Remus Lupin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Polar (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 19:
{{spoiler}}
Terdapat bukti yang menunjukkan yang Lupin merupakan ahli sihir yang hebat berbanding penampilannya. Dalam ''Banduan Azkaban'', beliau menghasilkan api di tangannya, yang menunjukkan kebolehannya menggunakan sihir tanpa tongkat sakti. Dalam ''Kumpulan Phoenix'', dialah satu-satunya selain Dumbledore yang tidak cedera, terbunuh ataupun pengsan ketika pertarungan di [[Kementerian Sihir#Jabatan Misteri|Jabatan Misteri]].
 
Lupin telah digigit oleh serigala jadian yang jahat iaitu [[Fenrir Greyback]] ketika masih kanak-kanak (ada yang percaya ketika beliau berusia sekitar 6 tahun), yang menyebabkan beliau turut menjadi serigala jadian. Ibu bapanya telah mencuba perlbagai cara tetapi tiada pengubatnya. Beliau dan ibu bapanya risau yang dia tidak akan dibenarkan bersekolah tetapi pengetua [[Albus Dumbledore]] membenarkannya belajar di [[Hogwarts]] – selagi langkah keselamatan diambil. Sebuah rumah dibina di [[Hogsmeade]] dengan laluan rahsia yang menuju ke sana di bawah [[Whomping Willow]]. Lupin diseludup ke rumah tersebut setiap bulan untuk berubah rupa supaya keadaan di sekolah selamat. Penukaran dari rupa manusia ke [[serigala jadian]] amat sukar dan menyakitkan, dan apabila disishkan daripada manusia atau tanpa haiwan yang mengiringinya, serigala jadian akan menyakiti dirinya dengan gigi dan cakarnya kerana tidak dapat menyerang sesiapa. Orang kampung sering menyalah anggap yang raungan Lupin merupakan raungan hantu, Kerana itu, rumah tersebut digelar "[[Gubuk Menjerit]]" dan dikenali sebagai antara rumah yang paling berhantu di [[United Kingdom|Britain]]. Walaupun rumah tersebut bukanlah berhantu, Dumbledore menggalakkan khabar angina tersebut untuk mengelakkan orang kampung yang berminat untuk mengambil tahu daripada menggeledahnya. Kemudian, tempat tersebut menjadi tempat lepak rahsia buat para Penjarah apabila mereka sudah mampu bertukar kepada Animagi.
 
Remus menjadikan penukarannya suatu rahsia hinggalah rakannya ([[James Potter]], [[Sirius Black]], dan [[Peter Pettigrew]]) mendapat tahu akan kebenarannya pada tahun kedua mereka. Pada tahun kelima mereka, mereka sudah tahu bertukar kepada [[Animagi]] untuk menemaninya ketika bertukar. (Serigala jadian ihanya berbahaya kepada [[manusia]]). Dia diberi nama jolokan "Moony" oleh rakannya kerana keadaan tersebut. Pada tahun keenam, Sirius Black mempermainkan [[Severus Snape]] (walaupun Sirius Black, James Potter dan Peter Pettigrew membenci Snape, Lupin mendakwa yang dia tidak mempunyai sebab untuk membencinya hingga ke tahun tersebut). Sirius memberitahu Snape ke mana Remus pergi setiap bulan, dengan mengetahui yang Snape akan terbunuh apabila mendekati Lupin ketika menjadi serigala jadian. Snape, yang ingin membuatkan mereka bermasalah mengikut petunjuk Sirius. James menahan Snape ketika pertengahan jalan, menyelamatkan nyawanya, tetapi Snape sempat melihat Remus dalam bentuk serigala jadian dan kemudian bersumpah dengan Dumbledore untuk merahsiakannya. Snape tidak pernah memaafkan Sirius bagi tindakannya itu dan percaya yang motif James menggagalkan rancangan tersebut adalah untuk kepentingan diri sendiri supaya tidak dibuang dari Hogwarts. Walaupun Remus tidak tahu apa-apa tentang rancangan Sirius tersebut, Snape tetap menyalahkannya dan membencinya. Ini membuatkan Snape memberitahu pelajarnya yang Remus adalah makhluk jadian dan supaya dia terpaksa meninggalkan sekolah itu.
 
Remus merupakan [[pengawas]], walaupun dia mempunyai masalah untuk mengawal disiplin kawan baiknya sendiri. Sirius mengatakan yang Remus seorang "budak yang baik" dalam ''Kumpulan Phoenix'', dan Rowling mengatakan yang dialah yang paling "matang ". Sirius mengatakan yang Lupin tidak turut serta dalam pembulian James (terhadap Snape, selalunya), tetapi Lupin menyesal yang dia tidak menyuruh mereka berhenti. Dia juga merupakan salah seorang pembuat [[Peta Penjarah]] yang kemudian dimiliki oleh [[Fred dan George Weasley]] dan seterusnya dimiliki [[Harry Potter (watak)|Harry Potter]]. Beliau juga merupakan ahli [[Kumpulan Phoenix]] sejak mula ditubuhkan.
 
 
[[ar:ريموس لوبين]]