Revolusi Iran: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Luckas-bot (bincang | sumb.)
k r2.7.1) (bot mengubah: ar:الثورة الإيرانية
Zscout370 (bincang | sumb.)
Mohammad-reza-shah.jpg
Baris 23:
 
=== 1970s: Situasi di Iran Sebelum Revolusi ===
[[Fail:Shah MohammadrezaMohammad-reza-shah.jpg|thumb|right|Shah Mohammad Reza Pahlavi]]Terdapat beberapa peristiwa pada tahun 1970-an yang menyebabkan tercetusnya revolusi. Antaranya ialah layanan mewah kerajaan kepada rakyat asing sedangkan ramai rakyat tempatan hidup melarat, kadar inflasi yang melonjak tinggi diikuti dengan jurang antara kaya dan miskin yang semakin besar, sikap sekularisme Shah Mohammad Reza dan juga dakwaan bahawa [[SAVAK]] merupakan punca kematian pemimpin Islam yang berfikiran moden, Ali Shariati dan juga penglibatan [[SAVAK]] dalam kematian putra Khomeini, Mostafa (di [[Tehran]]).
 
Pada Oktober [[1971]], terdapat sebuah sambutan untuk ke 2500 bagi meraikan pengasasan negara Parsi. Sambutan ini diadakan selama tiga hari di [[Persepolis]] dan tetamu-tetamunya hanyalah warga-warga asing. Ini merupakan sebuah pesta yang menelan belanja yang tinggi (dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya $100 juta<ref> Hiro, Dilip. Iran Under the Ayatollahs. London: Routledge & Kegan Paul. 1985. m/s: 57.</ref>) Hidangan untuk pesta itu pula disediakan oleh tukang masak yang dibawa dari [[Paris]]. Pada masa yang sama, kawasan sekitar Persepolis iaitu wilayah [[Wilayah Sistan dan Baluchestan|Sistan dan Baluchestan]] mengalami kemarau yang teruk dan ramai penduduk di kawasan itu dan Iran umumnya hidup kelaparan<ref>Wright, ''Last'', (2000), m/s: 220</ref>.