Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Syam Ahmed (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Syam Ahmed (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 32:
Pada tahun 1988, Sekolah Menengah Penanti yang diterajui oleh Tuan Haji Yahya bin Md Nor telah membuka [[Asrama Puteri]] di bangunan [[Yayasan Aman]]. Seramai 115 orang pelajar miskin yang tinggal jauh dari sekolah ditempatkan di asrama ini. Tuan Haji Yahya bin Md Nor telah bertukar sekolah pada tahun 1991. Beliau digantikan oleh Tuan Haji Daud bin Taha.
===Tahun 1990-an===
Kemudahan infrastuktur sekolah semakin bertambah baik di bawah pentadbiran Tuan Haji Daud bin Taha. Berbagai pembaharuan telah dijalankan bagi meningkatkan prasarana sekolah. Di bawah pentadbirannya, [[Sekolah Menengah Penanti]] telah dipilih mewakili Pulau Pinang untuk menyertai [[Projek Rangkaian Munsyi]], iaitu projek usahasama antara [[Telekom Malaysia]] dan [[Kementerian Pendidikan]]. Melalui projek ini, sekolah telah dilengkapkan dengan rangkaian [[komputer]] dan [[internet]] serta kemudahan lain yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. [[Sekolah Menengah Penanti]] adalah antara sekolah pertama di [[Pulau Pinang]] yang mempunyai kemudahan internet. Tuan Haji [[Daud bin Taha]] menamatkan perkhidmatannya pada tahun 1994 untuk bergiat aktif dalam bidang politik.
 
Kecemerlangan [[Sekolah Menengah Penanti]] semakin terserlah semasa pentadbiran Tn. Haji [[Abdullah bin Abas]] yang mengambilalih tugas sebagai pengetua mulai tahun 1995 dan berkhidmat sehingga tahun 1998. Peningkatan [[akademik]] dan pembangunan fizikal [[Sekolah Menengah Penanti]] diperkukuhkan dengan kerjasama semua pihak.
 
Selepas persaraan Tuan Haji [[Abdullah bin Abas]] pada tahun 1998, buat pertama kalinya [[Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti]] ditadbir oleh seorang pengetua wanita. Pengetua keenam ini ialah Puan [[Siti Maizon bt Abu Bakar]]. Kerjayanya di sekolah ini bermula sebagai guru biasa. Seterusnya beliau menjawat jawatan [[Penyelia Petang]], [[Penolong Kanan 1]] dan dilantik sebagai [[Pengetua]] [[Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti]] pada bulan September 1998. Beliau berkhidmat selama empat tahun di [[Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti]]Penant dengan mengadakan berbagai pembaharuan demi meningkatkan kecemerlangan sekolah ini.
===Tahun 2000-an===
Pada tahun 2001, bangunan asrama telah siap dibina dan telah dirasmikan oleh Encik [[Dawa @ Dewa bin Abdullah]], [[Timbalan Pengarah Pendidikan Pulau Pinang]] pada masa itu. Pelajar-pelajar asrama tidak lagi ditempatkan di bangunan [[Yayasan Aman]].
Baris 42:
Pada tahun 2000 sebuah blok dua tingkat bangunan baru siap dibina dan mula digunakan untuk sesi pembelajaran pada tahun 2001 untuk menampung bilangan pelajar yang ramai. Pada tahun 2001 sebuah makmal komputer telah dibina dan diserahkan secara rasmi kepada pihak sekolah pada tahun 2002.
 
Puan Siti Maizon bt Abu Bakar telah bertukar ke [[Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu]] pada bulan April 2002. [[Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti berdiri]] megah di bumi Penanti tanpa bimbingan Pengetua lebih dari setahun lamanya. Pentadbiran sekolah pada waktu itu diterajui oleh [[Pemangku Pengetua]], Puan [[Saodah bt Ahamad]]. Pada tahun 2002, [[Sekolah Menengah kebangsaan Penanti]] mendapat sebuah [[surau]] baru yang lebih sempurna dan selesa hasil derma dari pelajar, guru dan masyarakat setempat.
 
==Senarai Pengetua Sekolah==