Final Fantasy XIII: Perbezaan antara semakan

Sistem pertarungan dalam ''Final Fantasy XIII'' telah menerima pujian meluas. Kadar serta tahap kepantasa pertarungannya dihargai, di mana sesetengah ulasan mengatakan bahawa kombatnya "menyeronokkan";<ref name="eurog_review"/><ref name="cvg_review" /> ''Edge'' menjelaskan kepuasan mereka dengan mekanik ini dengan menyatakan "di antara yang terbaik dalam genrenya".<ref name="edge_review" /> [[1UP.com]] menyatakan "Meskipun tidak dinafikan dua pertiga daripada parti pemain dikawal AI, kombat FFXIII mungkin sekali salah satu yang paling melibatkan input pemain dalam sejarah sirinya."<ref name="1up_review"/> Plotnya pula menerima beberapa ulasan bercampur pendapat, di mana ''Wired'' menyatakan ceritanya adalah kurang bersifat kemanusiaan dan esoterik berbanding judul-judulnya yang terdahulu",<ref name="wired_review" /> manakala 1UP.com merasakan plotnya "sangat tidak bertaraf dunia" akan tetapi mengetahui bahawa niatnya sebenar para penulis ''XIII'' adalah untuk mengelakkan ''clichés'' dan mengetahui selok-belok medium mereka.<ref name="1up_review" /> Para pengulas merasakan bahawa watak-watak dalam ''Final Fantasy XIII'' sesuai bekerja dalam sebuah kumpulan,<ref name="gspot_review" /><ref name="1up_review" /> di mana interaksi di antara mereka setelah berlalunya beberapa ketika dalam plotnya menggantikan kelemahan dalam plotnya.<ref name="eurog_review" />
 
Meskipun para pengkritik secara amnya memuji niat Square Enix untuk menggiatkan semula formula siri ''Final Fantasy'' yang kian pudar, ramai yang memberi respon negatif terhadap sifat linear permainannya, terutamanya dalam sepuluh bab pertama di Cocoon,<ref name="1up_review" /><ref name="joystiq_review"/> yakni menjadi sebuah isu yang dirasai ramai olehdisebabkan kehilangan sebahagian besar daripada pekan-pekan dan interaksi dengan [[Non-player character|watak bukan pemain]].<ref name="gamepro_review" /> ''[[GamePro]]'' menjelaskan bahawa permainannya "suatu perjalanan menuju sebuah koridor panjang ke blip oren di peta mini anda yang berakhir dengan sebuah adegan ringkas, sebuah pertarungan dengan [[boss (permainan video)|boss]], ataupun kedua-duanya sekali",<ref name="gamepro_review"/> dan 1UP.com mengkritik aspek linear permainannya sebagai sebuah kelemahan besar dalam sirinya.<ref name="1up_review" /> Walaubagaimanapun, ''Edge'' dan serta beberapa pengkritik lain, yang telah memberi mata kurang disebabkan aspek-aspek tersebut, telah menyatakan secara positif, di mana setelah menjelajah menerusi bab-bab pembukaan yang panjang, judul ''XIII'' telah berjaya menyelamatkan dirinya sendiri, dan disamping naratif persifar tunggalnnya, juga memuji misi-misi pilihan yang sedia ada dan keseronokkan mengembara di dalam sebuah dunia penuh tarikan visual tanpa mengetahui apa yang mungkin muncul di sebalik sudut berikutnya.<ref name="edge_review" />
 
== Sambungan ==
7,740

suntingan