Sistem Bretton Woods: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Sistem Bretton Woods''' adalah sistem urustadbir [[matawang]] antarabangsa yang menetapkan peraturan-peraturan hal ehwal kewangan dan komersil di antara negara-negara industri utama dunia pada pertengahan abad ke-20. Dengan sistem ini setiap negara perlu mempunyai dasar monetari bagi sistem pertukaran nilai mata wang yang ditetapkan bersandarkan pada nilai [[emas]]. Sistem ini adalah contoh pertama rundingan aturan dan seliaan matawang yang bertujuan untuk mentadbir hal-ehwal kewangan di antara negara-negara merdeka.
 
Dalam persediaan membina semula sistem ekonomi antarabangsa ketika [[Perang Dunia II]] masih berlangsung dan memusnahkan peradaban dunia, 730 delegasi dari semua 44 negara sekutu berkumpul di [[Hotel Mount Washington]] di [[Bretton Woods]], [[New Hampshire]], [[Amerika Syarikat]], bagi menghadiri [[Persidangan Monetari dan Kewangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu]]. Para delegasi menandatangani Perjanjian Bretton Woods semasa tiga minggu pertama bulan Julai 1944.
 
Dalam menyiapkan sistem peraturan, institusi, dan prosedur untuk mengawal selia sistem kewangan antarabangsa, para delegasi di Bretton Woods menubuhkan [[Tabung Kewangan Antarabangsa]] (IMF) dan [[Bank Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan]] (IBRD), yang sekarang ini merupakan sebahagian daripada [[Kumpulan Bank Dunia]]. Pertubuhan-pertubuhan ini mula beroperasi pada tahun 1945 selepas mempunyai negara ahli yang cukup untuk meratifikasi perjanjian.
 
Ciri-ciri utama Sistem Bretton Woods adalah kemestian bagi setiap negara untuk menerima pakai dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran mata wang dalam nilai yang tetap-dicampurdengan dankelonggaran ditolakunjuran dalamtidak satumelebihi 1 peratus negatif (-1%) atau positif (+1%)- berdasarkan nilai emas dan kemampuan [[Tabung Kewangan Antarabangsa|IMF]] sebagai penyelesaian sementara [[imbangan pembayaran|ketidakseimbangan bayaran]]. Dalam menghadapi peningkatan kekangan kewangan, sistem ini runtuh pada tahun 1971, selepas Amerika Syarikat secara bersendirian menamatkan kebolehtukaran [[Dolar Amerika Syarikat|dolar]] kepada emas. Tindakan Amerika ini mewujudkan keadaan di mana dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya mata wang jaminan dan mata wang sandaran untuk negara-negara ahli.
 
== Asal-usul ==
Baris 12:
[[IMF]] dan [[Bank Dunia]] hari ini adalah warisan sistem Bretton Woods yang roboh pada era 1970an.
 
==Orde Dunia Baru==
Rekabentuk sistem Bretton Woods memaksa negara-negara di dunia hanya boleh melaksanakan penukaran emas kepada "matawang utama" iaitu dolar AS. Negara-negara dunia boleh untuk tidak menukar dolar kepada emas, dan sebaliknya hanya menyimpan dollar.
 
Secara amalinya, bagaimanapun, oleh kerana "matawang rizab" utama ialah dolar AS, ini bermakna matawang negara-negara lain dipasak kepada dolar AS, dan akan membeli atau menjual dolar AS bagi memastikan pasaran tukaran matawang tidak melebihi perbezaan satu peratus dari kadar yang ditetapkan.
 
Demikian itu, dolar AS mengambilalih peranan yang dimainkan emas di bawah [[standard emas]] dalam sistem kewangan antarabangsa.
 
Dengan terciptanya Bretton Woods, dengan Amerika Syarikat menghasilkan separuh dari barangan perusahaan dan separuh dari simpanan emas dan matawang, AS memainkan peranan sebagai pemacu utama ekonomi dunia.
 
Sepanjang 1950an, Washington mengekalkan defisit pembayaran dalam usaha untuk membiayai pinjaman, bantuan dan askar untuk rejim-rejim sekutu.
 
[[Kategori:Sejarah ekonomi]]