Wikipedia:Calon rencana pilihan/September: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Alistair (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Hayabusa future (bincang | sumb.)
k moving "lebih" link higher up so it's clearer where it leads to
Baris 2:
'''[[Kerajaan]] [[dunia]]''' adalah konsep satu badan politik yang akan menggubal, menafsir dan menguatkuasakan [[undang-undang antarabangsa]]. Dengan konsep ini, semua negara-negara di dunia akan dikehendaki menyerah sebahagian atau kesemua [[kedaulatan]] mereka dalam hal-hal yang mempunyai implikasi global. Secara langsung, satu lagi tahap pentadbiran akan diwujudkan diatas kerajaan-kerajaan negara yang wujud sekarang (lihat illustrasi). Keadaan ini berbeza dengan konsep [[Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu]], di mana pentakbiran dilakukan secara sukarela oleh setiap negeri ahli, tanpa menyerahkan sebahagian atau kesemua kedaulatan mereka. Setakat ini, tiada lagi satu negara yang mengemukakan cadangan rasmi untuk satu kerajaan dunia. Kendatipun begitu, ada yang melihat institusi-institusi antarabangsa seperti [[Mahkamah Jenayah Antarabangsa]] sebagai permulaan detik sistem kerajaan dunia. Terdapat banyak visi [[kerajaan dunia dalam sains fiksyen]].
 
Keperluan satu kerajaan dunia untuk mengekalkan keamanan antara negara diperbincangkan pada zaman Greek dan Roman kuno, dan pada zaman moden idea ini telah dikenali semenjak awal kurun ke-14. Dante, umpamanya, telah membincangkan konsep ini dalam bukunya Monarchia, pada tahun 1329. Pada tahun 1625, pakar undang-undang Hugo Grotius menulis De Jure Belli ac Pacis (Undang-undang Peperangan dan Keamanan), yang secara amnya diterima sebagai detik permulaan [[undang-undang antarabangsa]] moden. Idea untuk satu persekutuan mendapat momentum yang banyak semasa pengakhiran abad ke-18, satu tempoh dimana persekutuan demokratik moden pertama, Amerika Syarikat mula wujud pada tahun 1787 dan dimanadi mana Immanuel Kant menulis esei ""Keamanan Yang Berterusan: satu lakaran falsafah" (Perpetual Peace: A Philosophical Sketch) (1795). ([[Kerajaan dunia|'''lebih...''']])
 
<div align="left">
Rencana pilihan sebelum: [[Joanne Kathleen Rowling]] &ndash; [[Piala Dunia FIFA 2006]] &ndash; [[Coca-Cola]]</div>
<div align="right">
[[Wikipedia:Rencana pilihan|'''Arkib''']] &ndash; [[Kerajaan dunia|'''Lebih...''' &nbsp;]]</div>