Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Syam Ahmed (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Syam Ahmed (bincang | sumb.)
Baris 23:
===Sejarah awal===
Pada peringkat permulaan, bilangan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini seramai 552 orang sahaja. Pada ketika itu, hanya terdapat tiga buah kelas Tingkatan Dua ( 2 buah kelas aliran [[Melayu]] dan sebuah kelas aliran [[Inggeris]]), tujuh buah kelas Tingkatan Satu (6 buah kelas aliran Melayu dan sebuah kelas aliran [[Inggeris]]) serta dua buah [[kelas Peralihan]]. Kesemua kelas ini dijalankan di sebelah pagi. Pada peringkat permulaan, bilangan pelajar yang ditempatkan di sekolah ini seramai 552 orang sahaja. Pada ketika itu, hanya terdapat tiga buah kelas Tingkatan Dua ( 2 buah kelas aliran [[Melayu]] dan sebuah kelas aliran [[Inggeris]]), tujuh buah kelas Tingkatan Satu (6 buah kelas aliran [[Melayu]] dan sebuah kelas aliran [[Inggeris]]) serta dua buah kelas Peralihan. Kesemua kelas ini dijalankan di sebelah pagi.
 
[[Image:Flag of SMKP.png|thumb|230px|<small>Bendera rasmi SMKP</small>]]
 
===Tahun 1970-an===
Pada tahun 1973, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1,026 orang. Bilangan bilik darjah yang terhad tidak dapat menampung bilangan pelajar yang ramai. Oleh sebab itu, mulai tahun 1973 [[Sekolah Menengah Kubang Semang]] telah menjalankan dua sesi persekolahan. Kesemua kelas dijalankan pada sesi pagi kecuali kelas-kelas Tingkatan Satu yang dijalankan pada waktu petang. Pada tahun 1976, bangunan Makmal [[Sains Tulen]] telah siap dibina di bawah [[Rancangan Malaysia Kedua]]. Beberapa bangunan tambahan juga telah dibina pada tahun 1977. Bilangan bilik darjah meningkat dari 18 buah kepada 30 buah di samping tiga buah Makmal Sains Tulen. Pelajar-pelajar sekolah ini mengambil peperiksaan [[Sijil Pelajaran Malaysia]] ([[SPM]]) dan [[MCE]] buat pertama kalinya pada tahun 1978 dengan pencapaian 47.40% ([[SPM]]) dan 51.51% ([[MCE]]).