California: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Zscout370 (bincang | sumb.)
Sandiego.arp.750pix.jpg
Baris 86:
Pada mulanya, perjalanan antara Pasifik Barat ke timur mengambil masa yang lama dan merbahaya, samada melalui jalan laut, atau [[stagecoach]] atau berjalan kaki. Namun perjalanan kesana menjadi bertambah mudah pada 1869 apabila siapnya sistem keretapi pertama yang dipanggil [[First Transcontinental Railroad]]. Setelah jalan keretapi ini siap, beratus ribu rakyat Amerika berhijrah ke barat, dan mereka mendapati tanah di California, if irrigated sewaktu musim panas yang kering, adalah amat sesuai untuk penanaman buah-buahan dan pertanian, terutamanya untuk tumbuhan [[citrus]] seperti [[oren]]. Oleh itu, sektor [[pertanian]] telah berkembang dengan pesatnya disini.
 
[[Fail:Bandaraya Sandiego.arp.750pix.jpg|thumb|right|400px|Pemandangan San Diego pada waktu senja]]
Pada awal abad ke-20 penghijrahan ke California bertambah secara mendadak dengan terbinanya [[lebuhraya]] transcontinental utama seperti [[Lincoln Highway]] dan [[U.S. Highway 66]] yang lebih dikenali sebagai "Route 66". Antara 1900 dan 1965 penduduknya bertambah dari kurang satu juta orang hingga menjadi negeri dengan penduduk terpadat di AS. Manakala dari 1965 hingga kini, demografi penduduknya telah berubah secara radikal dan sekarang penduduknya adalah [[kosmopolitan]] yang terdiri dari pelbagai bangsa dan keturunan. Kini negeri ini terkenal sebagai sebuah negeri yang liberal, maju dari segi budaya dan [[teknologi]], pusat sedunia untuk operasi [[kejuruteraan]], [[muzik]], [[filem]] dan [[televisyen]], dan pengeluar hasil pertanian di AS. Antara tempat-tempat yang terkenal disini termasuklah [[Los Angeles]], [[San Francisco]], [[Hollywood]] dan [[Lembah Silikon]].