Jabal Thawr: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Smim90 (bincang | sumb.)
Smim90 (bincang | sumb.)
Baris 16:
Menjelang larut malam, Rasulullah SAW keluar tanpa pengetahuan pemuka Quraisy. Bersama-sama dengan Abu Bakar baginda bertolak ke arah selatan menuju ke Gua Thur. Sesampai ke pintu gua, Saidina Abu Bakar akan memasuki dahulu pintu gua, beliau akan memastikan tiada kelibat ular, kalajengking, dan lain-lain binatang atau duri bahaya didalam gua. Sesudah dipastikan tiada binatang dan anasir bahaya, barulah Nabi memasuki gua. Dalam perjalanan malam itu, mereka berdua juga ditemani oleh Abdullah bin Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). Pada waktu siang hari keesokannya, Abdullah telah meninggalkan mereka dan kembali ke Makkah untuk melihat keadaan di kota Makkah serta mengkhabarkan berita dari Makkah kepada Nabi.
 
Selain itu terdapat juga beberapa orang yang bertanggungjawab untuk membantu Nabi dan SaidiaSaidina Abu Bakar sepanjang mereka berdua menyorok di dalam gua. Iaitu:
 
* Abdullah bin Abu Bakar (anak lelaki Saidina Abu Bakar) - bertanggungjawab memberi khabar dan berita terkini dari kota Makkah.
* Aisyah dan Asma (dua orang puteri Saidina Abu Bakar)- bertanggungjawab menyediakan makanan untuk Nabi Muhammad dan bapa mereka Saidina Abu Bakar patapada setiap petang.
* Abdullah ibn Ariqath - bertanggungjawab untuk berpura-pura mengembala dua ekor kambing di sekitar Jabal Thur, perahan susu kambing dijadikan minuman kepada Nabi Muhammad SAW dan Saidina Abu Bakar.
* Amir bin Fuhairah - bertanggungjawab menjadi juru pandu bagi Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah. Juga membantu Abdullah ibn Ariqath mengembala kambing serta bertanggungjawab menghapuskan jejak kaki Rasulullah dan Saidina Abu Bakar sepanjang perjalanan ke Madinah.