Final Fantasy XIII: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Piecemealcranky (bincang | sumb.)
Baris 61:
== Pembangunan ==
[[File:Motomu Toriyama - Game Developers Conference 2010.jpg|thumb|left|[[Motomu Toriyama]], pengarah judul ''Final Fantasy XIII''.]]
Pembangunan ''Final Fantasy XIII'' bermula pada tahun 2005. Ketika itu, judulnya direka untuk [[Pelantar permainankomputer|konsol]] [[PlayStation 2]].<ref name="1UP 2006"/> Setelah mendapat penerimaan positif akan demo teknikal ''[[Final Fantasy VII]]'', Square Enix telah membuat keputusan untuk menggerakkan pembangunan masa hadapan untuk [[PlayStation 3]], dan mereka judul ''Final Fantasy XIII'' itu untuk enjin [[Crystal Tools]], sebuah [[enjin permainan]] [[Sejarah konsol permainan video (generasi ketujuh)|generasi ketujuh]] ciptaan Square Enix untuk digunakan oleh judul-judul permainan video rekaan mereka yang akan datang.<ref name="IGNupdate"/><ref name="Development"/> Square Enix percaya bahawa dengan mencipta sebuah enjin permainan yang baru, meskipun akan melambatkan pembangunan pada tahap awal, akan mempercepat pembangunan dalam jangka masa yang panjang. Kelewatan pembangunan judul ini adalah lebih lama daripada yang dijangkakan, disebabkan keperluan untuk menampung pelbagai judul permainan video lain selain daripada ''XIII''.<ref name="GDpostmortem"/> ''Final Fantasy XIII'' pada mulanya ditunjukkan di konvensyen [[E3 (Electronic Entertainment Expo)|E3]] 2006.<ref name="E3 06"/> Pratonton berbentuk treler yang ditonjolkan merupakan konsep artistik, kerana ketika itu tiada bahagian yang mewakili segmen permainan dalam judul tersebut.<ref name="GDpostmortem"/> Diumumkan disamping judul ini adalah judul-judul seperti ''[[Final Fantasy Versus XIII]]'' dan permainan video untuk [[PlayStation Portable]] berjudul ''[[Final Fantasy Type-0]]'', asalnya berjudul ''Final Fantasy Agito XIII''. Ketiga-tiga judul ini membentuk kompilasi ''[[Fabula Nova Crystallis Final Fantasy]]''.<ref name="IGNe306"/> Square Enix telah menjelaskan bahawa meskipun ketiga-tiga buah judul adalah berkaitan antara satu sama lain dari segi temanya, tiada sebarang hubungan akan wujud dari segi penceritaannya.<ref name="FFXIII showcased"/> Kadang-kala, para pembangun dari judul ''Versus XIII'' akan membantu dalam pembangunan judul ''Final Fantasy XIII''.<ref name="EUROGversus"/>
 
Para pembangun judul ''Final Fantasy XIII'' telah dipecahkan kepada beberapa bahagian, di mana setiap pembangun atau kumpulan bertumpu kepada satu-satu tugasan, misalnya seperti kawasan-kawasan tertentu dalam permainannya ataupun pemodelan watak-watak.<ref name="GDpostmortem"/> Sesetengah daripada pembangun ''XIII'' telah bekerja untuk judul-judul terdahulu dalam siri yang sama. Pengarahnya, [[Motomu Toriyama]], pernah bekerja untuk judul ''[[Final Fantasy X]]'' dan ''[[Final Fantasy X-2|X-2]]''; pengeluar [[Yoshinori Kitase]] pernah menyumbang masanya untuk ''V'' hingga ''VIII'' serta sebagai pengeluar kepada ''X'' dan ''X-2''; pereka watak utama merupakan [[Tetsuya Nomura]] dan telah mereka watak-watak untuk ''VII'', ''VIII'', ''X'' dan ''X-2'', manakala pengarah sistem pertarungan iaitu [[Toshiro Tsuchida]] telah menggantikan peranan tersebut bermula dengan ''X''.<ref name="IGNstaff" /><ref name="GPversus"/> Objektif dalaman para pembangun judul ini, disebabkan ''XIII'' merupakan judul ''Final Fantasy'' pertama untuk PlayStation 3, adalah untuk judulnya memiliki impak "gaya permainan dan kemahiran" yang sama kepada judul-judul yang memilikinya untuk setiap generasi konsol mereka, iaitu ''Final Fantasy VII'' dan ''X''. Mereka juga menumpukan kepada penjualan berjumlah lima&nbsp;juta salinan.<ref name="GDpostmortem"/> Toriyama telah cuba untuk menjadikan judul ''XIII'' supaya ianya "akan menjadi pengalaman RPG pemain tunggal yang terulung."<ref name="Toriyama Interview"/> Konsep Tsuchida untuk sistem pertarungannya adalah untuk mengekalkan keaslian strategik pertarungan-pertarungannya yang berdasarkan turutan. Sistem ini wujud daripada keinginan untuk mencipta pertarungan yang wujud dalam filem ''[[Final Fantasy VII Advent Children]]''.<ref name="EUROGadvent"/>