Tết: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k bot menambah: pt:Tết
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 4:
 
Tết disambut pada hari yang sama dengan [[Tahun Baru Cina]] namun timbulnya perbezaan hari kerana jurang waktu sejam antara [[Hanoi]] dan [[Beijing]]. Perayaan ini disambut muali hari pertama bulan pertama kalendar Cina (sekitar akhir Januari atau awal Februari) hingga sekurang-kurangnya hari ketiga. Tết banyak berkongsi adat resam yang sama dengan Tahun Baru Cina. Kebanyakan [[orang Vietnam]] bersiap untuk meraikan Tết dengan memasak hidangan istimewa untuk perayaan dan membersih rumah. Pada hari Tết, orang Vietnam menziarahi sanak saudara dan kuil-kuil, mengetepikan keperitan tahun yang berlalu dan mengharapkan tahun seterusnya yang lebih bagus. Secara tradisi, Tết menandakan ketibaan [[musim bunga]], maka ''Xuân'' (musim bunga) kadang-kala mengambil tempat Tết dalam bahasa Vietnam. Kebelakangan ini, istilah "Tet" dalam bahasa Inggeris sering dikaitkan dengan peristiwa [[Serangan Tet|Serangan Tết]] yang berlaku ketika hari Tết pada tahun 1968.
 
==Adat resam==
Orang Vietnam lazimnya kembali ke pangkuan sanak saudara pada musim perayaan Tết. Ada yang pulang untuk memuja di mazbah keluarga atau menziarahi kubur nenek moyang di kampung halaman. Biarpun Tết dijadikan cuti kebangsaan seluruh Vietnam, namun ia dipengaruhi oleh perbezaan adat setempat dan keagamaan.
 
Sambutan Tết terdiri daripada tiga bahagian, iaitu ''Tất Niên'' (Sebelum Malam Tahun Baru), ''Giao Thừa'' (Malam Tahun Baru), dan ''Tân Niên'' (Tahun Baru), untuk menandakan adat-adat yang harus diamalkan pada setiap hari sepanjang perayaan.
 
===Sebelum Tahun Baru===
[[Image:Cung tat nien.jpg|thumb|200px|Sembahan Tất Niên]]
 
Tempoh ''Tất Niên'' bermula seminggu dua sebelum perayaan sebenar. Suasana menjelang Tết diwarnai dengan kesibukan membeli-belah, menghiasi rumah, memasak hidangan tradisional Tết dan menunggu kepulangan saudara-mara. Mereka yang menyambutnya berusaha melangsaikan hutang mereka sebelum harinya tiba supaya bebas hutang pada hari Tết. Ibu bapa membeli pakaian baru untuk dipakai oleh anak-anak mereka sempena Tết. Disebabkan kegiatan perniagaan akan dihentikan ketika perayaan, masyarakat Vietnam menyimpan sebanyak mana bekalan yang mampu.
 
Pada hari-hari menjelang Tết, jalan-jalanan dan pasar-pasar sesak dipenuhi pengunjung yang bertungkus-lumus membeli makanan, pakaian dan perhiasan rumah kerana kedai-kedai ditutup sewaktu Tết.
 
Rumah tangga Vietnam selalunya menyediakan mazbah keluarga untuk menyembah nenek moyang mereka. Di atas mazbah itu letaknya sedulang buah-buahan lima jenis iaitu "Ngũ Quả" (lima buah). Sewaktu Tết, mazbah itu dikemaskan sebaiknya lalu diletak sembahan baru. Mengikut tradisi, tiga dewa pelindung dapur di setiap rumah (''Ông Táo'', [[Dewa Dapur]]) yang melaporkan peristiwa di rumah itu kepada [[Maharaja Jed]] sepanjang tahun yang lalu, pulang ke syurga pada 23 hari bulan 12 takwim qamari. Pemergian mereka disambut oleh upacara sederhana yang mana satu keluarga menyembahkan korban untuk dewa-dewa itu untuk disantap sepanjang perjalanan.
 
Sewaktu menjelang Tết, setiap keluarga memasak makanan istimewa seperti ''[[bánh chưng]]'' dan ''[[bánh dầy]]''. Memang mengambil masa yang lama dan banyak kerja untuk menyediakan hidangan-hidangan ini. Ahli-ahli keluarga selalu bergilir-gilir mengawasi api semalaman sambil berkongsi cerita perayaan Tết pada tahun-tahun lalu.
 
