Penjajahan Jepun di Borneo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Memperingati pengorbanan mereka yang berjuang...........
Yosri (bincang | sumb.)
Baris 90:
Sementara itu tiga buah kompeni tentera Jepun telah meninggalkan Kuching menggunakan perahu kecil pada waktu malam yang ke-25 dan oleh pada subuh ke-27 haribulan telah mendarat di Pemangkat di sebelah barat dari lapangan terbang. Menyerang ke timur laut dan selatan dan menerima tentangan kecil, mereka dengan cepat menawan perkampungan pantai dan bergerak ke arah Bengkajang, dengan itu mengancam bagi mengepung pasukan Bersekutu di Ledo.
 
Selepas pertempuran di lapangan terbang Singkawang II pasukan British-Belanda berundur ke Sanggau. Di sana pasukan ini berpecah dan askar Belanda pergi ke Sintang, manakala askar British-India pergi ke Nanga Pinoh. Pada 29 haribulan, selepas beberapa siri pertempuran barisan belakang, pasukan Punjab berundur ke Ngabang dan dua hari kemudian ke Nanga Pinoh. Pada ketika ini tentangan lanjut adalah tidak berguna, dan pada 4 Februari, pasukan Punjab dengan persetujuan Belanda bertolak dalam dua barisan ke Sampit dan Pangkalanboeoen di persisiran selatan. Pihak British cuba untuk keluar dari Borneo melalui arah selatan. Matlamat mereka adalah untuk mencari stesen radio di Sampit (atau jika yang gagal di Pangkalanboen) untuk berhubung dengan Pulau Jawa atau untuk sampai ke salah satu pelabuhan di selatan Borneo.
 
Banyak yang boleh ditulis mengenai pengalaman berbaris melalui hutan yang belum dijelajahi sepenuhnya dan kawasan berpaya yang membanjiri selatan Borneo. Bergerak merentasi jalan hutan dan menaiki rakit dan bot di [[sungai]] yang merbahaya, kekurangan makanan dan pakaian, dan sentiasa terdedah kepada panas tropika dan [[hujan]], mereka akhirnya sampai ke pantai. Pasukan Blitz ini telah sampai di Sampit pada 14 Februari 1942, di mana mereka mendapati stesen radio itu telah dimusnahkan, dengan itu mereka segera bergerak, melalui Samboeloe, ke Pangkalanboen, dan tiba pada 19 Februari. Pada masa yang sama, kompeni C dan D berpecah kepada tiga kumulan perbarisan. Kompeti Staff yang pertama tiba di Sampit pada 1 Mac 1942. Dari Sampit, bot dihantar untuk membawa kompeni C, manakala kompeni D di arah agar tinggal di Kotabesi. Kompeni C dan Staff berbaris ke selatan Sampit tetapi pada 7 Mac mereka diberitahu bahawa tentera Jepun telah mendarat 14 km ke selatan dari mereka. Satu platun dari kompeni C telah dihantar bagi misi peninjauan tetapi ditembak. Oleh kerana tentera British mempunyai peluru yang terhad, mereka berundur dan berpatah balik ke Sampit. Akibat Keletihan 104 orang askar terpaksa ditinggalkan semasa pengunduran. Daripada Sampit baki tentera kembali ke Kotabesi di mana mereka bergabung dengan kompeni D dan bersama mereka menuju ke Pandau, di mana mereka telah diberitahu bahawa Tentera Belanda Hindia Timur telah menyerah di [[Pulau Jawa]]. Mereka kembali ke Kenamboi melalui bot. Pada masa itu siaran Jepun mengesa kesemua pasukan Berikat di Belanda Hindies Timur untuk meletakkan senjata mereka. Siaran telah diikuti dengan satu ancaman tindakan balas sekiranya tentangan diteruskan.
 
== Borneo Utara==