Gergasi gas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Clou kevin (bincang | sumb.)
→‎Gergasi gas di luar sistem Solar: Gas giants and the Sun (1 px = 1000 km)
Baris 39:
Disebabkan kewujudan teknik-teknik terkini untuk mengesan planet-[[planet di luar sistem Solar]], semua yang telah ditemui adalah atas skala yang dikaitkan dengan gergasi gas dalam sistem Solar. Yang terkecil ditemui ketika September 2004 boleh dibandingkan dalam jisim dengan Neptun, dan banyak yang mempunyai jisim-jisim berkali ganda daripada Musytari. Kebanyakan daripada planet-planet luar sistem solar adalah lebih dekat dengan bintang kelahiran mereka dan lebih panas daripada gergasi-gergasi gas dalam sistem Solar, membuatkan sesetengah daripada planet-planet itu barangkali jenis yang tidak dapat dilihat di dalam sistem Solar. Dengan mengambil kira kewujudan banyak elemen-elemen di alam semesta (dianggarkan 90% hidrogen), mungkin menjadi kejutan jika dijumpai sebuah planet berbatu yang lebih besar daripada Musytari. Akan tetapi, model-model pembentukan sistem planet yang lepas mencadangkan bahawa gergasi gas boleh dihentikan daripada membentuk berdekatan dengan bintang mereka sepertimana kebanyakan planet-planet baru yang telah diperhatikan.
 
[[Image:GéantesGas gazeusesgiants and the Sun (1 px = 1000 km).jpg|thumb|center|550px|The solar system's four gas giants against the Sun's limb, to scale]]
 
Had jisim atasan sebuah planet gergasi gas adalah dianggarkan 70 kali daripada Musytari (lebih kurang 0.08 kali jisim [[matahari]]). Lebih daripada had ini, haba dan tekanan yang hebat di pusat planet ini akan mula menjana [[pelakuran nukleus]] dan planet ini akan terbakar untuk menjadi [[kerdil merah]]. Apa yang menariknya, didapati bahawa terdapat sebuah beza jisim di antara gergasi-gergasi gas yang paling berat pernah dikesan (lebih kurang 10 kali jisim Musytari) dan kerdil-kerdil merah yang paling ringan. Ini telah membawa kepada cadangan-cadangan yang proses pembentukan planet dan [[bintang binari|bintang-bintang binari]] mungkin berbeza asasnya.