Mokhtaruddin: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemas
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 15:
 
== Ketika zaman kegemilangan ==
Wajah Mokhtaruddin, pelakon popular era tahun 1970-an hampir seiras dengan [[Ed Osmera]] (Allahyarham) menjadikan kemunculan mereka kadang-kadang agak mengelirukan penonton. Bahkan, kedua-duanya pernah digandingkan dalam [[filem Raja Laut]] arahan [[Z. Lokman]] pada 1976.
 
Malah, antara Mokhtaruddin, Ed Osmera dan Z Lokman juga mempunyai iras wajah hampir sama menjadikan mereka kelihatan seolah-olah seperti bersaudara pula.
 
Mokhtaruddin, adalah antara hero filem Melayu dekad 1970-an sehingga 80-an. Kali terakhir beliau diundang muncul di layar perak pada 2002 menerusi [[filem Mendam Berahi]], juga arahan Z Lokman. Beliau diperkenalkan ke layar perak oleh M Shahdan, menerusi sebuah [[filem yang dikenali dengan judul Kapal Siam]] pada awal 70-an. Sejak itu, bakatnya semakin terserlah dalam dunia lakonan dan sering diberikan watak utama.
 
Kemahirannya bersilat menyebabkan tokoh pengarah veteran, Naz Achnas mengambilnya sebagai pelakon [[filem Loceng Maut]] pada 1976. Filem itu turut dibintangi Hussein Abu Hassan dan Teh Faridah. Selepas filem itu, beliau diberi kepercayaan memegang watak pembantu dan utama dalam filem produksi tempatan ketika itu, terutama filem bercorak purba dan aksi.
 
Sebenarnya, sebelum menjadi pelakon, Mokhtaruddin sememangnya terlebih dahulu menjadi jurulatih silat di Studio Merdeka Hulu Klang (sekarang Kompleks Finas), bermula pada tahun 1974.
 
Antara filem yang pernah dibintanginya sama ada watak pembantu atau utama, ialah [[filem Langkah Sumbang]], [[filem Binjai Masin|Binjai Masin]] atau [[filem Kapak Siam|Kapak Siam]], [[filem Langit Tidak Selalu Cerah|Langit Tidak Selalu Cerah]], Pertentangan, Ribut Barat, Cahaya Sakti, Pasung Puaka, Cikgu Sayang dan Jauh Di Sudut Hati.
 
Di era kegemilangannya, Mokhtaruddin pernah 2 kali dicalonkan untuk merebut anugerah [[Pelakon Lelaki Terbaik]] di [[Festival Filem Malaysia]] iaitu menerusi filem [[filem Pasung Puaka]] pada 1980 dan diikuti filem [[filem Pertentangan]] pada 1984. Biarpun tidak menang, bakat beliau diiktiraf antara yang terbaik ketika era 80-an.
 
Beliau juga turut berlakon dalam beberapa drama terbitan RTM, antaranya Wira iaitu drama televisyen warna pertama, menjadi pelakon utama berpasangan dengan Aznah Hamid dan Abdullah Zainol.
Baris 43:
 
== Filem ==
* [[Filem Pasung Puaka|Pasung Puaka]] (1979)
* [[Filem Pertentangan|Pertentangan]] (1976)
* [[Filem Loceng Maut|Loceng Maut]] (1976)
* [[Filem Raja Laut|Raja Laut]] (1976)
* [[Filem Ribut Barat|Ribut Barat]] (1981)
* [[Filem Langit Tidak Selalu Cerah|Langit Tidak Selalu Cerah]] (1982)
* [[Filem Cikgu Sayang|Cikgu Sayang]] (1983)
* [[Filem Jauh Di Sudut Hati|Jauh Di Sudut Hati]] (1984)
 
[[Kategori:Pelakon lelaki Malaysia]]