Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Syam Ahmed (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Syam Ahmed (bincang | sumb.)
Baris 26:
Pada 29 Mac 1980, Tuan Haji Razikin bin Omar bersara selepas berkhidmat selama sepuluh tahun di sekolah ini. Encik Abdul Rahman bin Ali yang mengambil alih tugas sebagai [[Guru Besar]] [[Sekolah Menengah Kubang Semang]] mulai 1 Julai 1980 telah melakukan beberapa perubahan dan pembaharuan. Beliau telah menukar nama sekolah dari Sekolah Menengah Kubang Semang kepada Sekolah Menengah Penanti. Beliau juga mengasaskan penubuhan [[Pusat Sumber]] Pelajaran dengan sumbangan [[Outright Grant]] dari [[Jabatan Perdana]] Menteri melalui YBM [[Tengku Razaleigh bin Hamzah]]. Sekolah Menengah Penanti telah dirasmikan oleh YBM [[Tengku Razaleigh bin Hamzah]] pada 17 Mei 1981.
 
Pada 1 Januari 1982, Encik Abdul Rahman bin Ali telah bertukar ke Pusat Sumber Pelajaran [[Negeri [[Kelantan]] sebagai Ketua Penyelaras dan tempat beliau sebagai Guru Besar telah diambil alih oleh Tn. Hj. Kamaruzzaman bin Hassan pada 15 Februari 1982.
 
Pada tahun 1983, sekolah ini telah membuka kelas Tingkatan Enam aliran [[sastera]] dengan jumlah pelajarnya seramai 43 orang. Pada awal tahun 1984, bangunan pasang siap yang mengandungi lima bilik darjah telah dibina. Rumah Pengetua juga telah dibina pada tahun yang sama. Sebuah bangunan baru yang mengandungi lima buah bilik darjah telah didirikan pada tahun 1985. Pejabat Pentadbiran dan bilik guru telah diubahsuai pada tahun 1985. Setelah lima tahun berkhidmat di sekolah ini , Tuan Haji Kamaruzzaman bin Hassan telah bertukar pada tahun 1987. Tugas beliau telah diambilalih oleh Tuan Haji Yahya bin Md. Nor.
 
Pada tahun 1988, Sekolah Menengah Penanti yang diterajui oleh Tuan Haji Yahya bin Md Nor telah membuka [[Asrama Puteri]] di bangunan [[Yayasan Aman]]. Seramai 115 orang pelajar miskin yang tinggal jauh dari sekolah ditempatkan di asrama ini. Tuan Haji Yahya bin Md Nor telah bertukar sekolah pada tahun 1991. Beliau digantikan oleh Tuan Haji Daud bin Taha.
 
===Tahun 1990-an===
Kemudahan infrastuktur sekolah semakin bertambah baik di bawah pentadbiran Tuan Haji Daud bin Taha. Berbagai pembaharuan telah dijalankan bagi meningkatkan prasarana sekolah. Di bawah pentadbirannya, Sekolah Menengah Penanti telah dipilih mewakili Pulau Pinang untuk menyertai [[Projek Rangkaian Munsyi]], iaitu projek usahasama antara [[Telekom Malaysia]] dan [[Kementerian Pendidikan]]. Melalui projek ini, sekolah telah dilengkapkan dengan rangkaian [[komputer]] dan [[internet]] serta kemudahan lain yang menggalakkan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Sekolah Menengah Penanti adalah antara sekolah pertama di [[Pulau Pinang]] yang mempunyai kemudahan internet. Tuan Haji [[Daud bin Taha]] menamatkan perkhidmatannya pada tahun 1994 untuk bergiat aktif dalam bidang politik.