa bahasa mereka, yang berjumlah sekurang-kurangnya 80 bahasa, ke [[Tanah Melayu]] dan hasilnya lahirlah bahasa tempatan yang kaya, indah dan berseri mengandungi pelbagai perkataan dari [[bahasa Arab]], [[bahasa Portugis]], [[bahasa Belanda]], [[bahasa Cina]], [[bahasa Sanskrit]], [[bahasa Tamil]] dan bermacam-macam lagi bahasa lain. Pengguna Wikipedia Melayu juga turut sedar akan perkara ini dan dalam pengarangan rencana yang ditulis, selain daripada ketepatan dan kepadatan maklumat yang cuba diusahakan, mereka juga cuba sedaya upaya untuk memastikan rencana yang ditulis mencerminkan keindahan dan kekayaan bahasa Melayu. Dalam usaha mereka ini, mereka dipandu piawai yang ditetapkan [[Dewan Bahasa dan Pustaka]] (DPB), iaitu penjaga rasmi bahasa Melayu di Malaysia di samping bergantung kepada [[karya]]-karya terkemuka [[penulis]] bahasa Melayu lain (seperti [[Ungku Aziz]]) dan [[kamus]]-kamus dan [[tesaurus]]-tesaurus keluaran [[penerbit]] berwibawa seperti penerbit [[Oxford-Fajar]]. Bahasa sebegini bukan sahaja cuba diterapkan dalam pembikinan rencana, malah juga dalam perbualan antara pengguna seperti yang di [[Wikipedia:Kedai Kopi|Kedai Kopi]] dan laman perbincangan rencana dan pengguna. Hal ini demikian kerana para pengguna sedar bahawa ber[[budi bahasa]] bukan sahaja mewujudkan persekitaran yang baik dan harmoni antara manusia sesama manusia, tetapi juga mampu menerapkan keindahan bahasa Melayu '''piawai''' di Wikipedia Melayu juga.