Bangunan Stadthuys: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Bangunan ini juga mempunyai catatan sejarahnya di bidang pendidikan di mana pada abad ke 19 ketika pemerintahan [[Inggeris]], sebuah sekolah yang dikendalikan oleh golongan paderi dikenali sebagai [[Malacca Free School]] dibina di perkarangan Bangunan Stadthuys. Ketika itu pendidikan sekolah diberikan percuma oleh Inggeris. Bagaimanapun kebanyakan pelajar di sekolah itu terdiri daripada anak-anak golongan [[Cina]] yang kaya.
 
Catatan sejarah menunjukkan sepucuk surat yang bertarikh 19 April 1825, menyatakan betapa perlunya diwujudkan sebuah sekolah Inggeris di [[Melaka]]. Surat itu dikirimkan kepada majlis perbandaran yang ditandatangani oleh wakil gereja, Encik J. Humprey, J.W. Overee dan A.W. Baumgarten. Akhirnya sekolah itu dibuka pada 7 Disember 1826 dengan hanya 18 orang pelajar. Pengetua 'Malacca Free School' yang pertama ialah Encik T.H. Moore. Sekarang tempat itu sudah menjadi sebuah tempat yang terkenal dalam industirian pelancongan.Ramai pelancong yang mengunjungi ke bangunan stadhuys.
 
Tidak lama kemudian bilangan pelajar di sekolah itu meningkat sehingga 200 orang. Waktu belajar bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan disambung dari jam 2 petang hingga jam 4 petang. Bilangan pelajar [[Melayu]] pada masa itu tidak ramai kerana kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu atau sekolah agama. Walaupun bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris, bahasa-bahasa lain seperti [[Bahasa Melayu]], [[Bahasa Portugis]] dan [[Bahasa Cina]] juga diajar.