Penjajahan Jepun di Borneo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Kearah memperkasakan bahasa Melayu sebagai wadah penyebarah ilmu...
Yosri (bincang | sumb.)
Kearah memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Baris 35:
 
Pada Ogos 1941 skim penafian sebahagian, yang mengerungkan pengeluaran minyak sebanyak tujuh puluh peratus, telah dilaksanakan. Ianya turut diputuskan bahawa tiada cubaan akan dilakukan bagi mempertahankan Borneo Utara British, Brunei atau Labuan, dan Gabenor Borneo Utara, Mr. Robert Smith, diberitahu bahawa pasukan sukarelawan dan polis hanya digunakn bagi mengekalkan keselamatan dalam. Ianya bagaimanapun diputuskan untuk mempertahankan Kuching bagi lapangan terbangnya, dan kerana penawanannya oleh musuh akan memberi laluan kepada lapangan terbang terpenting Belanda di Singkawang II, enam puluh batu ke barat daya dan hanya 350 batu dari Singapura.
 
Keadaan mukabumi antara Kuching dan laut diselitupi hutan tanpa jalan raya, kecuali dihubungi oleh sejumlah laluan air yang berliku-liku yang mengalir melalui paya bakau ke laut. Terdapat dua laluan utama ke bandar: pertama melalui Sungai Sarawak, yang boleh dilalui oleh kapal sehingga enam belas kedalaman; dan yang kedua melalui Sungai Santubong, yang boleh dilalui oleh kapal sehingga dua belas kedalaman. Jalan dari Kuching lalu ke timur, barat laut ke Matang, dan di selatan ke Serian pada jarak empat puluh batu dari Kuching. Lapangan terbang itu terletak tujuh batu ke selatan bandar melalui jalan Serian. Di lapangan terbang sebatang jalan menyimpang ke barat; selepas menyeberangi Sungai Sarawak di Batu Kitang, di mana terdapat sebuah feri kenderaan, yang berhenti di Krokong lima belas batu dari sempadan Belanda.
 
Terdapat dua rancangan pertahanan yang telah mencadangkan- Rancangan A dan Rancangan B.
 
== Borneo Utara==