Piawai emas: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 27:
 
Selagi mana bekalan emas tidak berubah terlalu cepat, maka bekalan wang akan stabil secara relatif. Standard emas mengelakkan negara dari mencetak wang terlalu banyak. Jika bekalan wang meningkat terlalu cepat, maka orang akan menukar wang (yang kini menjadi bertambah banyak) untuk emas (yang tidak banyak). Jika perkara ini berlangsung terlalu lama, maka jabatan perbendaharaan akhirnya akan kehabisan emas. Standard emas menyekat bank pusat daripada membuat dasar yang menggalakkan pertumbuhan besar jumlah wang beredar dalam negara untuk menyekat kadar inflasi. Standard emas juga menstabilkan pasaran matawang asing. Contohnya jika Malaysia berada dalam standard emas dan telah menetapkan harga emas adalah RM1,000 per auns, dan Indonesia juga pada standard emas dan menetapkan harga emas pada 5,000 Rupiah per auns, maka RM1 Malaysia harus bernilai 5 Rupiah. Penggunaan menyeluruh standard emas menetapkan nilai tukaran asing. Jika semua negara berada pada standard emas, maka hanya ada satu matawang sebenar iaitu emas di mana semua matawang mendapatkan nilainya. Kestabilan standard emas menyebabkan pasaran matawang asing juga stabil.
 
Selain itu, standard emas menggalak negara untuk lebih produktif. Apabila negara mengeksport lebih banyak barang, mereka dapat mengumpulkan lebih banyak emas. Mereka kemudian boleh mencetak lebih banyak wang, yang boleh digunakan untuk pelaburan dan meningkatkan perniagaan yang menguntungkan.
 
Standard emas juga telah mendorong penjelajahan dunia. Ia salah satu sebab mengapa Sepanyol dan negara-negara Eropah yang lain mencari [[Dunia Baru]] pada tahun 1500an iaitu untuk mendapatkan lebih banyak emas dan meningkatkan kemakmuran negara. Emas juga member inspirasi kepada “Gold Rush” di California dan Alaska ketika tahun 1800an.
 
[[Kategori:Standard emas| ]]