Penjajahan Jepun di Borneo: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Yosri (bincang | sumb.)
Kearah memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu sejagat...
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 93:
 
Banyak yang boleh ditulis mengenai pengalaman berbaris melalui hutan yang belum dijelajahi sepenuhnya dan kawasan berpaya yang membanjiri selatan Borneo. Bergerak merentasi jalan hutan dan menaiki rakit dan bot di [[sungai]] yang merbahaya, kekurangan makanan dan pakaian, dan sentiasa terdedah kepada panas tropika dan [[hujan]], mereka akhirnya sampai ke pantai. Pasukan Blitz ini telah sampai di Sampit pada 14 Februari 1942, di mana mereka mendapati stesen radio itu telah dimusnahkan, dengan itu mereka segera bergerak, melalui Samboeloe, ke Pangkalanboen, dan tiba pada 19 Februari. Pada masa yang sama, kompeni C dan D berpecah kepada tiga kumulan perbarisan. Kompeti Staff yang pertama tiba di Sampit pada 1 Mac 1942. Dari Sampit, bot dihantar untuk membawa kompeni C, manakala kompeni D di arah agar tinggal di Kotabesi. Kompeni C dan Staff berbaris ke selatan Sampit tetapi pada 7 Mac mereka diberitahu bahawa tentera Jepun telah mendarat 14 km ke selatan dari mereka. Satu platun dari kompeni C telah dihantar bagi misi peninjauan tetapi ditembak. Oleh kerana tentera British mempunyai peluru yang terhad, mereka berundur dan berpatah balik ke Sampit. Akibat Keletihan 104 orang askar terpaksa ditinggalkan semasa pengunduran. Daripada Sampit baki tentera kembali ke Kotabesi di mana mereka bergabung dengan kompeni D dan bersama mereka menuju ke Pandau, di mana mereka telah diberitahu bahawa Tentera Belanda Hindia Timur telah menyerah di [[Pulau Jawa]]. Mereka kembali ke Kenamboi melalui bot. Pada masa itu siaran Jepun mengesa kesemua pasukan Berikat di Belanda Hindies Timur untuk meletakkan senjata mereka. Siaran telah diikuti dengan satu ancaman tindakan balas sekiranya tentangan diteruskan.
 
 
Kompeni A dan B cuba pergi ke lapangan terbang Kotawaringin. Mereka tidak bertembung dengan sebarang tentera Jepun dan tiba di Kenamboi pada 23 Februari, di mana mereka bersatu kembali dengan kompeni C dan D. Pada 31 March 1942 sebuah kapal Jepun telah tiba di Pangkalanboen (atau Koemai). Taktik bagi berundur ke dalam hutan yang bergunung-ganang telah dipertimbangkan, tetapi pengalaman pahit beberapa minggu lalu menjadikan ianya jelas bahawa tentera itu tidak mampu bertahan lama di dalam hutan dengan iklim yang mencabar. Dengan itu, perintah untuk menyerah diri diberikan dan pada 1 April 1942 kesemua senjata dilucutkan.
 
 
Di lapangan terbang Kotawaringin telah ditempatkan satu pasukan kecil Belanda (sekitar. 250 orang). Garison ini tidak pernah terlibat dalam mana-mana pertempuran dan mereka kemungkinannya melucutkan senjata mereka pada hari yang sama dengan tentera British.
 
Dalam tempoh sepuluh minggu sejak meninggalkan Kuching, pasukan 2/15th Punjab terbabit dalam banyak pertempuran, menyebabkan ramai yang tercedera oleh musuh, dan telah bergerak dalam keadaan yang buruk melalui 800 batu melalui mukabumi yang amat sukar. Mereka telah menggalas dengan bersama mereka, senjata automatik ringan, rifle dan peluru. Sebagaimana yang disebut leh Jeneral Percival, ianya merupakan 'pencapaian ketahanan yang hebat yang pastinya tahap tinggi dalam hikayat perperangan. Iaadalah bukti yang kukuh mengenia tahap moral batalion yang bagus ini bahawa ia kekal sebagai badanyang kemas dan berdisplin sehingga saat akhir.'
 
== Borneo Utara==