===Tahun Baru===
[[Image:Canh mai ngay tet.jpg|thumb|Kanak-kanak di hadapan pokok berhias Tết]]
Sambutan hari pertama Tết dikhususkan kepada keluarga asas. Kanak-kanak menerima [[angpau|sampul merah]] berisi wang dari orang-orang tua mereka. Sampul yang umpama angpau ini dipanggil ''mừng tuổi'' (selamat usia baru) di utara dan ''lì xì'' di selatan. Biasanya, kanak-kanak berpakaian serba baru dan mengucapkan selamat tahun baru kepada orang tua mereka sebelum menerima wang. Oleh sebab masyarakat Vietnam percaya bahawa nasib sesebuah keluarga sepanjang tahun ditentukan oleh penziarah pertama mereka pada tahun baru, adalah pantang untuk memasuki rumah orang lain tanpa dijemput pada hari pertama. Tindakan orang pertama yang melawat rumah pada perayaan Tết dipanggil ''xông đất'', ''xông nhà'' atau ''đạp đất'', salah satu upacara terpenting pada perayaan ini. Biasanya, seseorang yang anginnya bagus, nilai murninya tinggi dan berjaya dalam hidup dijemput atau dibenarkan masuk terlebih dahulu.
 
Adalah pantang untuk menyapu lantai pada hari Tết, kerana ia seakan-akan menyapu keluar tuah. Juga pantang untuk sesiapa yang baru kematian ahli keluarga untuk kunjung-mengunjung pada perayaan Tết.
 
Pada hari-hari berikutnya, barulah sanak-saudara dan rakan-rakan saling menziarahi. Hari kedua Tết khusus untuk sahabat handai, manakala hari ketiga untuk para guru, golongan yang terhormat dalam masyarakat Vietnam. Orang ramai gemar menjengah kuil [[agama Buddha|Buddha]] untuk menderma atau menilik nasib pada perayaan ini. Kanak-kanak bebas membelanjakan duit angpau mereka untuk membeli mainan baru atau bertaruh dalam permainan ''[[bầu cua cá cọp]]''. Keluarga kaya juga mampu mendapatkan khidmat tarian naga untuk dipersembahkan di rumah mereka. Persembahan awam sempena Tết juga dianjurkan untuk tatapan awam.
 
==Perbezaan takwim==
Takwim Cina dibuat berdasarkan pemerhatian astronomi, maka perlu diketahui waktu piawai setempat. Vietnam Utara menukar zon waktunya dari UTC+8 ke UTC+7 pada 8 Ogos 1967, diikuti oleh Vietnam Selatan pada tahun 1975 setelah berakhirnya [[Perang Vietnam]]. Kesan peralihan ini, Vietnam Utara dan Selatan menyambut [[Serangan Tet|Tết 1968]] pada hari berlainan.<ref>[http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/calendar/cal.pdf Mathematics of the Chinese calendar], pp. 29–30.</ref> Tindakan berundur sejam turut memberikan kesan kepada [[Kalendar Cina|perubahan waktu Beijing 1929]], kesannya juga terasa pada [[solstis musim sejuk]] 1984, apabila solstisnya jatuh pada 21 Disember di [[Hanoi]], tetapi jatuh pada 22 Disember di [[Beijing]].
 
Oleh sebab solstis musim sejuk mesti jatuh pada bulan ke-11 takwim Cina, bulan ke-11 itu bukanlah dari 23 November 1984 hingga 21 Disember 1984 seperti di Vietnam, tetapi dari 22 Disember 1984 hingga 20 Januari 1985. Kesannya, Tahun Baru Vietnam 1985 disambut pada 21 Januari, manakala Tahun Baru Cina datang pada 20 Februari. Kedua-dua takwim Cina dan Vietnam kembali sekata setelah takwim Vietnam dimasukkan bulan lompat dari 21 Mac hingga 19 April.
 
Pada tempoh 1975 &nbsp; 2100, hanya terdapat empat kali terjadinya Tahun Baru Qamari berlainan tarikh di Vietnam dan China, iaitu:
{| class="wikitable"
! Tahun
! Tarikh Tahun Baru Vietnam
! Tarikh Tahun Baru Cina
|-
| 1985
| 21 Januari
| 20 Februari
|-
| 2007
| 17 Februari
| 18 Februari
|-
| 2030
| 2 Februari
| 3 Februari
|-
| 2053
| 18 Februari
| 19 Februari
|}
 
Masyarakat Vietnam juga mengenali [[zodiak Cina]] tetapi membuat kelainan. Bintang [[Lembu (zodiak)|lembu]] digantikan dengan kerbau, manakala [[Arnab (zodiak)|arnab]] dalam [[zodiak Cina]] digantikan dengan kucing.
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
== Pautan luar ==